CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

10 Makanan Termahal Di Dunia

14-11-2014 11:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11591| Komen: 29

10 Makanan Termahal Di Dunia



  • Trufel Putih (trifola d’Alba)



SESETENGAH orang mungkin sanggup berhabisan ribuan ringgit kerana hobi, namun ada segelintir pencinta makanan tidak kisah menghabiskan wang semata-mata untuk menikmati hidangan mewah yang sukar didapati di restoran biasa. Berikut adalah 10 makanan termahal di dunia.

1.Trufel Putih (trifola d’Alba)– $160,406 (RM536,760)



Kulat yang boleh dimakan dan berasal dari Itali ini adalah yang termahal di pasaran. Kesukaran untuk menanam trufel putih ini secara komersial menyebabkan harga untuk kira-kira 1 kilogram boleh mencecah ratusan ribu ringgit.
   

2.Almas beluga kaviar - AS$28,000 (RM93,701)



Kaviar termahal ini terhasil daripada telur sturgeon albino yang hanya ditemui di Laut Kaspia. Bungkusan hidangan mewah dan istimewa yang diimport dari Iran ini diperbuat daripada emas 24 karat.



3.Tembikai Yubari – AS$22,872 (RM76,522)

Ia dianggap sebagai 'raja buah' kerana rasanya yang manis dan sempurna. Buah ini dihasilkan daripada kacukan dua jenis tembikai eksotik dari daerah Yubari di Jepun.



4.Tembikai Hitam Densuke - AS$6,100 (RM20,407)

Buah ini sukar diperoleh kerana ia hanya ditanam di Hokkaido, Jepun. Rasanya juga manis dan agak rangup berbanding tembikai biasa.



5.Pizza Royale 007’ - AS$4,200 (RM14,051)
Piza yang dihasilkan daripada pelbagai bahan mewah termasuk ikan salmon Scotland dan daging rusa. Lapisan atasnya pula diperbuat daripada kepingan emas 24 karat yang juga boleh dimakan.



6.Samundari Khazana Curry – AS$3,200 (RM10,712)
Hidangan digelar 'khazanah makanan laut' berasal dari Bombay Brasserie ini mengandungi pelbagai bahan mewah termasuk trufel putih, udang kara bersalut emas, abalone dan ketam devon.



7.Wagyu Steak - AS$2,800 (RM9,374)

Stik ini merupakan sajian golongan atasan di Jepun dan kelompok elit di seluruh dunia. Rasanya juga jauh lebih enak serta lembut berbanding daging lembu biasa. Bukan calang-calang orang boleh menikmati hidangan ini kerana harga sepinggan stik wagyu boleh mencecah ribuan ringgit.


8.Zillion Dollar Lobster Frittata – AS$1,000 (RM3,347)

Telur dadar biasanya mudah untuk disediakan, namun hidangan serupa di Restoran Norma, Hotel Le Parker Meridien bernilai ribuan ringgit. Frittata tersebut mengandungi kaviar, udang kara dan turut dihidangkan bersama kentang goreng.




9.Westin Hotel Bagel – AS$1,000 (RM3,347)

Roti yang menyerupai donat ini menjadi menu istimewa di Hostel Westin, New York. Ia dihidangkan bersama krim keju trufel putih dan jeli Riesling dengan daun emas.



10.Cendawan Mattake (Matsutake) – AS$1,000 (RM3,347)

Ia sukar didapati dan hanya boleh ditemui di hutan Asia, Amerika Utara dan Eropah. Cendawan termahal di dunia merupakan antara bahan terpenting dalam masakan Jepun.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote spiderman80 11-11-2014 11:01 PM
Ahad ni nak minta Kak Mah belanja makan Samundari Khazana Curry kalau suaminya bekerja di luar negara.
Quote dubuk 11-11-2014 11:10 PM
fuyyoooohhh tak sangka boleh makan emas
Quote dubuk 11-11-2014 11:11 PM
saya nak pizza daging rusa!
Quote munchkin 12-11-2014 12:13 AM
Wagyu lagi mahal ke mishima beef lagi mahal ke ada lain yang lagi mahal.
Quote AcikLijah 12-11-2014 03:17 AM
motip beli memahal yg akhirnya dikeluarkan blk....
Quote tashusyah 12-11-2014 08:48 AM
masakkan mak lagi mahal..hihihi...
Quote shuk_one 12-11-2014 10:03 AM
mahal nyer.....
Quote Artemesiaa 12-11-2014 10:57 AM
Bagi yang duit dah terlebih murah je benda2 tu bagi mereka.
Quote cikatilia 12-11-2014 11:15 AM
satu dish boleh feed berpuluh family
Quote ice_sky92 12-11-2014 11:15 AM
Alaaa nanti jadi taik jugak
Quote midori888 12-11-2014 11:27 AM
wagyu beef tu bukan kat sini pun byk ker? slalu jer makan wagyu beef steak...mmg dagingnyer lembut dari biasa, tapi harganyer mahal skit dari yg biasa....tapi takde lah smp ribuan.....
Quote loklik2 12-11-2014 12:56 PM
midori888 posted on 12-11-2014 11:27 AM
wagyu beef tu bukan kat sini pun byk ker? slalu jer makan wagyu beef steak...mmg dagingnyer lembut d ...

Kat mana ada jual ? Rasa nak try jugak
Quote midori888 12-11-2014 01:44 PM
loklik2 posted on 12-11-2014 12:56 PM
Kat mana ada jual ? Rasa nak try jugak

kat Qba Westin hotel.....anyway kat mana2 steak house pun ada wagyu beef nie...mungkin yg dia mention tu d best kot?

Quote airisa 12-11-2014 02:31 PM
midori888 posted on 12-11-2014 01:44 PM
kat Qba Westin hotel.....anyway kat mana2 steak house pun ada wagyu beef nie...mungkin yg dia men ...

wagyu beef ni ada byk gred .. the best gred tu la yg ribuan harganya

wagyu sini yg kategori biasa2 je
Quote midori888 12-11-2014 02:37 PM
airisa posted on 12-11-2014 02:31 PM
wagyu beef ni ada byk gred .. the best gred tu la yg ribuan harganya

wagyu sini yg kategori bia ...


yup ada byk grade...yg i makan kat qba tu good quality jugak....u can try it Last edited by midori888 on 12-11-2014 02:57 PM

Quote changa=famri7 13-11-2014 12:41 AM
mahal kerana sedap+susah nak dapat
Quote loklik2 13-11-2014 07:17 AM
midori888 posted on 12-11-2014 01:44 PM
kat Qba Westin hotel.....anyway kat mana2 steak house pun ada wagyu beef nie...mungkin yg dia men ...

Ok nnt nak try makan
Quote mattzzx 13-11-2014 05:35 PM
Makan makanan mahal pun nanti jadi bahan buangan juga....
Quote mokcikKSKB 14-11-2014 11:59 AM
Ala..xde pic ka??

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 01:21 AM GMT+8 , Processed in 0.079088 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top