Hantakan Gereje ke Neraka kata adik ini PETALING JAYA - “Kami bantah sekeras-kerasnya projek yang bakal dibangunkan ini,” demikian laungan 70 penduduk berserta ahli NGO di sekitar kawasan Dataran Mentari yang berhimpun bagi membantah pembinaan gereja empat tingkat berhadapan Pangsapuri Damai, di sini.
Bantahan berkenaan dilakukan memandangkan majoriti penduduk di kawasan tersebut beragama Islam dan pembinaan rumah ibadat itu dilihat tidak relevan. Pengerusi Pertubuhan Sahabat Daerah Petaling, Ishak Maarof berkata, pembinaan gereja di kawasan berkenaan bukannya satu keperluan, malah banyak lagi kemudahan lain yang lebih bermanfaat untuk didirikan. “Disebabkan itu, kami bersama persatuan penduduk dan masyarakat setempat berhimpun bagi menyatakan bantahan," katanya kepada Sinar Harian, semalam. Menurut Ishak, bagi melaksanakan proses bantahan secara lebih teratur, pihaknya telah menubuhkan jawatankuasa bertindak bagi mewakili penduduk dalam menyerahkan memorandum bantahan.
Selain itu, Ishak berkata, pihak jawatankuasa berkenaan juga telah melantik peguam bagi membantu proses menghalang pembinaan gereja. “Kita tidak menolak pembinaan gereja, namun ia tidak harus didirikan di kawasan ini kerana 70 peratus penduduk beragama Islam,” katanya. Tambahnya, kawasan berkenaan telah mempunyai kira-kira empat gereja dan pembinaan rumah ibadat empat tingkat itu menimbulkan pertikaian banyak pihak. Jelasnya, pihak jawatankuasa bertindak juga akan menghantar memorandum bantahan kepada Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad serta Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali esok. "Memorandum dihantar bagi membolehkan pihak yang terlibat dapat mengambil tindakan segera bagi menghalang pembinaan gereja di sini. “Mereka perlu cari tapak lain segera kerana penduduk memang tidak setuju satu lagi gereja dibina di sini," katanya. Dalam pada itu, menurut seorang suri rumah yang menetap di kawasan ini, Noriza Abu Bakar, 46, kawasan tersebut tidak memerlukan lebih banyak gereja kerana yang sedia ada sudah memadai. "Lagipun kawasan ni ramai orang Islam yang duduk, apa faedahnya bina gereja yang begitu besar. "Sudahlah begitu, pemaju tak ada bincang dengan penduduk pun berkenaan hal ini. Ini memang tidak adil," tambahnya. Dalam bantahan semalam, sebanyak 25 NGO terdiri daripada persatuan penduduk serta jawatankuasa surau turun padang meluahkan bantahan berhubung pembinaan gereja berkenaan. Dalam pada itu, Sinar Harian cuba mendapatkan maklum balas daripada Ahli Majlis Zon 24, Halimey Abu Bakar bagi memberi respons lebih lanjut berhubung status lot tanah yang bakal dibangunkan gereja tersebut. Namun begitu, Halimey menerusi panggilan telefon memaklumkan, pihaknya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat bersama wakil rakyat yang terlibat bagi memberikan maklum balas lebih lanjut mengenai perkara itu. VIDEO Loading FB Video... |
robertocarbos posted on 4-12-2014 09:36 AM
Now you wonder why semua agama lain benci dengan Islam. Because this type of stupidity.
robertocarbos posted on 4-12-2014 05:36 PM
Now you wonder why semua agama lain benci dengan Islam. Because this type of stupidity.
cipOt_cedOt posted on 4-12-2014 05:47 PM
non-muslim who hate Islam because of act of certain no-brain muslim is absolute a brainless also... ...
spiderman80 posted on 4-12-2014 05:49 PM
Non Chinese who hate Chinkies because of act of certain no-brain Chinese is absolute a brainless a ...
robertocarbos posted on 4-12-2014 05:36 PM
Now you wonder why semua agama lain benci dengan Islam. Because this type of stupidity.
spiderman80 posted on 4-12-2014 05:49 PM
Non Chinese who hate Chinkies because of act of certain no-brain Chinese is absolute a brainless a ...
ADVERTISEMENT