CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ekonomi Negara Bergantung Pekerja Warga Asing - Khazanah

19-11-2014 03:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4604| Komen: 13

Ekonomi Negara Bergantung Pekerja Warga Asing - Khazanah



KUALA LUMPUR: Banyak sektor ekonomi Malaysia bergantung kepada khidmat pekerja asing kerana kumpulan tersebut datang ke negara ini dengan kesanggupan melakukan kerja-kerja berskil rendah dengan julat gaji yang rendah.

Perkara tersebut disampaikan Pengarah Urusan Institut Penyelidikan Khazanah, Datuk Charon Mokhzani dalam majlis pelancaran penerbitan sulung Laporan Keadaan Isi Rumah di ibu negara semalam.

Beliau memberitahu, berpandukan laporan tersebut, dari tahun 1990 hingga 2011, tenaga kerja asing yang diambil bekerja di negara ini meningkat daripada 240,000 kepada 1.7 juta orang.

“Hampir kesemuanya iaitu 95 peratus daripada mereka adalah tidak mempunyai kemahiran. Walaupun banyak sektor ekonomi bergantung kepada mereka, terdapat satu kumpulan warga tempatan yang mengisi jawatan penyelia.

“Golongan penyelia ini adalah rakyat tempatan yang memiliki sekurang-kurangnya kelulusan peringkat sekolah menengah,” ujar Charon.

Tambah beliau, rakyat Malaysia tidak seharusnya menjadi xenofobik atau perasaan gusar atau takut kepada kehadiran kumpulan warga asing, khususnya yang mengisi kerja-kerja rendahan tertentu di negara ini.

“Selagi rakyat Malaysia mempunyai pendidikan, pekerja asing adalah bagus untuk kita kerana mereka meningkatkan pengeluaran dan membuka peluang kerja berkemahiran lebih tinggi untuk warga tempatan,” kata beliau.

Teori menjangkakan pekerja asing akan menyebabkan kesan penggantian iaitu mengisi peluang kerja warga tempatan. Namun terdapat juga kesan skala iaitu dengan berkembangnya aspek pengeluaran kerana pekerja asing, secara tidak langsung ia mencipta lebih banyak pekerjaan untuk pekerja tempatan.

“Rakyat Malaysia yang ketinggalan dalam merebut peluang ini adalah mereka yang tidak menghabiskan pendidikan asas. Jika rakyat tempatan mempunyai tahap pendidikan yang sama dengan pekerja asing tersebut, mereka terpaksa bersaing dengan mereka dalam bidang kerja yang bergaji rendah,” jelas Charon.

Rumus beliau, percambahan bisnes dalam pertumbuhan ekonomi negara akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan yang menawarkan gaji lebih tinggi berdasarkan tahap kemahiran yang lebih. Tempat itulah yang harus diisi oleh warga tempatan.

Maklumat yang didedahkan oleh Charon itu disokong oleh Pengerusi Institut Penyelidikan Khazanah, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang menyeru agar rakyat Malaysia memandang hal tersebut dari sudut positif.

“Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah warga tempatan perlu mengutamakan pendidikan dan peningkatan kemahiran. Dengan kemahiran yang lebih tinggi, kita akan mengisi jawatan yang lebih baik dengan ganjaran gaji yang lebih tinggi," ujar Nor Mohamed.

20

Bagus
18

Marah
14

Terkejut
22

Sedih
16

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ajie2000 18-11-2014 03:55 PM
kesimpulanya..

dah sedar diri tu bodoh dan malas belajar..malas pulak berkerja..

dah tu tak kaya-kaya..

Jangan salahkan orang..salahkan diri sendiri..
Quote spiderman80 18-11-2014 04:00 PM
Dari dulu lagi ekonomi negara selalu dikawal oleh 'pendatang'...
Quote Omong 18-11-2014 04:06 PM
dah lama dah. . . warga tempatan tak nak kerja dalam sekto pembinaan, ladang, sapu sampah etc, kenala bw pekerja asing.

jgn nak salahkan gomen bawa depa, sebab rakyat Malaysia sendri tak mau kerja dalam bidang tu. panas, penat etc, harap nak kerja dalam aircond saja. kalu nak keje dlm econ, pi kerja kat supermarket le. . .
Quote Esmiria 18-11-2014 04:31 PM
spiderman80 posted on 18-11-2014 08:00 AM
Dari dulu lagi ekonomi negara selalu dikawal oleh 'pendatang'...

Ye ke spider?
Quote spiderman80 18-11-2014 04:37 PM
Esmiria posted on 18-11-2014 04:31 PM
Ye ke spider?

Entahlah... Saya selalu dengar kat Cari Forum. Ada seekor dua ni cakap Cina pendatang lahanat tak cukup-cukup dengan ekonomi negara, mereka nak kuasa politik sekali.
Quote Mary_jane 18-11-2014 04:41 PM
Persaingan ada dimana2. Bersaing secara sihat, katanya..
Quote Esmiria 18-11-2014 04:41 PM
spiderman80 posted on 18-11-2014 08:37 AM
Entahlah... Saya selalu dengar kat Cari Forum. Ada seekor dua ni cakap Cina pendatang lahanat tak  ...

Siapakah meereka iteww?
Quote spiderman80 18-11-2014 04:43 PM
Esmiria posted on 18-11-2014 04:41 PM
Siapakah meereka iteww?

Macai
Quote Esmiria 18-11-2014 04:50 PM
spiderman80 posted on 18-11-2014 08:43 AM
Macai

Oh macaiii
Quote R2D2 18-11-2014 05:20 PM
yg kes PATI yg masalahnya
masuk ikut jalan belakang
Quote sekngucing 18-11-2014 08:53 PM
heran aku
ekonomi negara kita bergantung pada pendatang dgn skil rendah dan tak belajar tinggi?
jadi rakyat malaysia ramai yg ada degree dan kerja best2 ni hanya sedikit saja ekonomi bergantung laaa??
Quote sekngucing 18-11-2014 08:55 PM
ajie2000 posted on 18-11-2014 03:55 PM
kesimpulanya..

dah sedar diri tu bodoh dan malas belajar..malas pulak berkerja..

masalahnya, berjuta warga asing tu semu bodo aja majoritinya
tapi ekonomi negara bergantung pada mereka
apa guna belajar pandai2 kalau warga asing yg bodo pun bleh kuasai ekonomi dgn bekerja sbg kuli??

Quote Anak_Nogori 18-11-2014 09:06 PM
ajie2000 posted on 18-11-2014 03:55 PM
kesimpulanya..

dah sedar diri tu bodoh dan malas belajar..malas pulak berkerja..

Bila jadi miskin bandar dgn kos sara hidup makanan minuman tadika susu pempas Anak rumah yg meningkat..mula bising kerajaan zalim dan janji tidak dicapati katenya.

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:19 PM GMT+8 , Processed in 0.411838 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top