CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dreamliner Royal Jordanian Mendarat Di Klia

17-10-2014 02:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8242| Komen: 48

Dreamliner Royal Jordanian Mendarat Di Klia

Boeing 787 Dreamliner Royal Jordanian Airlines 


LAPANGAN Terbang Antarabangsa KL (KLIA) melakar satu lagi peristiwa bersejarah semalam apabila pesawat jenama baharu Boeing 787 Dreamliner Royal Jordanian Airlines, mendarat.
          
Menurut kenyataan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) hari ini, syarikat penerbangan negara Jordan itu merupakan syarikat penerbangan pertama menawarkan penerbangan berjadual B787 Dreamliner ke KLIA.
            
Pengurus Besar Pemasaran MAHB, Mohamed Sallauddin Mat Sah berkata , Malaysia Airports mengucap tahniah kepada Royal Jordanian atas saat-saat bersejarah ini.
          
"Pesawat jenama baharu B787 Dreamliner yang dilengkapi kemudahan lebih baik atas pesawat sudah pasti merupakan satu lagi nilai tambah untuk dinikmati penumpang yang terbang dalam pesawat berkenaan," katanya.
          
B787 Dreamliner baharu yang menawarkan 24 tempat duduk bisnes dan 246 tempat duduk ekonomi merupakan antara usaha Royal Jordanian untuk menaik taraf dan memodenkan kumpulan kapalnya bagi laluan jarak sederhana dan jauh, menggantikan A330 dan A340.
          
B787 Dreamliner juga cekap dari segi penggunaan bahan api dan dikonfigurasikan dengan kemudahan yang lebih baik seperti tingkap yang lebih besar, altitud kabin yang rendah serta sistem hiburan canggih.
          
Pengerusi Royal Jordanian Nasser Lozi berkata, Dreamliner akan membantu syarikat penerbangan itu berkembang dari segi jumlah kapal dan perkhidmatan selain mengurangkan kos penyelenggaraan, terutama selepas menggantikan pesawat jarak jauh sedia ada.
          
Royal Jordanian terbang ke KLIA sejak 2012, menerusi penerbangan tiga kali seminggu bagi laluan Kuala Lumpur-Bangkok-Amman, menggunakan pesawat A330. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yeepi_33 17-10-2014 07:40 AM
Knp mahb yg ucap tahniah kt dreamliner?

????

Quote kelana36 17-10-2014 07:48 AM
JAL dah lama guna B787 tak pernah landing kat KLIA ker?
Quote puterikhaleeda 17-10-2014 08:03 AM
apa special nya benda ni?
Quote berusjamban 17-10-2014 08:04 AM
so?? apa advantage kepada rakyat malaysia yg tgh suffer ni?
Quote aechae 17-10-2014 08:13 AM
berusjamban posted on 17-10-2014 08:04 AM
so?? apa advantage kepada rakyat malaysia yg tgh suffer ni?

Bleh tgk kapal terbang besar smbil psg impian satu hari nnt berada didlm itu?? Huhuhu...sedeyy
Quote Decaffeinated 17-10-2014 08:38 AM
aechae posted on 17-10-2014 08:13 AM
Bleh tgk kapal terbang besar smbil psg impian satu hari nnt berada didlm itu?? Huhuhu...sedeyy :sw ...
B787 Dreamliner baharu yang menawarkan 24 tempat duduk bisnes dan 246 tempat duduk ekonomi merupakan antara usaha Royal Jordanian untuk menaik taraf dan memodenkan kumpulan kapalnya bagi laluan jarak sederhana dan jauh, menggantikan A330 dan A340.


adik beradik B777 ja rasanya ni...

Quote Decaffeinated 17-10-2014 08:42 AM
yeepi_33 posted on 17-10-2014 07:40 AM
Knp mahb yg ucap tahniah kt dreamliner?

????

mmg mcm pelik lah berita ni.... kenapa MAHB yang melompat2 riang....

lenkali kalau ada helicopter yang baru sampai dalam bungkusan jangan lupa habq mai satu Malaya...

Quote mbhcsf 17-10-2014 08:47 AM
Sounds like eh...yg dreamweaver tu ape?
Quote duquesne 17-10-2014 09:09 AM
It shows that our airport boleh handle this aircraft.. and all other airlines can feel confident to fly out and land at KLIA..

Kena ingat, each aircraft ada feature tersendiri, and tak semua airport boleh handle..

Quote kelana36 17-10-2014 09:13 AM
duquesne posted on 17-10-2014 05:09 AM
It shows that our airport boleh handle this aircraft.. and all other airlines can feel confident to  ...

terutamanya pihak bomba, bila B787 ni around kat terminal KLIa, better be prepared all the time...
Quote Nesta13 17-10-2014 09:25 AM
tahniah KLIA


ada komponen 787 ni buat kat Msia tuu......
Quote JohnDeSouza 17-10-2014 09:28 AM
Nesta13 posted on 17-10-2014 09:25 AM
tahniah KLIA

kat mana.komponen apa
Quote duquesne 17-10-2014 09:32 AM
JohnDeSouza posted on 17-10-2014 09:28 AM
kat mana.komponen apa

Ada satu kilang kat area Subang.. buat komponen kapalterbang.
Quote duquesne 17-10-2014 09:35 AM
kelana36 posted on 17-10-2014 09:13 AM
terutamanya pihak bomba, bila B787 ni around kat terminal KLIa, better be prepared all the time... ...

They are very well-prepared ..

Each airport memang ada rescue team dorang sendiri. Aku selalu gak tengok  macam kat airport tudm sg besi tu.. setiap awal pagi mesti dorang buat satu drill exercise pasal rescue ni.
Quote applemy 17-10-2014 09:42 AM
Walaupun ai lagi suka design2 kapal Boeing berbanding Airbus, ai TAK PERCAYA lagi kat Boeing.

They allow their own customer to be exterminated!  

Ai harap MAS consider beli Bombardier lak..
Quote weta_studio 17-10-2014 09:43 AM
Decaffeinated posted on 17-10-2014 08:38 AM
adik beradik B777 ja rasanya ni...

b787 all new aircraft...B777 tu dah lama kt pasaran..diganti dgn B777X

byk perbezaan..b787 byk guna bahan komposit..lawannya Airbus A350/A330 Neo

cuma sama pembuatnya Boeing




Quote weta_studio 17-10-2014 09:47 AM
applemy posted on 17-10-2014 09:42 AM
Walaupun ai lagi suka design2 kapal Boeing berbanding Airbus, ai TAK PERCAYA lagi kat Boeing.

The ...

Bombadier takde lagi product utk widebody..

narrowbody baru Cseries tu..order pun suam2 kuku...

yg lain model lebih sesuai utk penerbangan jarak dekat




Quote weta_studio 17-10-2014 09:48 AM
kelana36 posted on 17-10-2014 09:13 AM
terutamanya pihak bomba, bila B787 ni around kat terminal KLIa, better be prepared all the time... ...

takut kokpit terbakar ke?






Quote kentutmanis 17-10-2014 09:49 AM
slps tragedi mh17 , maskapai2 lain ala2 aksyen je dgn mas, garuda la dgn awardsnye, british airways pon yg xpernah nak singgah msia thn depan nak singgah dah, kali ni royal jordan dgn their brand new airplane mcm ratu turun dr langit dgn grandnye Last edited by kentutmanis on 17-10-2014 09:50 AM

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 02:03 AM GMT+8 , Processed in 0.053138 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top