CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Lolanopita Akhirnya Ke Penjara (Mak Kepada Anak Oku)

17-11-2014 05:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15001| Komen: 60

Lolanopita Akhirnya Ke Penjara (Mak Kepada Anak Oku)


Seremban: Selepas hampir lima bulan kes pengabaian remaja kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, 15, terbongkar, akhirnya ibunya yang mengaku bersalah dijatuhi hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000.

Lolanopita Sadi, 40, yang kelihatan tenang mendengar keputusan Mahkamah Sesyen di sini, hari ini dihukum selepas menukar pengakuan kepada bersalah atas dua pertuduhan mengikut Akta Kanak-kanak 2001.

Hakim Kamaruddin Kamsun menjatuhkan hukuman penjara empat bulan dan denda RM6,000 bagi pertuduhan pertama dan penjara tiga bulan dan denda RM4,000 bagi pertuduhan kedua selepas menerima pengakuan bersalahnya, namun hukuman penjara ditetapkan berjalan serentak bermula semalam.

Lolanopita kali pertama dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, pada 27 Jun lalu, tidak mengaku bersalah namun memilih menukar pengakuannya pada 5 November lalu ketika hari pertama perbicaraan kes itu.

Mengikut pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa sengaja mengabaikan Muhammad Firdaus dengan cara yang mungkin
menyebabkannya mengalami cedera fizikal atau emosi di sebuah bilik di rumah mereka di Blok 15-1-9 Flat Semarak, Nilai antara Januari hingga jam 2.30 pagi 21 Jun.

Dia dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara sehingga 10 tahun atau kedua-duanya.

Bagi pertuduhan kedua pula, wanita itu berdepan hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 33c akta sama kerana sengaja membiarkan anaknya tinggal tanpa pengawasan yang berpatutan di tempat sama pada jam 2.30 pagi, 21 Jun.

Kes dikendalikan oleh Ketua Unit Pendakwaan Negeri Sembilan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh manakala Lolanopita pula diwakili peguam Hanif Hassan.

LOLANOPITA Sadi, ibu kepada remaja dipenjara.



Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gula_tebu 17-11-2014 02:53 PM
moga insaf kak lola..
Quote shernazz 17-11-2014 02:54 PM
Moga kena bambu lg teruk.dlm.jail
Quote chinta89 17-11-2014 03:03 PM
hmmm..bbrpa bulan je? x pe lah..yg ptg tolonglah insaf.
Quote clarizsa 17-11-2014 03:13 PM
okla tu penjara... yg denda duit tu dia nk byr cmne... sedangkan nk bela anak pun x mampu... lebih baik hukuman denda duit tu ditukar ke beberapa bulan tambahan dlm penjara...

penjara pun kejap sgt, 4 bulan je...
Quote JoyahJay 17-11-2014 03:14 PM
4 bulan je? Semoga 4 bulan terasa seperti bertahun2. :@
Quote melia_star 17-11-2014 03:15 PM
semoga dia insaf dan semoga kes dia ni menjadi pengajaran pd ibu2 yg lain....
Quote star_anisse 17-11-2014 03:16 PM
semoga akak nopita insaf & jaga anak elok2 ye.. amanah allah tu...
Quote fifie_olin 17-11-2014 03:22 PM
slmt menikmati makann dlm jel...org kata sedapp....slurrpppp
Quote Blueberri 17-11-2014 03:29 PM
kalau kat Sweden mesti bertahun-tahun penjara perempuan nih..
Quote Blueberri 17-11-2014 03:30 PM
orang mana dia nih...nama unik cam lolipop ja...
Quote zulka 17-11-2014 03:37 PM
4 bulan makan tanggung berak cangkung...
Quote kecimpret 17-11-2014 03:39 PM
4 bulan x kasi dia makan minum cam anak dia kena leh x?
Quote Bell 17-11-2014 04:38 PM
Dah tentu dia akan hilang kerjanya di Brahim. So apa dia nak buat lepas keluar penjara. BTW dia ada suami yg takut kat isteri pertama.
Quote jazaa 17-11-2014 04:41 PM
chinta89 posted on 17-11-2014 03:03 PM
hmmm..bbrpa bulan je? x pe lah..yg ptg tolonglah insaf.

Penjara 4 bln le....
Denda rm10k..
.
Ada ke duit dia nk byar tu??? Klu tak byar kena penjara lah kannnn
Quote FanTasyCreaTioN 17-11-2014 04:46 PM
semoga ni menjadi pengajaran buat dia dan kita semua
Quote stripper_j 17-11-2014 04:51 PM
akn jadi pelajaran....
Quote Badut.Sarkas 17-11-2014 04:52 PM
tengok muka pun dah leh nampak cahaya terrorist.
Quote chinta89 17-11-2014 05:11 PM
jazaa posted on 17-11-2014 04:41 PM
Penjara 4 bln le....
Denda rm10k..
.

banyak tu 10k.. lola nk cari duit kat mana lah..
Quote stania83 17-11-2014 05:30 PM
Rasanya lola ni akan sayang anak dia atau menyampah?

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 10:50 PM GMT+8 , Processed in 0.623431 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top