CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

‘Cinta Saya Tak Berubah’

5-12-2014 10:30 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5094| Komen: 1

‘Cinta saya tak berubah’

Pasir Puteh: “Tidak mungkin saya  melupakan insiden itu dan sampai bila pun saya akan ingat terutama bagaimana dia (penjenayah) menoreh muka saya,” kata Nur Shafiqa Lah, 22.


Dalam kejadian  jam 2 petang Ahad lalu, muka Nur Shafiqa ditoreh manakala matanya ditumbuk dua lelaki yang memecah masuk rumahnya di Wakaf Berangan, Bandar Sri Aman, di sini.
Turut dicederakan dalam kejadian itu ialah ibu mangsa Hat Tema Mat Zin, 58.

Menceritakan kejadian malang itu, anak kelima daripada enam beradik itu berkata, dia hanya teringat mati lebih-lebih lagi apabila penyamun itu tidak menghiraukan rayuan, sebaliknya terus mencederakannya.

“Saya  guna kedua-dua tangan untuk melindungi muka dan menangkis serangan lelaki itu.

“Namun, dia cepat menoreh muka dan sedar-sedar saja, saya rasa muka ngilu dan panas apabila darah mengalir dengan banyak dan tangan juga terasa perit. Akibat tidak tahan, saya cuba lawan dan menjadi agresif dan ketika itu, dia keluar dari bilik dan saya mengambil kesempatan mengunci pintu,” katanya ketika ditemui di rumahnya, semalam.

Nur Shafiqa berkata, dia bersyukur kerana diberikan kekuatan  mempertahankan diri walaupun teruk dikerjakan penjenayah, malah dalam keadaan lemah itu masih sempat meminta bantuan daripada jiran.

Menurutnya, dia tidak pasti nasib dirinya jika tiada jiran mendengar jeritan itu, malah dia masih trauma dengan kejadian yang berlaku.

“Kejadian itu  begitu pantas dan penjenayah menceroboh masuk pun seperti halimunan. Saya tidak hanya ditarik keluar dari bilik air, malah kepala turut diketuk dengan objek tumpul.

“Ibu juga cedera ditumbuk beberapa kali di muka. Syukur adik saya selamat kerana sempat bersembunyi di bawah katil,” katanya yang hanya membuka pintu bilik apabila jiran memenuhi rumah mereka untuk membantu.

Nur Shafiqa dan Hat Tema  dibawa ke Hospital Tengku Anis (HTA) di sini, sebelum dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, dia hanya dibenarkan keluar hospital dan dibawa pulang ke rumah pagi semalam oleh bapanya Lah Hassan, 59, serta tunangnya Mohd Azijja Zafran Mohd Zahari, 24.
Mohd Azijja Zafran berkata, dia berharap penjenayah yang mencederakan tunangnya dapat ditangkap segera dan dibawa ke muka pengadilan.

Menurutnya, mereka  bercadang melangsungkan perkahwinan pada Mac depan, namun bercadang mempercepatkan tempoh itu.
Katanya, cintanya terhadap Nur Shafiqa tidak  berubah, malah menjadi tanggungjawabnya memberikan kata-kata semangat bagi memulihkan semangat insan tersayangnya itu.


Mohd Azijja memberi minuman kepada Nur Shafiqa di rumah tunangnya di Kampung Wakaf Berangan.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=843584&extra=&page=28
4

Bagus
12

Marah
9

Terkejut
15

Sedih
8

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (58 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote lenny1985 8-12-2014 11:23 AM
kampateh~ wish u n ur suami forever love .....^^

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.034941 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top