CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kj: Rumah Transit Untuk Pasangan Muda 30 Ke Bawah

25-11-2014 04:24 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7362| Komen: 9

Kj: Rumah Transit Untuk Pasangan Muda 30 Ke Bawah

Pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO tahun lepas, salah satu cadangan dalam ucapan dasar saya adalah program rumah transit.

Rumah transit merupakan rumah sewa sementara yang disediakan khusus untuk pasangan muda di kawasan bandar. Ramai orang muda mengadu tidak dapat menyewa rumah dengan kadar yang rendah terutama bila baharu mendirikan rumah tangga.

Atas permintaan itu, Pemuda UMNO mencadangkan agar rumah transit ini diwujudkan untuk sewaan sementara.

Alhamdulillah, suara Pemuda didengari Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT), YB Datuk Abdul Rahman Dahalan. Beliau dengan segera menerima idea tersebut dan menyediakan dua blok Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang baharu siap di Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebagai Rumah Transit 1Malaysia yang pertama.

Hari ini Datuk Rahman dan saya telah melawat Rumat Transit tersebut. 632 unit disediakan dengan keluasan 650 kaki persegi setiap unit. Kadar sewa sebulan hanya RM250 dan tempoh sewaan selama dua tahun. Pemohon yang layak adalah pasangan yang berumur 30 dan ke bawah; tidak mempunyai rumah sendiri di KL, bekerja di Lembah Klang dan mempunyai pendapatan isi rumah RM3 ribu & ke bawah setiap bulan.

Rumah Transit 1Malaysia Bukit Jalil ini sedia untuk diduduki pada Januari 2015.

Datuk Rahman juga telah mengumumkan bahawa setiap projek PPR terutama di kawasan-kawasan populasi belia yang tinggi akan menyediakan rumah transit. Yang akan datang 10% dari unit-unit PPR baharu di Kepong, JB, Kuala Terengganu dan Kota Kinabalu akan dijadikan rumah transit.

Kami juga tahu ini bukan penyelesaian jangka masa panjang. Tempoh sewaan rumah transit hanya dua tahun. Sebab itu kerajaan bukan hanya menyediakan rumah transit sebagai penyelesaian. Skim Perumahan Belia, Skim Rumah Pertamaku, Bandar Belia atau 1Malaysia Youth Cities dan pembinaan lebih banyak lagi rumah mampu milik merupakan penyelesaian jangka masa panjang yang juga diusahakan oleh kerajaan.

Rumah transit merupakan langkah complimentary kepada program jangka masa panjang. Program rumah transit dapat menyediakan rumah di kawasan strategik dengan kadar sewaan yang rendah untuk pasangan belia sementara mereka mencari rumah untuk dimiliki. Berdasarkan permohonan yang diterima setakat ini, ramai pasangan yang minat untuk menyewa rumat transit ini.

Terima kasih sekali lagi pada KPKT bawah Datuk Rahman kerana mendengar suara Pemuda yang sentiasa membela nasib anak muda Malaysia. Let's continue to walk the talk!




2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote obelisk 25-11-2014 04:33 PM
inisiatif yang bagus utk kurangkan potensi jadi gelandangan
Quote kecimpret 25-11-2014 04:40 PM
Pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO tahun lepas, salah satu cadangan dalam ucapan dasar saya adalah program rumah transit.

bila PAU digunakn sepenuhnya bkn meratib nama nuar 24 jam...rakyat dpt rumah transit
Quote Crystars 25-11-2014 04:41 PM
mari kita tengok....lepas 2 tahun diorg nak kuar x?....ingat senang nak mengheret katil ke hulu ke hilir Last edited by Crystars on 25-11-2014 04:42 PM

Quote DARSITA 25-11-2014 04:50 PM
Kalau tak nak keluar mmg dasar orang kita lah kan. Bagi biasiswa tak nak bayar. Bagi rumah transit tak nak keluar .. gitu sokmo.
Quote baby_pingu 25-11-2014 04:52 PM
ok la tu..2 thn masa byr sewa murah tu, pepandai la simpan duit..
lps dua tahun kuar sewa umah lain, bg org lain plak peluang  


kalo dah dua tahun masih tak bleh nak manage financial sendiri..mmg takleh nak kata apa lah
Quote insulin 25-11-2014 04:53 PM
Murah betul rate tuh. RM250. Bertuah la sapa menyewa di situ walaupun hanya cuma untuk 2 tahun. Dalam masa 2 tahun, kena cepat2 cari rumah sendiri di KL nih.

PPR Permai Sungai Besi secara purata, antara RM600 ke RM700.
Quote Crystars 25-11-2014 05:05 PM
DARSITA posted on 25-11-2014 04:50 PM
Kalau tak nak keluar mmg dasar orang kita lah kan. Bagi biasiswa tak nak bayar. Bagi rumah transit t ...

.....alasan cliche diorg nnti, baru 2 tahun kawin mna sempat nk kumpul duit deposit umah rega RM250k kena ada RM25k baru blh beli umah....habis tu gaji cuma RM3k tolak sewa rumah, duit rokok, makeup gincu, loan keta, pampers anak, bla bla bla......... bila masanya nak kumpul RM25K katanya
Quote dino 25-11-2014 05:18 PM
DARSITA posted on 25-11-2014 04:50 PM
Kalau tak nak keluar mmg dasar orang kita lah kan. Bagi biasiswa tak nak bayar. Bagi rumah transit t ...

hrp org bg rumah byr murah tu jaga la elok2... jgn bwk perangai pprt.... makan rambutan kulit rambutan baling luar rumah....
Quote musangcomel 25-11-2014 05:24 PM
murahnya sewa
untung la sapa dpt
sewa kat kl tu dah la mahal
dlm masa 2 thn t7u leh kumpul duit beli umah apa
umah br mmg mahal, tp klu cr umah second yg bank lelong ke boleh dpt murah kot..

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.055560 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top