Pencuri motorsikal mati dipukul penghuni kediaman
Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Taman Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur pada jam 12.45 tengah hari, Isnin. - Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Cubaan mencuri motorsikal oleh seorang lelaki tidak berhasil sebaliknya mati dipukul oleh penghuni kediaman tersebut. Kejadian ini berlaku di sebuah rumah di Taman Desa Rejang Setapak, Kuala Lumpur pada jam 12.45 tengah hari, Isnin. Salah seorang daripada tiga penghuni yang berada di rumah ketika kejadian adalah ahli bina badan. Pencuri terbabit dikatakan masuk ke laman sebuah rumah dan mengumpil kunci kenderaan. Menyedari perkara berkenaan, penghuni rumah bertindak menangkap dan memukulnya. Dia mati di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan serius di beberapa bahagian anggota badan. Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Dua daripada penghuni rumah dibawa ke IPD Wangsa Maju untuk siasatan. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa mengesahkan kejadian.
|
noor2 posted on 25-11-2014 08:18 AM
Dahla minyak naik..barang naik.
Gaji x naik...ramai sangat orang mengalami tekanan la ni...lg ko ma ...
kordi posted on 25-11-2014 09:37 AM
siapa yang rasa kesian tu rasenye sbb x pernah kena..
nanti kalau motor @ kereta anda yang kena c ...
ADVERTISEMENT