CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Rahsia Kelazatan Cendol Terbongkar!

6-11-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17473| Komen: 71

Rahsia Kelazatan Cendol Terbongkar!


Puchong: Serbuan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Selangor bukan sahaja menahan warga asing, tetapi turut membawa kepada penemuan sebuah lokasi memproses rojak dan cendol dalam keadaan menjijikkan yang tersorok di sebuah kawasan pembinaan di pinggir bandar ini, awal pagi semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi itu, didapati kawasan pemprosesan makanan itu seolah-olah seperti tempat pembuangan sampah kerana dipenuhi sampah serta air bertakung selain berbau busuk.

Difahamkan, kawasan pemprosesan itu sudah beroperasi lebih setahun lalu turut menggaji warga asing sebagai penjual cendol dan rojak dengan menaiki motosikal serta lori di sekitar daerah ini dan beberapa daerah berdekatan.


Lebih menjijikkan, perkakasan yang digunakan untuk menyediakan rojak dan cendol turut dijadikan tempat merendam seluar dalam milik pekerja dan diletakkan hampir antara satu sama lain.

Selain itu, keadaan dapur yang dijadikan tempat membuat kuah rojak pula dipenuhi sampah dan tidak diurus dengan baik sehingga boleh menyebabkan tahap kebersihannya diragui.

1

Bagus
3

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote famri7 6-11-2014 07:09 AM
Semestinya pemilik dan pekerja warga asing adalah leluhur kelate.
Quote dubuk 6-11-2014 07:25 AM
tengkorak
Quote mbhcsf 6-11-2014 07:28 AM
Astaghfirullah! Eeeeeeuwww....tak payah la mkn laaa benda jual mcm ni..see? X hygienic.
Quote Vellfire 6-11-2014 07:28 AM
Oh padanlah sedap...uwekkk
Quote Carl_Kausar 6-11-2014 07:42 AM
And....people wondering..why they call it "cendol"


Quote Carl_Kausar 6-11-2014 07:43 AM
Start ur day with cendol...anyone???


Quote yusryimran 6-11-2014 07:44 AM
nasiblah x berapa gemar sangat.. sangat menjijikan
Quote fifie_olin 6-11-2014 07:45 AM
buat sendri je la
Quote mrak78 6-11-2014 08:20 AM
Dimana ada jalan di situ ada kemajuan.. 9/10 rezeki dtg dr perniagaan.
Quote Suchi 6-11-2014 08:23 AM
alamak
buat sendiri jelah uols cendol pastu simpan dlm peti
Quote tupaiterbang 6-11-2014 08:23 AM
mrak78 posted on 6-11-2014 08:20 AM
Dimana ada jalan di situ ada kemajuan.. 9/10 rezeki dtg dr perniagaan.

tang mana berkatnya kasik pelanggan hirup air spendar
Quote sayalala 6-11-2014 08:26 AM
nak muntahhhh wehhhhh....wekkkkk
Quote carly_lah 6-11-2014 08:29 AM
patutla maju... bg air spenda kt customer....
Quote kenari2101 6-11-2014 08:31 AM
nasib baik aku tak pernah tergerak hati nakbeli cendol dari org2 ni semua..
tgk penjual pun dah pening, lagilah kalu tgk barang jualannya.
satu lagi aku pernah terbaca, ada sorang tu kalau nak beli makanan ke dia akn scan dulu penjual makanan tu dulu
tgk kuku dia, kebersihannya. kalu yg lelaki pulak, kalu bersubang ke bergelang mmg rejek ler...
akurasa mmg wise lah cara ni.
Quote ultra78 6-11-2014 08:37 AM
Bila tengok cendol,teringat arwah atuk dan nenek aku. Atuk aku buat cendol dan nenek aku pula meniaga cendol di pasar
Quote mizzmimi 6-11-2014 09:03 AM
buat sendirilah wei.. kembang tekak den ni haa..
Quote makneng 6-11-2014 09:21 AM
mujur aku dah lama tak makan cendol n rojak kat sekitar kl n selangor ni...
Quote ninjago 6-11-2014 09:24 AM
apesal pulak nak rendam spender kat situ?? pengotor abadi tul la!
Quote encikWawad 6-11-2014 09:26 AM
lazartttt - sebab tu ada pepatah kalau nak makan kat kedai mamak - jgn tgk dapur dia
now dah nampak cendol punya faktor penyedap - memang akan iols awaaayyyy dari makan cendol ni
huhu

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:50 PM GMT+8 , Processed in 1.144510 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top