|
[Kemaskini] Kanak-Kanak Itu Bukan Dicampak?
SEREMBAN, 13 Nov - Adam Zikri Faizul Khairy, 6, kanak-kanak yang dijumpai terdampar di kaki lima Sekolah Kebangsaan Tasik Jaya di sini semalam, dipercayai terjatuh dan bukan dicampak dari tingkat dua sekolah berkenaan. Ketua Polis Daerah Seremban Supt Muhamad Zaki Harun berkata pihak polis menerima panggilan pada kira-kira 2.55 petang semalam dan ketika kejadian berlaku, sesi persekolahan telah tamat. "Kita sudah dapatkan keterangan dari tiga orang murid berusia 11 tahun pagi ini, dan mereka memberitahu ketika kejadian berlaku, ada seorang kanak-kanak autisme berumur 12 tahun yang bersekolah di sekolah pendidikan khas telah berjumpa dengan mangsa di tingkat dua dan mengangkat mangsa lalu diletakkan di atas tembok koridor.
"Kemudian mungkin kerana mangsa dalam keadaan tidak stabil kerana tembok koridor tersebut yang permukaannya kecil, menyebabkan mangsa tidak seimbang lalu terjatuh dari ketinggian lebuh kurang 20-30 kaki," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata kanak-kanak autisme yang berbadan agak besar ini cuba menyelamatkan mangsa tetapi tidak sempat berbuat demikian. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=840137&extra=&page=6
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
6-2-2026 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.259561 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.