Hypermarket Giant Pertama Di Perlis Tahun 2015
Malah, negeri Perlis buat julung kalinya bakal memiliki sebuah pasar raya besar seumpamanya pada September depan. Ketua Pegawai Eksekutif GCH Retail, Tim Ashdown berkata, kadar kelangsungan ekonomi di Malaysia yang sangat baik berbanding negara Asia Tenggara lain secara tidak langsung membolehkan syarikatnya mempunyai keyakinan dengan pelaburan jangka masa panjang itu. Menurutnya, GCH kini mempunyai 127 rangkaian pasar raya di seluruh negara, sedang membina empat pasar raya baru pada tahun ini dengan empat lagi dijangka dibina pada tahun hadapan. “Menerusi pelaburan sebanyak RM48 juta di atas tanah seluas 87,000 kaki persegi (26,517 meter persegi) bagi pembinaan pasar raya baru di negeri ini, kita menjangkakan bakal membuka lebih 250 peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. “Secara keseluruhan sebanyak 32 kedai, kios dan gerai makanan akan dibuka untuk memberi peluang perniagaan kepada penduduk tempatan. “Kita juga percaya dengan pembinaan pasar raya ini, ia secara tidak langsung membantu mengetengah dan memasarkan produk mereka di semua jaringan pasar raya ini di seluruh negara,” katanya pada majlis pecah tanah pasar raya itu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man di Kampung Behor Gandil, di sini, semalam.
|
liyanur posted on 7-11-2014 12:34 PM
ni apsal asyik citer sal perlis jer...
rasa cam nk pi plak tgk apa yg xde apa yg ada....
apa pun s ...
ADVERTISEMENT