CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

6 Penghidap Hiv Di Kelantan Merupakan Lelaki Gay

5-12-2014 03:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9055| Komen: 57

6 Penghidap Hiv Di Kelantan Merupakan Lelaki Gay


KOTA BAHARU: Terdapat enam penghidap HIV yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat iaitu homoseksual atau hubungan sesama sejenis yang dikesan di Kelantan sepanjang tahun ini.

Bagaimanapun, menurut Ketua Penolong Pengarah Perubatan Unit HIV dan AIDS di Jabatan Kesihatan Kelantan, Dr Hazura Mat Zubir, jumlah tersebut menurun berbanding tahun lepas yang mencatatkan bilangan 12 kes penghidap HIV yang mengamalkan gaya hidup songsang.

"Kita ada enam kes baru tahun ini. Tahun lepas ada 12 kes. Jenis hubungan adalah lelaki dengan lelaki," katanya.

Tambahnya, penghidap-penghidap HIV yang mengamalkan gaya hidup songsang itu terdiri daripada umur 20 hingga 40 tahun dan kesemuanya berbangsa Melayu.

Untuk rekod, sejumlah 179 kes penghidap HIV di Kelantan dicatatkan dari Januari hingga September lalu.

Daripada statistik keseluruhan yang bermula dari tahun 1986 hingga Disember 2013, sejumlah 11,204 orang direkodkan sebagai positif HIV manakala jumlah kematian akibat HIV dan AIDS dalam tempoh tersebut adalah seramai 1,638 orang.

Majoriti penghidap HIV pada tahun 2013 ialah lelaki, dengan penagih dadah mencatatkan 58 peratus, diikuti dengan faktor seks (36.7 peratus) dan 2.9 peratus melalui hubungan sejenis.

Manakala HIV yang diwarisi kepada anak-anak seawal usia dua tahun hingga belasan tahun mencatatkan dua kes pada tahun ini, menurun berbanding 12 kes tahun lepas.

Sehingga kini, lebih 8,000 penghidap HIV di Kelantan masih hidup dan menjalani kehidupan seperti biasa dengan rawatan yang dilakukan secara tersusun yang dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan dan pihak hospital.

7

Bagus
6

Marah
5

Terkejut
3

Sedih
8

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dino 4-12-2014 08:32 PM
hijau sungguh.... berpinau mata.....
cite mcm ni menarik perhatian sutun multinick.... maklumlah sangap...
Quote Modngengade 4-12-2014 08:34 PM
Ramai jugak rogayah di klate yer...bukan ini negeri serambi mekah ke
Quote leni 4-12-2014 08:37 PM
Modngengade posted on 4-12-2014 08:34 PM
Ramai jugak rogayah di klate yer...bukan ini negeri serambi mekah ke

Sbb tu pd aku kelantan x layak dipanggil serambi mekah..bkn sekadar hiv mcm2 lagi ada..dan kotor pun ada
Quote Modngengade 4-12-2014 08:38 PM
MF...naper ko delete nyah...
Quote lavacobra 4-12-2014 08:38 PM
budus la bukak thread pastu delete...

flip flop betul la...



Quote FOTHER-MUCKER 4-12-2014 08:38 PM
dino posted on 4-12-2014 08:32 PM
hijau sungguh.... berpinau mata.....
cite mcm ni menarik perhatian sutun multinick.... maklumlah sa ...

Hahaha...aku terpaksa delete sebab tersilap copy n paste. Guna iPhone ni habis semua kena paste.
Quote mak_wa95 4-12-2014 08:39 PM
Buka thread..sendiri buka sendiri tutup....macam kat bod sana...
Quote FOTHER-MUCKER 4-12-2014 08:39 PM
lavacobra posted on 4-12-2014 08:38 PM
budus la bukak thread pastu delete...

flip flop betul la...

Wa taulan lu suka news macamtu
Quote mak_wa95 4-12-2014 08:40 PM
Mentaliti rakyat malaysia sama je...
Quote lavacobra 4-12-2014 08:41 PM
FOTHER-MUCKER posted on 4-12-2014 08:38 PM
Hahaha...aku terpaksa delete sebab tersilap copy n paste. Guna iPhone ni habis semua kena paste.

nampak sgt lu tarak reti guna iphone...

anak jiran wa darjah 2 pun lagi pandai dari lu..



Quote Blueberri 4-12-2014 08:41 PM
salah satu isu semasa ker nih...
Quote FOTHER-MUCKER 4-12-2014 08:43 PM
lavacobra posted on 4-12-2014 08:38 PM
budus la bukak thread pastu delete...

flip flop betul la...

Khas untuk lu.
Quote lavacobra 4-12-2014 08:46 PM
FOTHER-MUCKER posted on 4-12-2014 08:43 PM
Khas untuk lu.

alamakkkk...

sutun pink dah kena ctos kena hiv pulak...

apa malang la dia punyer laif...



Quote obelisk 4-12-2014 08:51 PM
Pernah tgk american dokumentari di youtube aids ni mmg asalnya gay yg ramai kena..
Quote dino 4-12-2014 09:07 PM
FOTHER-MUCKER posted on 4-12-2014 08:38 PM
Hahaha...aku terpaksa delete sebab tersilap copy n paste. Guna iPhone ni habis semua kena paste.

lain kali ko tempek klik code tu....takde la terabur hiks....
Quote dino 4-12-2014 09:08 PM
FOTHER-MUCKER posted on 4-12-2014 08:43 PM
Khas untuk lu.

hbis dinding nanti.... baru baca cite gay je tuh hahah
Quote lavacobra 4-12-2014 09:08 PM
lain kali bayar bill..tarak la kena ctos..

Quote dino 4-12-2014 09:12 PM
hati wa dah panas...
Quote sabbath_shalom 4-12-2014 09:22 PM
Kenapa cam sendu je thread ni?

Ramai yg takut disabit sebagai Rogayah ke?

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.856831 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top