CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

16 Termasuk Dua Bayi Terperangkap Dalam Lif Hospital!

25-11-2014 11:25 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5442| Komen: 19

16 Termasuk Dua Bayi Terperangkap Dalam Lif Hospital!


Melaka: Seramai 16 individu termasuk dua bayi dan seorang kanak-kanak terperangkap kira-kira 40 minit dalam lif di Hospital Melaka di sini, tadi.

Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang itu, terdapat 13 orang dewasa termasuk dua warga emas bersama dua bayi dan seorang kanak-kanak di dalam lif berkenaan yang terhenti di antara tingkat dua dan tingkat tiga hospital terbabit.

Kejadian mengakibatkan, tiga daripada mereka termasuk dua wanita sesak nafas manakala, kedua-dua bayi berkenaan menangis akibat kepanasan sebelum semua mereka berjaya dibawa keluar dengan bantuan orang ramai.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Keroh Pegawai Bomba Kanan II Hairulnizam Ridhuan berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 2.12 petang.


"Seramai enam anggota bersama sebuah jentera ke lokasi dan tiba jam 2.25 petang, namun sebaik tiba semua mangsa sudah dikeluarkan kira-kira lima minit sebelum itu.

"Mangsa dipercayai berjaya keluar selepas seorang anggota keselamatan mengumpil pintu lif menggunakan batang kayu penyapu," katanya di sini.


Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nalis 24-11-2014 07:49 PM
Seriau terperangkap dlm lif
Quote JDT 24-11-2014 07:55 PM
nalis posted on 24-11-2014 07:49 PM
Seriau terperangkap dlm lif

Claustrophobia....pernah terperangkap dalam lif masa bebudak dulu..rasa nak pitam..
Trauma oo...sanggup menapak tangga ke tingkat 10..
Quote pooh~key 24-11-2014 07:56 PM
Sampai terpaksa pakai batang penyapu tu....
Quote mak_wa95 24-11-2014 08:01 PM
guna batang penyapu..mana alat yang ada je la..
Quote mak_wa95 24-11-2014 08:02 PM
kenapa ambik masa yang lama baru panggil bomba..
Quote voiletiris 24-11-2014 08:13 PM
tu yg buat aku takut naik lift sorang2....nak2 kalau naik ka tingat yg bebelas2 tingi nya..
Quote insulin 24-11-2014 08:16 PM
voiletiris posted on 24-11-2014 08:13 PM
tu yg buat aku takut naik lift sorang2....nak2 kalau naik ka tingat yg bebelas2 tingi nya..

Naik tangga je kaka voiletris....Disamping tuh, boleh kurus badan.
Quote voiletiris 24-11-2014 08:22 PM
insulin posted on 24-11-2014 08:16 PM
Naik tangga je kaka voiletris....Disamping tuh, boleh kurus badan. :loveli ...

nak kurus apa lagi memang dah sekeping
Quote insulin 24-11-2014 08:24 PM
voiletiris posted on 24-11-2014 08:22 PM
nak kurus apa lagi memang dah sekeping

Kaka dah kawin ke belum? Kalau dah kawin, boleh la suruh suami kaka dukung kaka.

Inilah masanya nak mnguji keromantikan seorang suami.
Quote FanTasyCreaTioN 24-11-2014 08:31 PM








Quote seeriesagain 24-11-2014 09:25 PM
Wah!! Lif x buat maintenance ka?? Seriously, kat hospital tempat aku kerja nie pun lif nyer mcm nazak jer. Hari tu aku naik lif, baru naik skit dah terhenti secara mengejut dan pintu lif pun terbuka. Aku ape lagi, terus keluar naik tangga jer. Seriau!!
Quote haZelEyEz 24-11-2014 09:44 PM
jenuh nak angkat akak baju purple iitew
Quote miss_baby 24-11-2014 09:52 PM
tersadai kepenatan makcit gemuks tu
Quote Al-Patih 24-11-2014 10:17 PM
Standard penyelengaraan kito...
Quote CiliPadiSedap 24-11-2014 10:19 PM
Saman je hospital lif melaka. Kenapa tak jaga lif? Ini semua salah anwar
Quote imthegirl 24-11-2014 10:24 PM
Pernah terperangkap dalam lif dengan sorg kawan ni. Dia aku rasa fobia tempat terkurung. Tak sampai 5minit dah start nangis dia sampai tak boleh nafas.
Quote ice_sky92 24-11-2014 10:38 PM
Nasib baik smua selamat.
Quote mbhcsf 24-11-2014 10:52 PM
hmm...maintenance ?

kesian babies tu panas , dah lah baby senang dehydrated.
Quote Al-Patih 25-11-2014 06:39 AM
CiliPadiSedap posted on 24-11-2014 10:19 PM
Saman je hospital lif melaka. Kenapa tak jaga lif? Ini semua salah anwar

tak leh..Beb...meke kebal undang undang...

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 11:14 PM GMT+8 , Processed in 0.182155 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top