CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemimpin Yang Baik Tidak Kempen Kepada Kerosakan-Maza

17-10-2014 06:15 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4495| Komen: 15

Pemimpin Yang Baik Tidak Kempen Kepada Kerosakan-Maza

DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDINDR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN


SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik tindakan beberapa pimpinan PR yang berkempen untuk pesta arak, baru-baru ini.

Beliau yang juga Pensyarah Pengajian Islam Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, tindakan tersebut tidak mencerminkan pemimpin yang baik apabila mereka berkempen kepada kerosakan.

“Pemimpin yang baik tidak akan berkempen kepada kerosakan. Sekalipun jika dia merokok, dia tidak akan kempen kepada rokok.

“Sebaliknya kejujuran akan mendesakkannya memberitahu ataupun mengakui bahaya rokok itu kepada rakyatnya. Inilah sikap pemimpin yang jujur tanpa mengira latar agama dan budaya,” katanya yang dipetik melalui kemas kini status terbarunya di Facebook, hari ini.


Minggu lalu, sekumpulan pemimpin kanan DAP dan PKR muncul memberi sokongan kepada penganjuran parti arak, Oktoberfest yang dijalankan di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya.

Tegas Dr Asri, semua pihak mengakui arak itu sesuatu yang merosakkan namun pemimpin politik di negara ini masih berkempen kepada pesta arak.

“Arak adalah sesuatu yang merosakkan. Ia diakui oleh semua pihak. Kerajaan Britain terpaksa membelanjakan jutaan pound saban waktu untuk menangani kesan arak terhadap rakyatnya terutama pada malam-malam cuti.

“Bagaimana mungkin ada pemimpin politik dalam negara ini berkempen kepada pesta arak? Atas apa budaya dan lojik kebaikan untuk rakyat?” soalnya.

Akur dengan hak bukan Islam untuk meminum arak, namun beliau mengingatkan bahawa berkempen secara terbuka tidak boleh diterima oleh Islam dan mana-mana akal yang rasional.

“Walaupun Islam akur hak bukan Muslim untuk meminum arak, tapi berkempen terbuka kepada pesta arak yang merosakkan tidak dapat diterima oleh Islam dan mana-mana akal yang rasional.

“Jika ada pemimpin politik berkempen untuk arak atas dasar demokrasi ternyata dia hanya memperkatakan tentang demokrasi tanpa memahami apakah tujuan manusia memilih demokrasi.

“Demokrasi untuk kehidupan yang lebih baik bukan sekadar memuaskan kehendak sesuatu pihak tanpa mengira baik dan buruk,” katanya lagi.

Penganjuran Oktoberfest ditukar lokasi pada saat akhir gara-gara mendapat kecaman pelbagai pihak ekoran ia dijadualkan berlangsung di tempat letak kereta terbuka di pusat beli-belah tersebut.

2

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cakkkk....aaaa 17-10-2014 03:13 PM
setuju...
Quote akughi 17-10-2014 03:16 PM
aku nak dengar gak komen sepah dua dari macai pas yg memperjuangkn islam.....umno tu dah jadi kapir....jd ang duk diam2.....biar bdk pas berhujah,.....sbb dia je yg islam
Quote zach2008 17-10-2014 03:20 PM
Kat malaysia kan semuanya boleh.
Sebab tu ada kat CI sebut Bolehland
Quote cenkudu 17-10-2014 03:22 PM
setuju. tak kisah la sape yg anjurkan sebab nanti kalau kita kritik ni ada macai akan cakap BN buat lagi teruk lagi. kenapa orang kritis kepada PR sebab mereka menjanjikan sesuatu yg jauh lebih baik daripada BN. jadi x boleh lah terima alasan BN buat lagi teruk lagi

perlu ke nak buat pesta arak ni yang akan menyebabkan masalah2 sosial lain walaupun dibenarkan atas platform demokrasi
Quote obelisk 17-10-2014 03:23 PM
mp pas mana ntah yg bersekongkol tu, memalukan je
Quote batmana 17-10-2014 03:25 PM
memang tk patut.. tarak dlm kitab suci mana2 agama suruh ummatnya wat pesta arak pn..

bukankah rukun negara 1. kepercayaan pada tuhan

geng2 pi pesta arak ni atheis belaka ka? klu mampus, pi cmpak dlm longkang ajala kaedahnya..
Quote kucingTomey 17-10-2014 03:28 PM
kuantan ni pun nak gak buat oktober fest....tapi bedal thai song je la....muahhahahahahahahaha
Quote unhas 17-10-2014 03:40 PM
another words of wisdom from dr maza. yang islam pun kena, yang bukan islam pun kena.
Quote Modngengade 17-10-2014 09:16 PM
Macai pkr...silakan...sepatah dua kata
Quote Zamzari 17-10-2014 09:35 PM
setuju dengan hujah di atas....
Quote batusembilan 17-10-2014 09:38 PM
Macai: itu layeeennnnnnnn

macai: sapa owner carlsberg kilang kt shah alam tu? Sapa rasmi?

Hahaha macai sohcaiii
Quote kambeng_masam 17-10-2014 09:44 PM
aku sedikit konpius ni sebenarnya. oktoberpest ni anjuran dari gomen negeri saja ka...federal ka atau parti ataupun private?
Quote olaoliolu 18-10-2014 09:11 PM
Thank you Dr maza
Quote Al-Patih 19-10-2014 05:35 AM
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengkritik tindakan beberapa pimpinan PR yang berkempen untuk pesta arak, baru-baru ini

.
Tuan yang ni tak nak kritik sekali ke......

[Tempatan] 18 Okt: Melaka Berselawat & Oktoberfest
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=834138
Quote cmf_acura 19-10-2014 06:31 AM
macai ni tahu ker pesta tu anjuran sapa....kementerian pelancungan tawwwww....

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:06 PM GMT+8 , Processed in 0.083902 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top