RON95 turun empat sen
Putrajaya: Harga jualan runcit bagi petrol RON95 akan diturunkan kepada empat sen seliter kepada RM2.26 seliter selari dengan penurunan harga minyak global, bermula esok. Itu kandungan surat tersebar di media sosial, hari ini, yang dikeluarkan Kementerian Kewangan kepada pengusaha stesen minyak di seluruh negara. Surat berkenaan antara lain turut mendedahkan pengguna kenderaan di negara ini turut berpeluang menikmati penurunan sembilan sen seliter bagi RON97 kepada RM2.46 seliter (1 Disember) selain kenaikan tiga sen seliter bagi diesel kepada RM2.23 sen seliter. Sumber Kementerian Kewangan ketika dihubungi mengesahkan penyebaran surat berkenaan beserta arahan penurunan harga bagi RON95 dan RON97 dan kenaikan diesel.
Menurutnya, penurunan harga runcit petrol itu adalah sebahagian daripada langkah kerajaan mengguna pakai kaedah pengapungan terkawal bagi menetapkan harga petrol RON95 dan diesel setiap bulan. "Langkah itu dibuat selagi harga minyak dunia berada pada paras USD 80 setong ke bawah," katanya ketika ditemui, di sini. Sebelum ini, harga runcit RON95 ditetapkan pada harga RM2.30 seliter manakala, diesel pula ditetapkan kepada RM2.20 seliter. Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=843335 |
5
Bagus |
7
Marah |
4
Terkejut |
4
Sedih |
4
Lawak |
6
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT