CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik MUKA Lihat artikel

Mask Muka Guna Sengkuang

26-11-2014 03:12 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6098| Komen: 0

Tips memutihkan kulit muka secara semulajadi dengan sengkuang akan LadyLista kongsikan khusus untuk pembaca. Ladylista sudah mencubanya, memang terasa sejuk dan segar je muka. Cara ini LadyLista dapat dari seorang rakan yang berasal dari Indonesia. Seperti yang semua tahu, Indonesiakan dikenali sebagai salah satu negara di dunia ini yang banyak menggunakan bahan semulajadi dalam menjaga kecantikan diri. Giteeewww!!!.


Bagi yang tidak pernah melihat rupa sengkuang. Biasa beli yang sudah siap dicalit. Gambar di atas, itulah sengkuang.



Selain yang selalu kita lihat, sengkuang calit yang melambak di pasaran, jangan kita tak tahu, sengkuang banyak khasiat dalam memutihkan kulit secara tradisional. Dahulu kala, puteri keraton

Indonesia juga mengamalkan sengkuang ini. Apa kata, selepas ini jika ke pasar, pastikan sengkuang menjadi antara pilihan sayuran anda.

(Lihat... kulit puteri keraton Indonesia ini.... sangat mulus bukan?)

Bagaimana ya nak buat mask dari sengkuang ini?


Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 Sengkuang ukuran sederhana
  • Setengah gelas kecil tepung beras

    Cara pembuatannya:

    Kupas bersih sengkuang dan cucilah sampai bersih

    Parut sengkuang dan rendam sedikit dengan air suam, agak-agak dalam suku cawan

    Biarkan selama 30 minit

    Selepas 30 minit, tapis sengkuang tersebut.

    Isinya tadi, dicampur dengan tepung beras dalam nisbah 1(tepung beras) :2 (sengkuang parut)

    Apa lagi, mudah kan, selepas anda lihat semua itu sebati, tepek lah di muka. Biarkan selama 20 ke 30 minit. Bagi yang mempunyai kulit yang sensitif, anda mungkin akan mengalami sedikit kegatalan namun itu hanyalah satu proses yang normal.

    (kalau yang susah sangat nak jumpa sengkuang, boleh guna sengkuang calit ini, tapi harap maklum sila basuh bersih-bersih dahulu )

    Selamat Mencuba!!!!


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 08:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071249 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top