CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Harga Rumah Tak Setanding Dengan Mutu

28-10-2014 11:27 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6388| Komen: 19

Harga Rumah Tak Setanding Dengan Mutu


Gambar hiasan

Baru-baru ini, saya membuat tinjauan di Kuching untuk mencari rumah. Saya amat terkejut dengan peningkatan harga rumah. Kos rumah teres dua tingkat adalah sekitar RM400,000, malah ada mencecah RM800,000. Bagi rumah berkembar dua tingkat, tidak usah bermimpi membeli pada harga RM700,000 ke bawah, kerana ada yang mencecah RM1.4 juta.

Harga rumah amnya sudah meningkat lebih seratus peratus hanya dalam tempoh kurang 10 tahun. Ia akan terus melonjak selepas ini, dengan Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) sebagai satu daripada alasan.

Harga rumah sudah tentu banyak bergantung kepada lokasi dan kualiti rumah. Hakikatnya harga rumah sudah di luar jangkauan dan keupayaan kebanyakan orang sekarang, lebih-lebih lagi generasi muda yang baharu bekerja dan mendirikan rumah tangga. Kenaikan harga rumah yang menjejaskan keupayaan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana untuk membeli adalah salah satu isu yang sering diperkatakan pada masa ini.

Daripada tinjauan itu saya dapati reka bentuk rumah di Sarawak belum setanding dengan kualiti rumah di Semenanjung. Memang ada rumah yang bermutu termasuk dari segi reka bentuk, tetapi kebanyakannya belum mencapai tahap kualiti membanggakan. Ada reka bentuk yang terlalu teruk tetapi anehnya masih juga habis dijual.

Perbaiki reka bentuk rumah

Tidak bolehkah kerajaan memberi cadangan kepada pemaju terbabit supaya memperbaiki reka bentuk rumah sebelum meluluskan sesuatu projek perumahan? Adakah kekurangan pengalaman

dalam pembinaan rumah dalam kalangan sesetengah pemaju menyebabkan keadaan ini berlaku?

Sepatutnya, aspek reka bentuk dan kualiti diberikan perhatian sewajarnya. Bagi pembeli, selain reka bentuk, aspek perparitan, keluasan kawasan rumah, kelebaran jalan, kejiranan, taman permainan dan jarak dengan bandar serta tempat kerja adalah faktor utama diambil kira apabila hendak membeli rumah.

Boleh dikatakan harga rumah 'menggila' sejak lima tahun lalu. Adakah benar bahawa kos bahan pembinaan sudah meningkat? Adakah harga tanah juga naik berlipat kali ganda atau ada individu yang mendapat untung besar dengan dengan melakukan spekulasi.

Di tempat saya bekerja, ada sebuah projek rumah teres dua tingkat. Ketika rumah itu belum siap beberapa tahun lalu, ia dijual pada harga RM350,000, tetapi seorang individu yang mempunyai wang membeli lima unit sekali gus dan menjualnya sekitar RM500,000.

Spekulasi antara faktor yang meningkatkan harga rumah, selain tidak dinafikan, ada pemaju yang mengambil kesempatan daripada permintaan yang tinggi. Mereka tahu bahawa pembeli pasti sentiasa tidak mencukupi. Betapa tidak, begitu sukar untuk membeli rumah yang sudah siap sejak beberapa tahun kebelakangan ini kerana rumah sudah habis dijual ketika projek berkenaan masih lagi pada peringkat hendak melancarkannya.

Tangani kekurangan rumah

Saya percaya, fenomena yang sama juga berlaku di bandar besar yang lain di negara ini. Sampai bilakah fenomena ini akan berterusan tanpa kesudahan. Dalam Bajet 2014, sebanyak 223,000 unit rumah pada harga berpatutan dirancang untuk dibina oleh sektor swasta dan kerajaan. Adakah sasaran itu dapat dicapai? Melalui bajet berkenaan pelbagai strategi dan pendekatan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah kekurangan rumah dan harga rumah yang mahal. Kerajaan prihatin akan nasib dan kebajikan rakyat.

Strategi dan jalan penyelesaian untuk mengawal kos rumah bukan hanya terbatas kepada penurunan harga rumah, tetapi pelbagai langkah lain seperti tempoh pinjaman bank. Pinjaman dua generasi perlu dibenarkan dengan anak menyambung pembayaran pinjaman. Langkah terbaharu kerajaan membenarkan individu terbabit menyewa dan kemudiannya membeli rumah berkenaan adalah pendekatan bijak lagi pragmatik.

Rumah bukan sekadar tempat untuk berlindung daripada panas dan hujan. Rumah melambangkan pencapaian seseorang dalam hidup. Rumah yang besar dan cantik memperlihatkan taraf sosioekonomi seseorang. Mereka yang memiliki banyak wang dan berpendapatan besar sudah pasti lebih mampu membeli rumah idaman di lokasi impian.

Menjadi tanggungjawab kerajaan melalui sektor swasta terutamanya untuk memastikan bukan saja jumlah rumah mencukupi, tetapi berkualiti tinggi dengan sentuhan estetika serta mampu dimiliki oleh rakyat kebanyakan.

Bajet 2015 mengambil kira masalah perumahan khususnya dalam kalangan generasi muda dan penjawat awam. Jika isu ini tidak ditangani dengan cepat dan pendekatan bijaksana, kita akan berhadapan dengan generasi tanpa rumah.

Keadaan ini mencetuskan masalah sosial dan politik pada jangka panjang. Kerajaan perlu bersungguh-sungguh menyediakan rumah mampu milik berkualiti kepada rakyat.

26

Bagus
15

Marah
13

Terkejut
13

Sedih
12

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (96 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Al-Patih 28-10-2014 04:27 AM
perkataan "mutu" dah pupus .....
Quote Vellfire 28-10-2014 04:40 AM
Dah tak mampu nak beli rmh
tinggal kat rmh sedia ada cukuplah
Quote leylapple 28-10-2014 08:33 AM
artikel dari mana nie?

Quote Anak_Nogori 28-10-2014 10:33 AM
Kalau nak diskus Dari segi mutu rumah..yg ni saya setuju...sepatutnya pemaju fikir ..kalau harga rumah berharga 400k..takkan mutu rumah mcm 100k.
Quote JohnDeSouza 28-10-2014 10:36 AM
muthusamy ka?
Quote kejoraria 28-10-2014 11:54 AM
Anak_Nogori posted on 28-10-2014 10:33 AM
Kalau nak diskus Dari segi mutu rumah..yg ni saya setuju...sepatutnya pemaju fikir ..kalau harga rum ...

biasanya pemaju nk untung....yg suffer pembeli....bank lg seronok...lg mahal umah lg byk depa mkn interest!
Quote nexusys 28-10-2014 12:17 PM
kes rumah ni meroyan la banyak mana pun... kat situ gak.... berapa tahun punya cerita daaaa
Quote FOTHER-MUCKER 28-10-2014 12:26 PM
Malaysia maaaa...... Dia orang belajar macamana porton buat kreta.
Quote badaksumbu 28-10-2014 12:28 PM
cek la harga tanah kat situ bp rm/kaki persegi, harga rumah tu kan termasuk dgn harga tanah. kalau dekat tempat jin bertendang harga mcm tu mmg x masuk akal la.
Quote musangcomel 28-10-2014 12:35 PM
takde gambo ke
aku nak tgk gak rekabentuk rumah yg dikatakan teruk tu
mmg tak cantik sgt ke apa
tp harga umah skrg mmg gila la
aku rasa org gaji cam aku ni sampai tua pon tak mampu beli umah
sedehh
Quote rindusangbulan 28-10-2014 12:58 PM
di seri manjung rekabentuk rumah tak cantik langsung...hrga rm300k..tetappp habis di jual..
Quote sapeka 28-10-2014 01:28 PM
ye memang mahal
pastu dok menangung bayar interest pulak..
hmm..
Quote aechae 28-10-2014 01:40 PM
nk ikut selera sndri design sndri lah, bhn2 pn sndri pilih...klu xda duit, diam
Quote Eric.n9 28-10-2014 01:43 PM
aechae posted on 28-10-2014 01:40 PM
nk ikut selera sndri design sndri lah, bhn2 pn sndri pilih...klu xda duit, diam

Ye betul. heheh
Tak yah sibuk sibuk beli rumah, buat/upah org buat rumah(upah buat rumah sekarang 1.5 harga barang yer). tu klu nak mutu kerja yg elok lah.

Quote idadzira 28-10-2014 01:45 PM
rumah2 scientex mmg cam hampeh kecik tapi harga berpatutan la
Quote poison_paradise 28-10-2014 02:08 PM
Tmpt jin bertendang pon sold out .. Cane tu..
Quote aechae 28-10-2014 02:09 PM
Eric.n9 posted on 28-10-2014 01:43 PM
Ye betul. heheh
Tak yah sibuk sibuk beli rumah, buat/upah org buat rumah(upah buat rumah sekarang ...

kaannn....abh aku pelan lukis sndri, cri arkitek sndri, cri kontraktor sndri, msa nk beli brg g tgk pilih mna nk, msa bina pn dia meronda nk ubh sukati ckp je...
Quote Eric.n9 28-10-2014 02:23 PM
aechae posted on 28-10-2014 02:09 PM
kaannn....abh aku pelan lukis sndri, cri arkitek sndri, cri kontraktor sndri, msa nk beli brg g tg ...

Nak lagi murah certain thing takyah upah org.
Mcm cat umah, tu boleh buat sndri.
Pasang cermin, pintu, pun boleh buat sndri.


Quote poison_paradise 28-10-2014 03:09 PM
Permintaan rumah mg amat tinggi skang. Yg da beli Rumah sblm ni..akn mencari Rumah kedua pula kerana bimbang harga melambung lg tinggi..

Spt Saya juga.. Mg mengintai peluang utk grab rumah kedua utk bg anak. Tak tau la zaman akn dtg ..harga mcm mana nt

Adik Saya Baru beli Rumah di southville juga sudah berura2 beli UMAH kedua ats nama Bini..msg2 umo bwh 30 lg..

Org muda mg berebut2 beli rumah skang... Yg Saya tgk wpon keje mkn gaji Tp ramai menjlnkan biz sampingan spt online biz ..income bole capai 3k-10k sbln... Cukup nk byr instalment umah

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.076275 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top