Berlin: Penyanyi rap Jerman, Denis Cuspert atau dikenali sebagai Deso Dogg dilihat muncul dalam klip video Negara Islam (IS) disebar sebuah kumpulan aktivis kelmarin. Dalam rakaman itu, Cuspert, 39, dilihat bersama anggota lain IS memenggal kepala beberapa lelaki. Laporan sebelum ini mengatakan Cuspert maut dalam konflik di Syria. Video itu tidak menunjukkan dengan jelas sama ada Cuspert membunuh sesiapa, tetapi dia dilihat memegang kepala mangsa yang sudah dipenggal. Kesahihan video itu masih disiasat. Video berkenaan disebarkan aktivis di Dair as-Saur, timur Syria, yang sering melaporkan jenayah dalam perang saudara di Syria ketika ini. Kumpulan aktivis itu bagaimanapun tidak menyatakan bila video itu dibuat atau cara mereka mendapatkannya. CUSPERT.
|
ADVERTISEMENT