CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Peragut Makin Ganas:Warga Emas Diseret

18-11-2014 11:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4390| Komen: 12

Peragut Makin Ganas:Warga Emas Diseret

Port Dickson: "Kami terkejut apabila mendengar jeritan dan mendapati seorang wanita warga emas diseret oleh dua lelaki yang menaiki motosikal," kata peniaga gerai minuman, Mohd Tarmizi Mustafa,43, yang menyaksikan kejadian ragut di PD Waterfront, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 62 tahun dan hanya dikenali sebagai Ho, parah akibat diseret peragut terbabit sejauh 10 meter di tempat kejadian, namun wanita itu tetap tidak melepaskan beg tangannya itu.

Menurut Mohd Tarmizi, semua perniaga berdekatan dan pelanggannya melihat kejadian kejam itu, namun gagal mengejar suspek kerana kejadian berlaku pantas.

Katanya, bagaimanapun mereka sempat mencatatkan nombor pendaftaran motosikal yang ditunggang suspek, namun tidak pasti jenis motosikal yang digunakan.

"Selepas gagal mendapatkan beg tangan itu kerana enggan dilepaskan mangsa, kedua suspek meninggalkannya sebelum berpatah balik bagi mendapatkan semula beg tangan itu dan menyepak mangsa yang lemah," katanya.

Sementara itu, suami mangsa yang berusia 70 tahun dan enggan dikenali berkata, ketika kejadian mereka bersama keluarga sedang berjalan menuju ke tempat letak kereta.

Katanya, mereka tidak menyedari isterinya ditarik sehingga isterinya menjerit apabila diseret dengan beg tangannya ditarik oleh seorang pembonceng motosikal yang tunggang dengan laju.

"Kami cuba mengejar mereka tetapi malangnya tidak sempat berbuat apa-apa kerana suspek pergi agak jauh.

"Selepas sampai kami mendapati isteri saya sudah terbaring di tepi jalan dalam keadaan luka di tubuh dan kepala.

"Kami segera membawanya ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk rawatan dan membuat laporan polis Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson," katanya ditemui di HPD.

Katanya, dia datang dari Shah Alam, Selangor bersama dua anak, menantu dan seorang cucu untuk menghadiri majlis perkahwinan rakannya itu.

Katanya, beg tangan yang diragut hanya mengandungi lampin pakai buang cucu mereka dan kad pengenalan serta wang tunai RM30 sahaja.


"Isteri saya kini ditahan di wad HPD kerana lemah akibat cedera parah dan memerlukan rawatan lanjut," katanya.

MOHD Tarmizi menunjukkan lokasi mangsa ragut diheret oleh dua lelaki menaiki motosikal di PD Waterfront, Port Dickson. FOTO Rozainah Abdul Rahim
15

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (41 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Vellfire 18-11-2014 08:51 AM
ishkk peragut sekarang ni makin kejam
Quote Esmiria 18-11-2014 10:57 AM
meh aku komen..HAHA

peragut tu mohon dikelar badannya
Quote namirulmukminin 18-11-2014 11:01 AM
Ish... RM30 je pun dalam handbag tu ko sayang nak lepas ke? Sekarang ko nak sokong hudud ke tak ni nyonya??
Quote jazaa 18-11-2014 11:06 AM
Kurang ajor betul peragut tu....:@
Quote rosasa 18-11-2014 11:14 AM
jauhkan lah keturunan ku dari spesis tak guna hidup mcm peragut2 ini
Quote anakmerah 18-11-2014 11:18 AM
Walaupun hanya rm30 , lampin n IC , mesti Ade something yg membuatkan nenek ni sgt sygkn beg tangannya .. Kesiannye ,.
Quote kenarikelabu 18-11-2014 11:34 AM
Peragut ni mmg sedap kalu kita dpt nih...lunyai kasik kerjakan beramai2. Bia dia tau azab makan pakai tiub  (tu pun kalu ada nyawa lg la)
Quote iman_aly 18-11-2014 12:06 PM
hahahahha dapat lampin ngn rm30 je..
Quote spiderman80 18-11-2014 12:11 PM
anakmerah posted on 18-11-2014 11:18 AM
Walaupun hanya rm30 , lampin n IC , mesti Ade something yg membuatkan nenek ni sgt sygkn beg tangann ...

Pasti beg tangan dia tu jenama LV yang baru dibeli beliau di The Pavillion.
Quote leylapple 18-11-2014 12:11 PM
anakmerah posted on 18-11-2014 11:18 AM
Walaupun hanya rm30 , lampin n IC , mesti Ade something yg membuatkan nenek ni sgt sygkn beg tangann ...

betul..

entah2 beg tu hadiah anak dia...dan anak dia mungkin dah tak da... (sentimental value)

ataupun beg tu bukan beg dia, jadi dia tanak lepaskan...
Quote boyagombak 18-11-2014 12:17 PM
namirulmukminin posted on 18-11-2014 11:01 AM
Ish... RM30 je pun dalam handbag tu ko sayang nak lepas ke? Sekarang ko nak sokong hudud ke tak ni ...

kasik Gillotine saja itu peragut2, baru depa ada akai



Quote missyqaldina 18-11-2014 12:19 PM
jazaa posted on 18-11-2014 11:06 AM
Kurang ajor betul peragut tu....:@

byk lagi kurangnyee..kurang makan..kurang kasih syg...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.145908 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top