GOLONGAN PENDAPATAN TINGGI BAYAR RON95 IKUT HARGA PASARAN MULAI JUN 2015 BANGI, 23 Okt (Bernama) -- Harga jualan petrol RON95 bagigolongan berpendapatan tinggi adalah mengikut harga pasaran mulai Jun tahunhadapan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.
"Mereka akan membayar harga RON95 mengikut harga pasaran. Misalnya kalauharganya RM2.58 sen seperti sekarang, maka RM2.58 sen lah. Mungkin bila hargaminyak dunia turun, maka turunlah. Kalau naik terpaksalah (bayar lebih tinggi)," katanya. Ahmad berkata golongan berpendapatan rendah dan sederhana pula akan terusmenikmati RON95 pada harga subsidi. "Sistem ini lebih adil sebab hanya golongan yang layak sahaja akanmenerima subsidi," katanya dalam sidang media selepas menyampaikantaklimat berkenaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) untuk pegawai kananKementerian Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) serta agensi-agensi dibawahnya disini hari ini.
Mekanisme subsidi bersasar yang akan dilaksanakan pada Jun2015 akan memberi faedah kepada isi rumah berpendapatan bawah RM4,000 sebulan,kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan. Hampir sah bahawa penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M),yang pendapatan isi rumah mereka sebegitu, boleh menerima subsidi. Sementara itu, golongan kelas pertengahan pula akan diberikan sebahagian subsidi manakalagolongan berpendapatan tinggi akan membayar harga petrol RON95 berdasar hargapasaran. Harga RON95 ketika ini ialah RM2.30 seliter. Ahmad berkata mekanisme dan kaedah pelaksanaannya sedang diperhalusi Kementerian Kewangan dan KementerianPerdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan sama ada menggunakan MyKadatau kad-kad lain. Menurutnya sistem yang sama akan turut dilaksanakan kepada pengguna dieselmulai Januari tahun depan melalui menggunakan kad fleet. Dalam sidang mediayang sama, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd ShafieApdal berkata taklimat mengenai CBP itu amat penting supaya rakyat tidak mudahterpengaruh dengan perkara tidak benar yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab. Katanya penerangan kepada penduduk luar bandar juga akan diperhebatkan bukan sahaja menerusi taklimat ke seluruh negara oleh Kementerian Kewangan sendiri,malahan melibatkan agensi-agensi di bawah KKLW. Ia penting supaya kefahaman mengenai CBP itu dapat diperjelaskan hingga ke peringkat akar umbi, katabeliau. |
3
Bagus |
4
Marah |
4
Terkejut |
5
Sedih |
3
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mrseller posted on 23-10-2014 05:34 PM
Konponm golongan rendah dan menengah buat MLM jual minyak dkt golongan kaya...lagi ramai downline la ...
Eric.n9 posted on 23-10-2014 06:04 PM
Heheh jom kita rangka plan untuk projek ni.
Mcm menarik munyinyer
ADVERTISEMENT