CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Tahap Cemburu Korang Macam Mana?

6-11-2014 12:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 21868| Komen: 40

Salam,

Korang, tahap cemburu korang pada pasangan mcm mana?

Adakah korang jenis cemburu buta?cemburu bertempat?jenis cemburu sikit2 je..atau jenis yg tak kesah langsung?

* iols rasa iols jenis cemburu bertempat sbb kalau husben text/ckp dgn kawan perempuan dia yg iols kenal, iols tak kesah. kate org berkawan biar beribu, berkasih biar le satu.




SETIAP individu tentu pernah berasa cemburu. Tidak kiralah dalam konteks perhubungan cinta antara lelaki dan wanita, keluarga atau paling tidak iri hati ketika di bangku sekolah. Meniti alam dewasa, mungkin pernah antara kita merasa cemburu dengan teman sekerja atau tertanya-tanya mengapa dirinya lebih berjaya.

Sama ada rasa cemburu akhirnya mendorong diri kita menjadi insan lebih baik atau hanyut diselubungi perasaan negatif hingga membawa kepada hasad dengki, situasi sebegini dianggap lumrah kehidupan. Rasa cemburu jika tidak dibendung lebih awal, lama kelamaan perasaan negatif yang bertunas di hati boleh meledak api emosi. Andai tidak dikawal, ia mampu mencetuskan perbalahan lebih besar. Ibarat gunung merapi yang menanti waktu untuk meletus, konflik cemburu boleh bertukar menjadi tragedi lebih dasyat.


Faktor iri hati itu jika diselidik, tiada tembok sempadannya. Sama ada antara lelaki bersama lelaki, perempuan dengan perempuan atau lelaki dengan wanita. Ada banyak sebab yang memungkinkan perasaan cemburu timbul.

Antara faktor cemburu termasuk melihat kejayaan orang lain; kebahagiaan yang mereka kecapi; kelebihan dari segi paras rupa; kenaikan pangkat; perhatian yang diberi melebihi diri sendiri dan tarikan lain yang membuatkan seseorang itu lebih menonjol.

Jika dikaji, tiada sebab untuk seseorang cemburu dengan kejayaan orang melainkan dirinya sendiri harus berusaha mengubah nasib. Jangan jadikan perasaan cemburu dan iri hati sebagai penghalang untuk terus mengejar kemajuan.
Tidak salah untuk berasa cemburu ke atas kejayaan individu lain asalkan perasaan itu diselangi dengan semangat baru untuk sama-sama beroleh kejayaan.

Apabila anda dirundung rasa cemburu, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah ketepikan perasaan hasad dengki yang boleh memakan diri. Sama ada dalam hubungan cinta ataupun konflik dengan rakan-rakan, pastikan anda sentiasa berfikiran positif menangani setiap isu mendatang.

Tarik nafas dalam-dalam kerana ia mampu memberi motivasi dan semangat baru untuk berdepan dengan pelbagai kemungkinan. Andai sudah redakan diri, apa kata minum air untuk memastikan diri tenang.

Jangan bangkitkan konflik, sebaliknya hindari daripada berdepan dengan individu yang anda tidak gemari. Jauhi mereka seketika bagi membolehkan anda mampu mengumpul kekuatan serta semangat baru dalam hidup.

Pilihan bersendiri seharusnya dimanfaatkan untuk berehat dan mencari sedikit ketenangan. Jika tidak mahu diri tersisih atau sunyi, sibukkanlah diri dengan bertemu sahabat lama untuk meredakan tekanan.

Dekatkan diri dengan Yang Maha Esa kerana itulah sumber kekuatan ketika berdepan situasi sukar.

Bagaimana mahu hentikan rasa cemburu

1. Ketahui punca
Tiada sebab cemburu jika kalau kita tidak tahu puncanya. Selidik mengapa anda cemburu hingga mencetuskan rasa tidak puas hati, tersinggung atau kecewa dengan orang sekeliling. Tentu ada sebab mengapa anda kecil hati.

2. Tarik nafas dalam-dalam
Jangan cepat melenting, sebaliknya fikir secara positif dengan menarik nafas dalam-dalam biarpun ketika berdepan dengan individu yang menyinggung hati anda. Cuba jadi individu profesional walaupun ketika berdepan dengan orang yang anda sudah jelak.

3. Menangis semahunya
Tidak salah mengekspresi diri dengan menangis. Pastikan anda tidak menangis di depan ‘lawan’, sebaiknya cari waktu terbaik untuk menyendiri atau bersama dengan orang yang anda percaya. Menangis sepenuh hati mampu meredakan tekanan.

4. Berfikiran positif
Buang jauh-jauh unsur negatif dalam diri, sebaliknya kembalikan aura positif. Cuba alih rasa cemburu dengan memikirkan benda yang baik-baik. Ibarat kata orang belajarlah memujuk diri.

5. Berhenti untuk membandingkan diri anda dengan orang lain
Alamat memang tidak akan habis cemburu jika sibuk membandingkan nasib anda dengan orang lain.

6. Jangan kecewa dengan diri sendiri
Setiap orang mempunyai kelemahan diri dan belajarlah mengakui tiada siapa yang sempurna. Positif dalam diri resipi untuk kurang berasa cemburu.

7. Percaya diri
Ketepikan rasa sakit hati, lantas percaya kepada bakat dan rezeki yang mendatang. Tidak perlu menjadi orang lain atau mempunyai perasaan hasad dengki yang akhirnya memakan diri.

8. Bekerja keras
Motivasi diri dengan berazam mengubah personaliti sedia ada. Ibarat menjadi lebih baik untuk hari esok berbanding hari ini. Tumpuan berikutnya untuk menjadi insan berkualiti yang menjadi rebutan semua orang. Akhir sekali, sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya dikurniakan rezeki dan kesihatan yang baik.
22

Bagus
13

Marah
11

Terkejut
24

Sedih
25

Lawak
38

Bosan

Friends Rank (133 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote khailya 5-11-2014 03:16 PM
sgt cemburu! hahahahaha
Quote rawahah 5-11-2014 03:17 PM
bini aku dulu masa dia gemok, aku bukak instagram pun dia jeles.. sbb bnyk pic model2 jubah..tudung n fesyen.. wakakakaka...

masa belum nikah lagi parah.. asal jumpa je spotcek hp aku.. hadoi..

la ni kurang sikit.. sbb dia dah cun,, wakakakaka

org yg kuat sgt cemburu ni ada masalah mental sikit..
Quote sandha159 5-11-2014 03:26 PM
me sgt  cemburu. watsapp, msg, fb mesti kne check hari2..sbb dlu die dah penah kantoi main"scout"..
so kne berwaspada selalu.
Quote cahaya_emily 5-11-2014 03:41 PM
khailya posted on 5-11-2014 03:16 PM
sgt cemburu! hahahahaha

hehe..kalau u cemburu meluap2 u buat ape?


Quote myakayina 5-11-2014 03:44 PM
tipulah klu takde rasa cemburu.. tapi biarlah bertempat..
Quote khailya 5-11-2014 03:45 PM
cari pasal..! hahahaha adoiiii tak elok kan mcm tu..
tp tu la.. haihhhh.. jenuh nk control cemburu ni...
bile cemburu.. cari pasal.. bile cari pasal.. kang gadoh.. pehtu sendiri yg sakit hati...

ade petua nk kurangkan rase cemburu??
Quote cahaya_emily 5-11-2014 03:45 PM
sandha159 posted on 5-11-2014 03:26 PM
me sgt  cemburu. watsapp, msg, fb mesti kne check hari2..sbb dlu die dah penah kantoi main"scout"..
...

sori main scout tu ape?
tp mmg kite kne berwaspada kalau dah ada history. iols geram sgt, iols uninstall wechat,line yg boleh shake2 chatting dgn pompuan kat fon dia.
lpstu i tawakal pada Allah.
Quote sandha159 5-11-2014 04:06 PM
scout tu media sosial mcm fb jgk.. just kte boleh tau location org tu kt mane...boleh main msg2,, kekdahnye kalau location dekat boleh la jumpa n dating. so leps kantoi i akan check hp die.. die pun ok je bile i check.
Quote cahaya_emily 5-11-2014 04:59 PM
sandha159 posted on 5-11-2014 04:06 PM
scout tu media sosial mcm fb jgk.. just kte boleh tau location org tu kt mane...boleh main msg2,, ke ...

geram kan, dah chatting lpstu bleh ajak dating...rasa nk lempang je.
perempuan skrg pun mmg jenis yg daring2 lah...baru chat sikit2 dah berani nak jumpe.


Quote sandha159 6-11-2014 09:09 AM
cahaya_emily posted on 5-11-2014 04:59 PM
geram kan, dah chatting lpstu bleh ajak dating...rasa nk lempang je.
perempuan skrg pun mmg jenis ...

yess geramm sgt,,letak profile pic ensem ckt,,tambah pic2 pegi haneymoon kt oversea..(pic sorg2) padahal bini yg ambikkn.. then letak kt mne2 media social..confirm ade je pempuan yg tego..tu x tmasuk lagi pempuan yg tetibe msg2 my husb bgtau die crush dgn my husb. aduh mcmane la x jeles

Quote GadisShizuka 6-11-2014 11:49 AM
jeles yang boleh di runding
Quote fairycute 6-11-2014 01:52 PM
khailya posted on 5-11-2014 03:45 PM
cari pasal..! hahahaha adoiiii tak elok kan mcm tu..
tp tu la.. haihhhh.. jenuh nk control cemburu  ...

Samalah kita.. Kuat cemburu.. Lps tu suka fikir bukan2.. Suami lak pantang.. Pastu jadi gaduh.. Dulu selalu check phone suami (masa tu belum kahwin).. Lps check je mesti gaduh.. Sebab i ni cemburu bila dia msj kawan perempuan (kita msj kwn laki takpe lak.. hahaha).. Smp dia fedup asyik gaduh je, terus dia letak password kat phone dia.. Sbb taknak nnt i carik gaduh.. Smp lah dah kawen ni.. Kadang2 i pon rimas.. Tp i x blh control cemburu i tu..
Quote khailya 6-11-2014 02:21 PM
fairycute posted on 6-11-2014 01:52 PM
Samalah kita.. Kuat cemburu.. Lps tu suka fikir bukan2.. Suami lak pantang.. Pastu jadi gaduh.. Du ...

hahahah same la kite..
kdg2 tu takde ape sgt.. lebih kepade gadoh2,cemburu2 manje je.. tp tu la..
last2 kite yg sakit ati...

laki aku pn letak pword kt tepon die.. tp aku tau je..
jeling2 aritu nmpk pword die..heehhehe


Quote fairycute 6-11-2014 03:14 PM
hahaha.. mmg kita blh geng ni..
Quote cahaya_emily 6-11-2014 05:16 PM
sandha159 posted on 5-11-2014 04:06 PM
scout tu media sosial mcm fb jgk.. just kte boleh tau location org tu kt mane...boleh main msg2,, ke ...

laki ni mmg suka nak test market.
mmg rasa geram je bila dia perasan mcm single lg kan?!
gatal mengenyammmmm....


Quote hanna88 6-11-2014 11:17 PM
jenis cemburu sgttttt..hhuhu..kalo artis yg dia minat tu lawa..pon da cemburu..
cemburu nih membunuhhhhhh..how to solve it..kene jd cool ke..tp nak jd cool tu susah la pulak
Quote ieja_p2_bumbum 7-11-2014 11:34 AM
iols pun kuat sangat cemburu.... slalu check henponggg somi......sbb dlu masa kapel penah kantoi ngan iols...........

skrg bler check jerk mesty dia kata iols xcaya dia as somi........... ley x iols nak cakap memang pun iols xcaya...

entahlaa daa maafkan p takut2 n ragu2 tue ada..............

sampaikan somi nak g gym sbb nak kuruskan balik perut pun iols memang berat nak bagi....... takutttttt

teruk sungguh cemburu iols nie .. tahap berapa pun xtahu .. cmner nak buang ea perasaan nie sbb in the end iols yang sakit hati
Quote mijaa 7-11-2014 01:53 PM
jenis yang cemburu tapi simpan dalam hati gitu
Quote keiichiro 7-11-2014 08:31 PM
Tak cemburu langsung. Sama ada tak de perasaan or keyakinan diri terlampau kuat.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.137157 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top