Polis Dilanggar Lari, No Plat Kenderaan Tidak Dikenalpasti
Pada 13/11/2014 satu kemalangan jalanraya telah berlaku di KM 74 Jalan Yong Peng-Kluang yang melibatkan seorang anggota polis Balai Polis Kluang Baru iaitu Konst.183643 Muhammad Azri B. Ahmad yang menunggang sebuah motorsikal jenis skuter WQV 2585 telah dilanggar lari oleh kenderaan yang no plet tidak dikenalpasti. Mangsa berumur 24 tahun telah mengalami cedera parah dikepala dan telah meninggal dunia ditempat kejadian. Kemalangan ini berlaku semasa anggota polis tersebut bersama seorang rakannya L/Kpl 182436 Mohd Izat B. Zakaria dalam tugas ronda cegah jenayah (RCJ). Ketika itu mangsa menunggang mengekori rakannya dari belakang menghala ke lampu isyarat Jalan Mersing. Tiba ditempat kejadian sebuah motokar dipercayai yang berada dibelakang mangsa dari arah yang sama cuba untuk memotong motosikal yang ditunggang oleh mangsa tetapi telah bergesel menyebabkan mangsa terjatuh dan terus diseret oleh motokar tersebut di atas jalanraya. Hasil siasatan awal, mendapati punca kemalangan adalah dari kecuaian pemandu motokar no pendaftaran yang tidak dapat dikenalpasti kerana no plet yang tidak jelas serta memandu secara merbahaya sehingga berlaku kemalangan maut. Saksi kejadian gagal mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan kerana kurang jelas. Kes ini disiasat dibawah Sek.41 ( 1 ) APJ 1987.. |
namirulmukminin posted on 14-11-2014 11:41 AM
Bahalol2 kat Malaysia ni mana paham bro.... bagi depa ini kes terpencil...
namirulmukminin posted on 14-11-2014 11:47 AM
Tunggu kena tang anak beranak diorang jadik mangsa... baru diorang konar 360 darjah...
crossfire posted on 14-11-2014 12:02 PM
kalau AN berada di jalan raya tgk saja nomboi plet, macam2 ado...
ADVERTISEMENT