CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Janda Miliki Metamphetamine Minta Maaf

21-11-2014 04:39 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8487| Komen: 42

Janda Miliki Metamphetamine Minta Maaf


KOTA BHARU - “Saya minta maaf.” Hanya itu mampu dikatakan ibu tunggal yang kisahnya mendapat perhatian kerana memberi dua anaknya minum air kosong bercampur gula, ketika dihadapkan ke mahkamah majistret, di sini, semalam.

Nor Azlina Razid, 35, didakwa memiliki 0.1 gram dadah jenis metamphetamine di hadapan sebuah bangunan di Jalan Hospital, di sini, jam 6.30 petang, Khamis lalu.

Tertuduh mengaku salah dan memohon maaf atas kesilapannya memiliki dadah tersebut. Hukuman terhadapnya bagaimanapun ditangguhkan pada 31 Disember depan dan Nor Azlina dibenarkan diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.

Pada prosiding semalam, Nor Azlina mengaku terbabit dengan najis dadah berikutan terpengaruh dengan arwah suaminya yang juga penagih dadah.

Majistret, Nik Habri Muhamad menasihatkan tertuduh supaya berhenti daripada tabiat merugikannya itu menyebabkan tertuduh tiba-tiba meminta maaf dan memohon jaminannya dikurangkan.

“Saya minta maaf tuan. Saya mengaku salah, saya mohon hukuman diringankan kerana saya mempunyai tiga anak yang masih kecil. Tidak ada siapa akan menjamin saya hari ini (semalam),” katanya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya negeri, Noor Dayana Mohamad.

Kisah Nor Azlina mendapat perhatian kerana memberi dua anaknya yang berusia 3 dan 5 tahun minum air kosong yang dicampur gula atas faktor kemiskinan.

Seminggu selepas ceritanya disiarkan, ibu tunggal tiga anak itu ditahan polis kerana memiliki dadah.

4

Bagus
11

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
8

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cheeky_meal 19-11-2014 11:42 AM
oooo sebab nila bg anak minum air gulaaa...punyala aku nak salahkan family dia sbb xtolong...cmni rupanye...huhu...beli dadah boleh pulak..puiii!!!!!!tahik kucen betul!!!!!!
Quote izabellemylia 19-11-2014 11:44 AM
meth 1g = rm300

mampu plak beli batu...susu anak....ermm.....

dasar kaki cautud...

next..
Quote Extralink 19-11-2014 11:49 AM
izabellemylia posted on 19-11-2014 11:44 AM
meth 1g = rm300

mampu plak beli batu...susu anak....ermm.....

bior anak xde susu, jangan aku xde stok kekdahnye...
Quote Santeira 19-11-2014 11:52 AM
spesis mak bangang tau mengangkang, tapi tak nak bertanggungjawab sepenuhnya kat nyawa yg dia bawak ke dunia.
Quote ~anya~ 19-11-2014 11:55 AM
Suami dia yang ajar dia menagih...
Syukur sajelah peninggalan suami ialah seorang isteri penagih....
Quote chinta89 19-11-2014 12:03 PM
kemain org kutuk sekeliling knape xde org bantu ko kan..alih2 ko yg buat dajal kat diri sendiri! beli najis tu ade duit, beli susu takde duit! tgamak kau.. anak2 bg air gula sb nk najis tu.
Quote izabellemylia 19-11-2014 12:05 PM
Extralink posted on 19-11-2014 11:49 AM
bior anak xde susu, jangan aku xde stok kekdahnye...

ye betul...tegarrrrrr katanya.....
Quote bellaa 19-11-2014 12:07 PM
macam ni pon ada.
Quote tinkiwinki 19-11-2014 12:13 PM
beli dadah boleh, beli susu anak tak mampu. bangang betul ummah mcm ni
Quote ajie2000 19-11-2014 12:14 PM
Masalah masyarakat yang perlu difikirkan bagaimana ianya boleh terjadi..

salah siapa?..Diri sendiri, keluarga, jiran, JKKK, polis, BN atau PKR??..

sekian ulasan saya..
Quote abas8888 19-11-2014 12:16 PM
eloklah serah anak tu kat orang lain atau JKM..dok dgn dia satgi terikut jugak jadi penagih..mu dok dalam pusat pemulihan elok2 deh..
Quote leylapple 19-11-2014 12:17 PM
bgs betul...

siasat2 kisah sedih, rupa2nya penagih dadah....

aku rasa mcm mustahil jer org hidup ssh skrg...unless ko jenis pemalas...

hidup senang mungkin takla...tapi takkan hidup susah..selagi berusaha...
Quote annehuda 19-11-2014 12:17 PM
Ntahle aku rs pun ngape immediate family pompuan ni mcm xkesian kt anak sedara/cucu diorg? Kalau taknak bela pun pisahkan la dr maknye kalau dh tau mak die tu penagih. Silap haribulan mak die pegi jual bebudak tu nk beli dadah. Nauzubillah
Quote kaknab 19-11-2014 12:44 PM
kaum wanita, anak2 dara or ibu tunggal, harap nk cari pemimpin rumahtangga janganlah penagih, perempit, peragut dan lain-lain yg seangkatan...siasat bakal pemimpin rumahtangga aka bakal suami akan keturunannya.
Quote Jagendas 19-11-2014 01:05 PM
wasiat suami
jgn tinggal dadah
Quote Muntz 19-11-2014 01:08 PM
Susu dia sendiri kan boleh jer perah? Duit beli dadah ada pulak, nak picit susu sendiri tak mampu lak.
Quote robertocarbos 19-11-2014 01:21 PM
Bukan dah ade ke? close2
Quote lindarafee 19-11-2014 01:29 PM
x payah bagi jamin orang macam tu. biar anak2 dia Jabatan Kebajikan jaga. biar dia duduk dalam tu.
Quote caprut 19-11-2014 01:32 PM
leylapple posted on 19-11-2014 12:17 PM
bgs betul...

siasat2 kisah sedih, rupa2nya penagih dadah....

sbb tu ak x prvaya klo ade org miskin. da sndri yg xnk ubah nasib sndri mnta bntuan krajaan je. kdg2 yg msok brita tu hdup sng je bkn susah mne pon. klo ad 100 cerita org susa kat paper ak prcaya 2 je yg btol2 susah.

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.254504 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top