CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengarah Tergamam Kereta Diparkir Hangus

1-12-2014 12:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7841| Komen: 41

Pengarah Tergamam Kereta Diparkir Hangus


ANGGOTA forensik kebakaran menjalankan siasatan pada kenderaan yang musnah dipercayai perbuatan khianat.  

Klang: Pengarah Jabatan Undang-Undang Majlis Perbandaran Klang (MPK) tergamam apabila kereta Mercedes-Benz miliknya yang dipakir di tempat letak kereta di bangunan MPK, di sini, hangus terbakar dipercayai akibat perbuatan khianat.

Dalam kejadian  jam 8 malam kelmarin, Datin Fadzilah Abdul Aziz, 51, baru  10 minit meninggalkan keretanya untuk menunaikan solat di surau di kawasan bangunan MPK sebelum dimaklumkan saksi mengenai kejadian itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Superintendan Goh Lee Fook, berkata, berdasarkan siasatan awal pihaknya mengesyaki kejadian berkenaan mempunyai unsur khianat berikutan tiada sebarang punca api berdekatan lokasi yang boleh menjadi punca kebakaran.

“Daripada keterangan saksi, bahagian cermin kereta turut terbakar dan kami mengesyaki api berpunca daripada minyak yang di disimbah ke atas kenderaan itu,” katanya.

Goh berkata, kes akan disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan menggunakan api atau benda letupan dengan niat menyebabkan kerosakan. 

7

Bagus
2

Marah
12

Terkejut
8

Sedih

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 29-11-2014 03:42 PM
cctv? security?
Quote rospinki 29-11-2014 03:42 PM
haaa..pompuan ni..mmng aku kenal..spesis muka ketat dan sombong..tp time tu dia duk kt umah aku..eksen nk mampusss  
Quote miss_baby 29-11-2014 03:42 PM
wah  
Quote Mary_jane 29-11-2014 03:52 PM
rospinki posted on 29-11-2014 03:42 PM
haaa..pompuan ni..mmng aku kenal..spesis muka ketat dan sombong..tp time tu dia duk kt umah aku..eks ...

Exhousemate ke ngn datin ni?
Quote rospinki 29-11-2014 04:03 PM
Mary_jane posted on 29-11-2014 03:52 PM
Exhousemate ke ngn datin ni?

my x neighbourhood.
Quote jojo67 29-11-2014 04:07 PM
rospinki posted on 29-11-2014 03:42 PM
haaa..pompuan ni..mmng aku kenal..spesis muka ketat dan sombong..tp time tu dia duk kt umah aku..eks ...

huhu.....mungkin ada yg x puas hati ngan dia kot.......apa pun suruh dia muhasabahkan diri( hihih betui ka apa yg akak tulih ni).....
Quote missus_meow 29-11-2014 04:08 PM
Acik ni ade musuhke atau x disukai .... tgkkan jwtn dia tu ....
Quote rospinki 29-11-2014 04:17 PM
jojo67 posted on 29-11-2014 04:07 PM
huhu.....mungkin ada yg x puas hati ngan dia kot.......apa pun suruh dia muhasabahkan diri( hihih  ...

nasib baik dia tk diapa2..jawatan dia mmng 'hotseat'..sbab kena execute penalty compound parking etc..tu smua..

bole agak la kan..tp dari cara dia aku tau dia jenis tegas..tu yg ada tk puashati kt dia..klang ni mcm2 jahat ada.
Quote noor2 29-11-2014 04:21 PM
Orang hati busuk ni ada ja di mana2..bila dah kena tindakan sebab kesalahan sendiri...lg mau balas dendam...


Babi lagi elok...
Quote raxief 29-11-2014 04:36 PM
noor2 posted on 29-11-2014 04:21 PM
Orang hati busuk ni ada ja di mana2..bila dah kena tindakan sebab kesalahan sendiri...lg mau balas d ...

sama la mcm geng2 kena saman dgn jpj & polis trafik, pastu salahkan org lain.. aku pun pernah kena saman, tp mmg dah salah aku, bayar je la..
Quote noor2 29-11-2014 04:39 PM
raxief posted on 29-11-2014 04:36 PM
sama la mcm geng2 kena saman dgn jpj & polis trafik, pastu salahkan org lain.. aku pun pernah kena ...

Tula memang kesalahan kita la sebab tu kena. ..nampak sgt yg bakar kereta tu gangster...

Kalau pengarah tu x tegas payahla nak pegang jawatan macam tu...
Quote raxief 29-11-2014 04:44 PM
noor2 posted on 29-11-2014 04:39 PM
Tula memang kesalahan kita la sebab tu kena. ..nampak sgt yg bakar kereta tu gangster...

Kalau  ...

aku pernah kerja secara kontrak di KPDNKK sbnrnye. mcm2 ugutan pengarah KPDN cawangan tu kena hadapi. peluru tu rasanya dh 6-7 bijik org letak dlm sampul surat & bagi kat dia/anak dia.. kereta kena simbah darah ayam tu perkara biasa.. mcm2 la..
Quote noor2 29-11-2014 04:48 PM
raxief posted on 29-11-2014 04:44 PM
aku pernah kerja secara kontrak di KPDNKK sbnrnye. mcm2 ugutan pengarah KPDN cawangan tu kena hada ...

Ish....seramnya baca...siap ugut macam tu...

Susah bila jadi ketua. ..memang ada ugutan dari manusia2 mental yang x sedar dan x boleh terima kesalahan yg depa lakukan...depa rasa depa betui ja
Quote raxief 29-11-2014 04:54 PM
noor2 posted on 29-11-2014 04:48 PM
Ish....seramnya baca...siap ugut macam tu...

Susah bila jadi ketua. ..memang ada ugutan dari ma ...

kalau x xkan la timbalan pengarah kastam ke ape tu kena tembak mati kat putrajaya.. yg kat kuantan tu pun sama kena tembak mati, jabatan agama islam ke ape ntah.. semuanya berpunca bila ada yg laksanakan penguatkuasaan yg tegas, maka ada la yg marah...
Quote noor2 29-11-2014 04:57 PM
raxief posted on 29-11-2014 04:54 PM
kalau x xkan la timbalan pengarah kastam ke ape tu kena tembak mati kat putrajaya.. yg kat kuantan ...

Insaf baca...kita ni kadang2 banyak burukkan orang padahal tak tahu tugas org tu macam mana beratnya..

Kisah ni kita boleh ambik iktibar...nak dibandingkan keje kita yang jauh mudah dan x merbahaya yang x melibatkan ramai orang macam depa ni...
Quote raxief 29-11-2014 05:03 PM
noor2 posted on 29-11-2014 04:57 PM
Insaf baca...kita ni kadang2 banyak burukkan orang padahal tak tahu tugas org tu macam mana beratn ...

ye betul, org ramai selalu marah kenapa KPDN susah nk banteras penjual dvd haram, tp diorg xtau tonto dvd haram ni sanggup cederakan/bunuh penguatkuasa kalau ada peluang..
Quote zila_hakimie 29-11-2014 05:05 PM
raxief posted on 29-11-2014 04:44 PM
aku pernah kerja secara kontrak di KPDNKK sbnrnye. mcm2 ugutan pengarah KPDN cawangan tu kena hada ...

takut baca ni
Quote noor2 29-11-2014 05:06 PM
raxief posted on 29-11-2014 05:03 PM
ye betul, org ramai selalu marah kenapa KPDN susah nk banteras penjual dvd haram, tp diorg xtau to ...

Kita memang tahu komplen...apa pun bersyukurla keje kita x macam depa...insaf...
Quote raxief 29-11-2014 05:14 PM
zila_hakimie posted on 29-11-2014 05:05 PM
takut baca ni

ni aku tambah lg, masa dia tgh isi minyak, kereta unser dia pernah dilarikan tonto, pdhal dia kat sblh tgh pam minyak (silap dia x lock pintu).. dlm kereta ada anak dia 2 org tgh tdo, tonto tu x ambik pun kereta tu sbnrnye, cuma nak takutkan dia. kereta tu diorg tinggalkan kat satu tempat lain, berserta surat ugutan/ancaman. tp baik plak tonto tu siap bagi anak2 dia dlm kereta tu gula-gula & minuman.

lg satu kes, tonto lastik tingkap rumah dia dgn batu.. pecah.

satu lg, anak dia tgh main basikal dlm halaman rumah berpagar, ada tonto dtg bagi makanan ringan & peluru..

sbb tu bila aku tengok filem killer elite, ada scene org jahat letak peluru kat rambut heroine yg tgh tidur sebagai amaran kpd hero, terus aku teringat ex boss aku ni..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-8-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.071349 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top