Bekas Pembuli Insaf
Bekas pembuli, Fendi, 21, berkata, kehidupan sebagai pembuli hanya seronok ketika zaman sekolah dan perasaan bersalah akan menghantui diri pembuli selepas tamat belajar. Menurutnya, saiz badannya yang agak besar membuatkan pelajar lain takut dan itu menjadi tiket untuk dia membuli pelajar lain, apatah lagi kegiatannya mendapat sokongan daripada rakan. Menurutnya, pelajar tingkatan dua dan tiga antara yang sering menjadi mangsa kerana bertubuh kecil dan lebih senang dibuli. “Biasanya saya tidak buli pelajar tingkatan satu kerana kurang mencabar. Saya membuli hanya untuk mendapatkan kepuasan dan ingin mencipta nama di kalangan rakan. “Bila jadi pembuli, orang akan pandang kita dan kita pun boleh bermegah di sekolah. Masa itu, semua orang kata kita ‘taiko’ sekolah dan memang bangga pada masa itu,” katanya. Dunia luar lebih mencabar Fendi berkata, apabila tamat belajar, segala perasaan megah itu hilang begitu sahaja, terutama apabila mula melihat dunia luar yang lebih mencabar. “Saya sedar kesilapan dan rasa bersalah, terutama apabila terserempak dengan mereka. "Masa itu saya cari mereka dan minta maaf, mana yang saya sempat jumpa, saya minta maaf. Bagi yang belum, saya harap mereka dapat memaafkan segala kesalahan saya," katanya. Menurutnya, pembuli sebenarnya mempunyai masalah dalam diri menyebabkan mereka membuli. "Berhentilah membuli kerana kita tidak akan dapat sebarang manfaat daripada perbuatan itu,” katanya. Pengakuan mangsa pembuli Sementara itu, seorang bekas mangsa buli, Daniel, 25, memberitahu dia masih mengingati wajah dan nama senior yang menamparnya hingga menyebabkan dia cedera di mulut. Menurutnya, dia ketika itu 13 tahun ditampar seniornya yang berusia 17 tahun di sebuah sekolah dalam Kuala Lumpur. "Semuanya bermula apabila seorang penghuni dorm sama dengannya memberitahu senior bahawa dompet hilang dan mengesyaki penghuni dorm itu juga mencurinya. "Semua pelajar dalam dorm dikumpulkan pada waktu malam dan dari situ bermulalah adegan terajang-menerajang. “Ketika lampu dipadamkan, saya mula rasa tidak sedap hati dan beberapa saat kemudian, saya rasa satu tendangan hinggap di belakang saya dan menyebabkan saya terjatuh. “Dalam keadaan samar-samar itu, saya dapat melihat seorang senior melakukan flying kick terhadap rakan saya dan menyebabkannya terjatuh. Kemudian, kami dikumpulkan dan semuanya ditanya sama ada mencuri dompet itu atau tidak. “Bila dia tanya pada saya, saya tidak mengaku dan terus ditampar. Akibatnya, bibir saya pecah dan apabila saya tunduk, saya lihat banyak darah di kaki saya,” katanya. Tambah Daniel, dia diarahkan untuk berehat seketika kerana mulutnya berdarah, namun apabila darah tidak lagi keluar, dia terpaksa menyertai semula adegan sepak terajang bersama rakannya. “Disebabkan kecederaan itu, ibu saya melaporkan perkara ini kepada pengurusan sekolah namun malangnya sekolah seakan mahu melindungi pembuli berkenaan. “Selepas pelajar lain tahu perkara itu diadukan kepada sekolah, saya dipulaukan. Setiap hari senior akan menghina saya dan mengeluarkan kata-kata kesat dengan harapan saya akan keluar dari sekolah tersebut. “Akhirnya, keluarga saya memindahkan saya ke sekolah lain kerana bimbang dengan keselamatan saya apatah lagi terpaksa bersemuka dengan pembuli yang seakan mendapat layanan istimewa pula dari sekolah,” katanya. Sebelum mengakhiri perbualan, Daniel sempat memberitahu dia tidak akan memaafkan pembuli tersebut selagi tidak datang berjumpa dengannya dan meminta maaf atas kesalahan lampau mereka.
|
13
Bagus |
13
Marah |
17
Terkejut |
15
Sedih |
14
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
stinger_attack posted on 12-11-2014 12:02 PM
Kalau iya pun nak bukak tred jangan jadi lahanat nakharom.....setakat copypaste je.....budget budg ...
blackred99 posted on 12-11-2014 12:07 PM
pada pendapat aku, budak2 jahat ni selalunya akan main sport utk sekolah, so that might be a reaso ...
Modngengade posted on 12-11-2014 12:06 PM
ko saper? moderator? hahaha....so pathetic...attention seeker
bellaa posted on 12-11-2014 12:58 PM
itu la pasai. dah la kurang kasih sayang.syok sendiri pulak tuu..momod pon xde halang akak nak buk ...
chinta89 posted on 12-11-2014 12:04 PM
apesal sekolah nak lindung sgt pembuli2 ni?
Modngengade posted on 12-11-2014 01:17 PM
tak per dik..dia dah blah dah...akak dah hincitkan dia dari tered ni...
jazaa posted on 12-11-2014 01:19 PM
Memang punca buli ni dari srkolah lah...
Bila org report...buat tak tau...
Modngengade posted on 12-11-2014 01:17 PM
tak per dik..dia dah blah dah...akak dah hincitkan dia dari tered ni...
jazaa posted on 12-11-2014 01:19 PM
Memang punca buli ni dari srkolah lah...
Bila org report...buat tak tau...
umi_indah posted on 12-11-2014 02:27 PM
die ni slah sorang mangse buli kot kak kt sekolah dulu..asyik crik pasal je dgn akk..hahaha...
ADVERTISEMENT