|
Hubungan Salman Khan & Shah Rukh Khan Semakin Pulih HUBUNGAN pelakon Bollywood Salman Khan dan Shah Rukh Khan yang selama ini dingin dikhabarkan semakin pulih sejak Hari Raya Aidilfitri lalu. Khabar angin terbaharu tersebar apabila Salman dikatakan telah menjemput Raja Bollywood itu ke pesta perkahwinan adiknya yang akan berlangsung tidak lama lagi. Menurut Indian Express, khabar tersebut benar kerana majlis perkahwinan itu akan dibuat secara besar-besaran dengan menjemput beberapa orang kenamaan termasuklah Shah Rukh Khan. "Tetamu undangan terdiri daripada aktor, ahli politik, atlet dan ahli perniagaan terkenal. Selain itu, Salman Khan juga mengirimkan undangan kepada Shah Rukh Khan," ujar sumber terdekat keluarga itu. Majlis perkahwinan adik Salman, Arpita Khan akan berlangsung pada 18 November ini di Istana Royal Falaknuma, Hyderabad.
|



ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
17-2-2026 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.237487 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.