CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Badan Penuh Lebam Selepas Pulang Taska

5-11-2014 04:59 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11958| Komen: 74

Badan Penuh Lebam Selepas Pulang Taska


Putrajaya: Seorang wanita membuat laporan polis terhadap sebuah taska di Presint 9, di sini kelmarin, selepas mendapati ada kesan lebam pada badan bayi lelakinya berusia setahun.

Wanita berusia 28 tahun yang juga penjawat awam itu mendakwa terdapat kesan lebam di paha, bahu, perut dan belakang bayi lelakinya selepas diambil dari taska   jam 7.30 malam. Sumber berkata, ketika mengambil bayi lelaki dan seorang lagi anak lelakinya, seorang pengasuh memaklumkan terdapat kesan merah di belakang badan dan lebam di pipi kerana tersiku ketika melakukan aktiviti.

“Sebaik tiba di rumah, wanita itu dan suaminya memeriksa semula seluruh badan anak lelakinya dan mendapati terdapat kesan seperti lebam di paha, bahu, perut dan belakang badan.

Malah, ketika mengambil anaknya di taska pengasuh turut memaklumkan bayi lelaki terbabit turut muntah-muntah,” katanya. Menurutnya, suami wanita terbabit kemudian memaklumkan kejadian itu kepada pengusaha taska dan menghantar gambar kesan lebam pada tubuh anaknya melalui aplikasi WhatsApp.

“Pengusaha taska berjanji akan menyiasat kejadian itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan.“Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Presint 7 untuk tindakan lanjut,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu, dan siasatan masih dijalankan.

“Kita sudah memanggil pengasuh untuk memberi keterangan. Bayi berkenaan juga sudah dibawa untuk pemeriksaan di Hospital Putrajaya dan didapati kakinya turut patah, selain kesan lebam di bahagian badan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan sama ada dia terjatuh dan sebagainya. Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,”katanya.              

14

Bagus
2

Marah
6

Terkejut
2

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (48 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 3-11-2014 07:30 AM
Kena smack down nfan bbudak lain kot
Quote mbhcsf 3-11-2014 07:33 AM
i tak tahu nak komen apa

dah muntah muntah - hmm...internal ? head injury ni jatuh ke ape
atau - non accidental injury


kepada kementerian pembangunan wanita dan  etc

DARI DULU LAGI KES KES MACAM NI WUJUD

hampa buat apa, ye?
Quote amiraira 3-11-2014 07:35 AM
Dera la tu......
Quote FanTasyCreaTioN 3-11-2014 07:55 AM
pengasuh turut memaklumkan bayi lelaki terbabit turut muntah-muntah
Pengusaha taska berjanji akan menyiasat kejadian itu melalui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di premis berkenaan

tunggu laporan penuh sblom nak komen lebih2

Quote famri7 3-11-2014 07:56 AM
Sapa suh hantar dkt nursery ummah terrorist..xtengok tv ke sis?
Quote fifie_olin 3-11-2014 08:03 AM
vavi btl...ko dh dera...mcm2 alasan bangang ko bg...pura2 x tau ape2....
hrp2 kne tgkp
Quote siputsedut 3-11-2014 08:05 AM
taska manakah ini?
Quote mrsav 3-11-2014 08:18 AM
lagi kes dera...
Quote alinone78 3-11-2014 08:21 AM
mbhcsf posted on 3-11-2014 07:33 AM
i tak tahu nak komen apa

dah muntah muntah - hmm...internal ? head injury ni jatuh ke ape

buat bodoh
Quote noor2 3-11-2014 08:22 AM
X payah bela anak org la kalau dah begini jd pada anak jagaan yg diamanahkan
Quote mbhcsf 3-11-2014 08:23 AM
alinone78 posted on 3-11-2014 08:21 AM
buat bodoh

sebab kalau ikutkan dah berapa kes yg i dok tengok kat forum ni kes taska kat Putrajaya awat ye..

taska mana ya ...tak takut ke you all mommies out there?



Quote alinone78 3-11-2014 08:24 AM
sampai sekarang aku simpan gambar kesan lebam cubitan anak aku
kena cubit oleh tokey taska sebab tak pakai bedak nak ke sekolah agama (#@%$^&*()(*&^@#$%^&*()

bila aku komplen, dia bersilat buka gelanggang kata aku tak tau jaga anak
komplen badan anak aku banyak juga lebam2 (nak kata aku pun kaki pukul gamaknya)

tengok2 depan mata, anak laki dia kencing depan pintu pagar

so, aku senyum sinis n balik j
Allah bayar CASH
Quote alinone78 3-11-2014 08:25 AM
fifie_olin posted on 3-11-2014 08:03 AM
vavi btl...ko dh dera...mcm2 alasan bangang ko bg...pura2 x tau ape2....
hrp2 kne tgkp

sebelum buat2 x tau
dia delete dulu rakaman cctv
Quote alinone78 3-11-2014 08:28 AM
mbhcsf posted on 3-11-2014 08:23 AM
sebab kalau ikutkan dah berapa kes yg i dok tengok kat forum ni kes taska kat Putrajaya awat ye..
...

aku yakin semua mak pak risau
tapi tak terluah sebab masing2 nak cari duit
nanti banyak sangat cengkadak mesti ada yang komen macam ni

"Kalau tak percaya dengan sistem taska / pengasuh, sila jaga anak sendiri!! BERHENTI KERJA"
Quote Vellfire 3-11-2014 08:32 AM
nalis posted on 3-11-2014 07:30 AM
Kena smack down nfan bbudak lain kot

biasa mcm tu lah
dah ramai budak tak sempat nak tgk sorang2
Quote mbhcsf 3-11-2014 08:35 AM
alinone78 posted on 3-11-2014 08:28 AM
aku yakin semua mak pak risau
tapi tak terluah sebab masing2 nak cari duit
nanti banyak sangat c ...

kalau ada pengusaha taska yg ada kelulusan yg baik dalam child care yg bebetul kualiti lah yg sudi buat taska dekat dengan tempat keje ibu bapa - that means dalam premis itu sendiri dan berkualiti , i rasa kalau bayaran RM 890 pun parents sanggup kot kalau service tu ada kualiti dari segi penjagaan , kebersihan dan pemantauan quality assurance , didikan , etc  

i mean u know parents usually tak berkira tapi bila jadi macam ni ngilu aih dengaq...

kalau i personally i wont let anak tu dijaga 8 hours tanpa tanpa awasan , kena pi juga buat lawatan sebab pengalaman rakan sekerja kita dah cukup untuk mengingatkan ialah ada manusia jaga anak manusia lain semacam karung guni je.

Quote alinone78 3-11-2014 08:41 AM
mbhcsf posted on 3-11-2014 08:35 AM
kalau ada pengusaha taska yg ada kelulusan yg baik dalam child care yg bebetul kualiti lah yg sudi ...

memang elok pun buat spotcheck macam yang kat Penang hari tu
nah kau anak terikat

pengusaha taska ni ada kursus sebelum buka taska
ada yang 2 minggu bawah KEMAS
ada yang hujung minggu j

tapi tu la... pengusaha j yang kursus
dia punya pekerja tak kursus
tu yang pakat2 jadi macam2

newsfeed FB n wassap penuh kot dengan rakaman video macam2 hal kat taska ni
aku forward kat anak aku
anak aku forward kat cikgu taska depa
Quote fifie_olin 3-11-2014 08:41 AM
alinone78 posted on 3-11-2014 06:24 AM
sampai sekarang aku simpan gambar kesan lebam cubitan anak aku
kena cubit oleh tokey taska sebab ta ...

tu ank ko kene cubit dgn org luar...
tp aku lak...cubit anak aku sendrik smpi lebam....
mmg ms aku cubit tu...jenis kuat gile la...baik pya piattt
kt umh bila ank aku bukak baju...br aku perasn lebam tu....aku sedih nok...sian anak aku...aku nyesal sgt2
Quote noor2 3-11-2014 08:43 AM
Apasal teruk sgt dah kes pengasuh2 ni...mkn menjadi2...

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 2.617953 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top