Hati-Hati Dengan Pendakwah Media Maya
Jailani Johari HULU TERENGGANU - Umat Islam di negara ini dinasihatkan tidak mudah menerima ajaran agama melalui media maya dan pendakwah dari luar negara yang mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata, umat Islam di negara ini harus berhati-hati dengan pihak tertentu yang cuba menyebarkan fahaman Islam liberal di negara ini. "Pada masa sama umat Islam juga dinasihatkan tidak mudah menerima pengajaran agama menerusi internet yang tidak diketahui sumber sebenarnya dan mungkin bercanggah dengan ajaran Islam sebenar. "Kita perlu berhati-hati dengan apa yang dipaparkan dalam internet, jika merasa sangsi, ia perlu dilaporkan segera kepada pihak berkuasa agama atau Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian dewan serbaguna Masjid Kampung Menerong, Ajil di sini. Jailani berkata, sejak kebelakangan ini semakin banyak bahan agama dipaparkan melalui internet yang tidak diketahui sejauh mana kesahihan dan kebenarannya. Mengenai pendakwah luar Jailani berkata, umat Islam juga perlu berhati-hati kerana semakin ramai pihak yang menyamar sebagai pendakwah tetapi mereka sebenarnya oportunis Islam yang mempunyai kepentigan dengan berselindung sebagai pendakwah. Semalam akhbar melaporkan tokoh Islam Liberal Indonesia, Ulil Abshar-Abdalla dilarang memasuki negara ini kerana dikhuatiri kehadirannya mampu memesongkan akidah umat Islam negara ini. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata arahan sudah dikeluarkan kepada Jabatan Imigresen untuk memantau dan seterusnya menghalang kehadiran Ulil yang dijadualkan mengadakan ceramah di negara ini pada 15 Oktober ini yang mendapat jemputan beberapa pertubuhan kerajaan (NGO) di sini.
|
Bagus |
8
Marah |
11
Terkejut |
3
Sedih |
1
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
revolusi_30 posted on 14-10-2014 11:25 AM
Pasal beliau tubuhkan Jaringan Islam Liberal je ...tu yg JAKIM tak bagi masuk tu ...LOL
kazaraf posted on 14-10-2014 06:36 AM
tarikat nasybandi nazim haqqani difatwa sesat oleh majlis fatwa malaysia, dah bertahun2 pun
tp pemi ...
ADVERTISEMENT