CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Sakit Di Anu Badan Berkudis

17-10-2014 11:42 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9237| Komen: 8


Mohd Hafiz merawat salah seorang pesakitnya yang terkena sihir di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah.


PASIR PUTEH - Kerana cemburu, sebilangan manusia sanggup bertindak kejam dan di luar batasan agama dengan menggunakan perkhidmatan bomoh bagi mengunci nafsu sehingga mangsa hidup menderita.

Pengamal perubatan Islam, Mohd Hafiz Nor mendedahkan, akhir-akhir ini beliau lebih banyak mengendalikan kes seperti itu yang dilakukan dengan pelbagai kaedah.

Katanya, bagaimanapun kaedah memasukkan bahan dalam makanan dan minuman tidak lagi popular kerana sihir itu boleh dituju kepada mangsa dari jarak jauh tanpa perlu sentuhan fizikal.

Menurutnya, terdapat kes yang mana isteri muda mengenakan sihir menggunakan bantuan bomoh ke atas suami sendiri kerana didorong perasaan cemburu kepada isteri tua.

"Mangsa yang terkena sihir ini menjadi tidak bernafsu kepada mana-mana wanita dan lebih teruk, ada dalam kalangan mangsa mengalami sakit pada kemaluan serta seluruh badan berkudis.

"Dalam kes lain pula, ada sihir yang membuatkan suami dilihat jijik dan busuk oleh isteri sendiri. Semua ini dilakukan kerana manusia tidak berpegang teguh kepada agama," katanya.

Tambahnya, terdapat juga kes yang mana mertua mengenakan sihir ke atas menantu kerana kurang bersetuju dengan perkahwinan anaknya.

"Menantu akan jadi tawar hati dan hubungan suami isteri menjadi dingin. Lebih parah apabila menantu (perempuan) tidak diberikan nafkah zahir dan batin," jelasnya ketika ditemui di Pusat Perubatan Tradisional Islam Al-Rukyah, di sini, semalam.

Gambar hiasan


Mohd Hafiz berkata, rawatan menggunakan ayat al-Quran dilihat berkesan membuka semula nafsu yang dikunci menggunakan sihir, bagaimanapun semuanya berlaku dengan izin ALLAH SWT.

Tegasnya, sentiasa mendekati ALLAH SWT merupakan sesuatu yang perlu dilakukan kerana ALLAH SWT berkuasa atas segala-galanya.

"Ada sihir bertujuan 'menipu pandangan' menyebabkan orang disihirkan dilihat hodoh atau menakutkan sehingga ada satu kes yang mana anak kecil menangis kerana tidak mahu didekati ibu sendiri," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 17-10-2014 08:38 PM
hati busuk,perangai macam2..
Quote melinda_kerr 17-10-2014 09:30 PM
betul. Sesuatu itu takkn berlaku tanpa izin Allah. Jgn mendabik dada jika org yg dituju berjaya dianiaya. Pasti ada balasan kelak.
Quote apalancut 17-10-2014 09:40 PM
rakyat negeri isley pon masih percaye ek pada sihir ni.
Quote devilito2 20-10-2014 08:39 AM
adeh.... sakitnya...
Quote Vellfire 20-10-2014 09:00 AM
apalancut posted on 17-10-2014 09:40 PM
rakyat negeri isley pon masih percaye ek pada sihir ni.

dah sakit jumpa doctor
tapi doctor cakap takder ape2
jumpa doctor lain pulak
pun jawapan yg sama

so jumpalah ustaz ke bomoh ke sapa2
yang boleh bantu takkan nak biar kan?

hidup kat dunia ni kita tak buat jahat kat orang pun
orang akan kenakan kita jugak sebab orang tak suka tengok kita bahagia
yalah....kenapa ader org mcm tu?
Quote mizzmimi 20-10-2014 09:07 AM
Tak redha ngan takdir.. Ginilah jadiknya..
Quote rogayahtop 20-10-2014 09:39 PM
kalau sakit di anu badan berkudis tu cuba gi bp lab ke test semua allergi, psoriasis, siplis, herpes, hiv dsb..
kdg2 orang kiter ni cepat betul bersangka buruk...

Quote Al-Patih 21-10-2014 12:37 PM
oreng yang mengamal Ilmu hitam..atau gua ilmu hitam...meke dah kompem nikah dengan Iblis...

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:30 PM GMT+8 , Processed in 0.137107 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top