CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas

3-11-2014 05:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6948| Komen: 18

Pesawat Malindo Air Mendarat Cemas

Kuala Lumpur: Syarikat Penerbangan Malindo Air mengesahkan penerbangan dari Delhi, India ke Kuala Lumpur terpaksa dilencongkan ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Thailand disebabkan oleh masalah teknikal.

Menurut Pengarah Perhubungan dan Komunikasi Malindo Air Raja Sa'adi Raja Amrin, penerbangan OD206 yang berlepas jam 10.05 malam waktu tempatan membawa 121 penumpang termasuk 3 bayi dan lapan anak kapal.

Katanya, pesawat Boeing 737-900ER itu sepatutnya dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) pada jam 5.25 pagi tadi.

"Krew penerbangan mengesan terdapat masalah teknikal pada pesawat dan terus melaporkan kepada menara kawalan trafik udara sebelum membuat pendaratan ke Lapangan Terbang Don Mueang, Thailand.

"Pesawat berkenaan selamat mendarat di Lapangan Terbang Don Mueang pada jam 2.45 waktu tempatan dan semua penumpang selamat kembali ke ibu negara dengan menggunakan penerbangan lain pada jam 3.45 waktu tempatan,"katanya dalam kenyataan media, sebentar tadi.

Menurutnya, pihaknya sedang menyiasat punca masalah teknikal dan laporan sudah dihantar kepada pihak berkaitan termasuk pengeluar pesawat dan enjin.

GAMBAR fail. FOTO Amran Hamid


2

Bagus
7

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (38 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amizul 3-11-2014 03:51 PM
adik seorang sahabat berada di dalam kapal terbang tersebut.
Quote dr.R 3-11-2014 04:06 PM
Sabtu lepas baru naik pesawat Malindo Air ni dari Kota Kinabalu ke KLIA2, sehari ada 2 penerbangan je pagi dan petang. Ambil penerbangan petang jam 7.10pm, terkejut juga sebab penerbangan dia walaupun ikut jadual tapi boleh sampai setengam jam lebih awal. Sepatutnya sampai di KLIA2 jam 9.45pm, tapi 9.15pm dah mendarat dan 9.20pm dah keluar dari pesawat. Kalau naik Mas atau AirAsia tak pernah secepat ni dan AirAsia selalu pula delay, laluan Malindo guna lebih singkat ke?.
Quote kentel 3-11-2014 04:20 PM
amizul posted on 3-11-2014 03:51 PM
adik seorang sahabat berada di dalam kapal terbang tersebut.

so xde story mory??
Quote kentel 3-11-2014 04:21 PM
dr.R posted on 3-11-2014 04:06 PM
Sabtu lepas baru naik pesawat Malindo Air ni dari Kota Kinabalu ke KLIA2, sehari ada 2 penerbangan j ...

mana ada...aku naik dlu MalindoAir KUL-BKI memang 2H45M....maybe ikut pilot yang memandu...
Quote Changa 3-11-2014 04:25 PM
Jangan nak mendarat cemas sabtu ini akak cikcur ke bali dengan malindo
Quote GhostWalking 3-11-2014 04:28 PM
Changa posted on 3-11-2014 08:25 AM
Jangan nak mendarat cemas sabtu ini akak cikcur ke bali dengan malindo

jgn lupa fridge magnet iols
Quote amizul 3-11-2014 04:28 PM
kentel posted on 3-11-2014 04:20 PM
so xde story mory??

klo ikut member explain that flight hilang kuasa so x boleh go above awan untuk elak the thunder storm and turbulance...a lot of panic in flight and stewardess pun dh pucat dh...

Quote kentel 3-11-2014 04:31 PM
amizul posted on 3-11-2014 04:28 PM
klo ikut member explain that flight hilang kuasa so x boleh go above awan untuk elak the thunder s ...

MAGADDD...18hb ni dahla nak pegi surabaya,,,tapi airasia lah..
Quote amizul 3-11-2014 04:33 PM
kentel posted on 3-11-2014 04:31 PM
MAGADDD...18hb ni dahla nak pegi surabaya,,,tapi airasia lah..

but Malindo pun dah ckp is due to technical problem, if takde ape flight shld be fly above the cloud...Insya-Allah trip sahabat ke Surabaya tiada masalah.

Quote Changa 3-11-2014 04:37 PM
GhostWalking posted on 3-11-2014 04:28 PM
jgn lupa fridge magnet iols

akak cikcur weekend jah sis. entah2 berkuntum dalam bilik hotel jah.
akak beli dekat setahun lepas tiket somehow dapat return RM133 jah, terus akak beli.
itu belum masuk airport tax bali, sekarang dah makin mahal Rp200k katanya airport tax sekarang.
Quote GhostWalking 3-11-2014 04:40 PM
Changa posted on 3-11-2014 08:37 AM
akak cikcur weekend jah sis. entah2 berkuntum dalam bilik hotel jah.
akak beli dekat setahun lepa ...

have fun sis we do need a break sometimes
Quote chinta89 3-11-2014 04:45 PM
nasib baik semua selamat.
Quote Muntz 3-11-2014 07:08 PM
Changa posted on 3-11-2014 04:37 PM
akak cikcur weekend jah sis. entah2 berkuntum dalam bilik hotel jah.
akak beli dekat setahun lepa ...

Cikcur kat Filipin best uols. Bali ramai sangat yg kejar org putih kekdahnya. Muka berkerak ala2 tak berapa laku sgt kekdahnya.
Quote Changa 3-11-2014 07:10 PM
Muntz posted on 3-11-2014 07:08 PM
Cikcur kat Filipin best uols. Bali ramai sangat yg kejar org putih kekdahnya. Muka berkerak ala2 t ...

kiranya sis tak laku lah kat sana?
Quote mommymonster82 3-11-2014 07:34 PM
Wartawan cer buat study skit rupa flight gane jgn main taruk gambar jer...asal ada lambang malindo
Quote mommymonster82 3-11-2014 07:36 PM
Pesawat dr malaysia yg ditakdir  problem or mmg boeing ni ada problem kapal terbangnya?
Quote ladydutch 3-11-2014 07:42 PM
Changa posted on 3-11-2014 04:25 PM
Jangan nak mendarat cemas sabtu ini akak cikcur ke bali dengan malindo

berani pula kamu nak naik flight time malaysia banyak flight problem
Quote BotakChinPeng 4-11-2014 07:30 PM
Syukur selamat mendarat

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.050488 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top