Ahok Gabenor Jakarta Pertama Beragama Kristian ANGGOTA kumpulan Barisan Pembela Islam (FPI) mengadakan tunjuk perasaan bagi membantah perlantikan orang bukan Islam sebagai Gabenor Jakarta di Jakarta semalam. JAKARTA – Gabenor Jakarta Kristian pertama dalam tempoh hampir 50 tahun, Basuki Tjahaja Purnama mengangkat sumpah jawatannya semalam walaupun mendapat bantahan ramai penduduk Islam yang menentang orang bukan Islam dipilih menduduki jawatan tersebut. Kerusi Gabenor Jakarta merupakan antara jawatan politik paling berkuasa di Indonesia. Presiden Joko Widodo menyertai majlis angkat sumpah Basuki yang sebelum ini merupakan Timbalan Gabenor Jakarta di Istana Presiden di sini. Basuki yang popular dengan gelaran Ahok memangku jawatan Gabenor sejak Widodo berundur pada bulan lalu untuk menjadi Presiden Indonesia. Dalam perkembangan berkaitan, beratus-ratus orang Islam mengadakan tunjuk perasaan terhadap Ahok sekali gus membayangkan situasi sukar Widodo atau lebih dikenali sebagai Jokowi untuk memupuk toleransi agama di Indonesia. Negara itu memiliki populasi orang Islam paling ramai di dunia. Ahok berbangsa Cina yang merupakan etnik minoriti di Indonsia. Kaum Cina dibenci penduduk pada masa lalu ekoran mereka dituduh mengawal sebahagian besar perniagaan dan perdagangan di Indonesia. Terdahulu, beribu-ribu anggota polis dikerahkan ke bandar raya ini pada minggu lalu untuk menghadapi kemungkinan berlakunya keganasan. Sebelum ini, majlis angkat sumpah Ahok telah ditangguhkan untuk mendapatkan dekri Presiden berhubung perlantikan tersebut. Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tjahjo Kumolo berkata, majlis itu akan diadakan pada minggu hadapan manakala akhbar Jakarta Globe melaporkan ia diadakan kelmarin. Setakat ini, masih tidak jelas punca majlis itu dianjakkan pada semalam. Indonesia yang memiliki 240 juta penduduk menyaksikan peningkatan dalam serangan terhadap penduduk Kristian, Syiah dan ajaran Ahmadiyah sejak lebih sedekad lalu. Pentadbiran Jokowi yang mengambil alih tampuk pemerintahan pada bulan lalu bagaimanapun berjanji akan melindungi semua agama minoriti di Indonesia yang mempunyai 90 peratus penduduk Islam.
|
5
Bagus |
7
Marah |
6
Terkejut |
9
Sedih |
5
Lawak |
3
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Esmiria posted on 20-11-2014 04:54 AM
So whatt?????
Kerêta_Angin posted on 20-11-2014 01:14 PM
ahok jg dianggap arrogant, sering mencabar org yg mengkritiknya(istilah indonesianya menantang duel) ...
nolya posted on 20-11-2014 07:18 AM
revolusi mental Pres. Jokowi sedang mengorak langkah tetapi sebahagian rakyatnya masih mahu kekal ...
tinkiwinki posted on 20-11-2014 09:04 AM
Jadinya apa dong?
Kerêta_Angin posted on 20-11-2014 06:42 PM
wah awak pinter jg ngomong indo ye...tapi gunakan bhs baku...tu slang aje....nggak2 ...duh gue
nolya posted on 20-11-2014 10:52 AM
bisa dong. pernah tinggal di sana sambil menyelami kesusahan rakyat di sana.
Kerêta_Angin posted on 20-11-2014 07:00 PM
oh patut ler...camtu rupanya..
kalo begitu lebih pinter awaklah ngomong2 sih2 ni berbanding say ...
primemova posted on 20-11-2014 08:05 PM
Ahok adalah orang indonesia yg fasih berbahasa indonesia pergi ke sekolah indonesia... Cina malaysia ...
ADVERTISEMENT