CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia, Negara Pertama Di Dunia Lakukan Ujian Vaksin Denggi

5-12-2014 05:01 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4208| Komen: 10

Malaysia, Negara Pertama Di Dunia Lakukan Ujian Vaksin Denggi


Ipoh: Kementerian Kesihatan sedang melakukan ujian klinikal terhadap vaksin denggi pertama di dunia, yang dijangka berada di pasaran pertengahan 2015.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, berkata kajian menyeluruh perlu dilakukan terhadap vaksin itu bagi menentukan penggunaannya dalam jangka masa panjang.

“Sebelum kita memutuskan sebarang rancangan jangka panjang mengenai penggunaan vaksin ini, kita perlu meneliti kajian asalnya untuk memastikan kita mempunyai data mencukupi mengenainya,” katanya.

Dr Subramaniam berkata demikian selepas Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Ke-4 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Seramai 4,697 graduan dari 33 ILKMM menerima diploma lanjutan, diploma dan sijil masing-masing pada konvokesyen itu.

Menurutnya, jika Kementerian Kesihatan memutuskan untuk menggunakan vaksin itu, pihaknya akan melakukan ujian lapangan terlebih dahulu sebelum ujian secara meluas dilakukan di kawasan mencatatkan kes denggi yang tinggi seperti Lembah Klang.

Sehingga ini, katanya, kebanyakan kes denggi yang dilaporkan membabitkan kumpulan umur 25 tahun dan ke atas.

Mengenai statistik denggi terkini, beliau berkata, kes itu menurun kepada 2,300 setiap minggu berbanding 3,000 kes pada Ogos dan September lalu.

“Kempen perangi denggi yang kita bertujuan mengurangkan kes denggi daripada mencecah 3,000 dan kita telah capai sasaran itu. Saya harap jumlah itu berkurangan kepada 1,500 kes,” katanya.

Sementara itu, Dr Subramaniam berkata kerajaan bercadang menambah tempat latihan perubatan kerana Unit Kecemasan di beberapa hospital kerajaan memerlukan ramai pegawai penolong perubatan.

“Kepakaran bagi sesetengah perkhidmatan dalam bidang kesihatan sangat diperlukan khususnya di kawasan luar bandar. Agenda utama kerajaan ialah memberikan perkhidmatan terbaik dan menyediakan sumber manusia yang mencukupi,” katanya. - Bernama

20

Bagus
15

Marah
22

Terkejut
27

Sedih
19

Lawak
24

Bosan

Friends Rank (127 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote darkness 5-12-2014 07:42 AM
Tahniah malaysia..atleast dapat meningkatkan tahap kesihatan rakyat memandangkan denggi setiap tahun mencari mangsa
Quote mbhcsf 5-12-2014 07:45 AM
Okay on trial la...ok.we shall wait and see, then.
Quote nolya 5-12-2014 09:32 AM
vaksin denggi tu diujikan kepada siapa? kepada tikus ke atau kepada manusia?.  Anak saya pernah kena denggi or suspek denggi, 2 hari je di hospital tapi saya beri dia sup ketam dan jus daun betik.  InsyaAllah cepat sembuh.
Quote Mary_jane 5-12-2014 05:14 PM
Bila suspected denggi mmg kena minum air daun papaya, rasa payau ya amat. Tp bkesan!

Quote cubby_qt 5-12-2014 11:53 PM
Saya suka mkn daun betik.. boleh tak??

Setau saya yg ilmu ciput ni... vaksin biasanya dia masukkan virus sama jenis( isu ni.. virus denggi la) yg telah dilemahkn.. nnt antibodi semulajadi akn terbina n jadi kuat.. so.. bila virus kuat yg dtg dari luar mnjangkiti kita... badan dah ada antibodi yg kuat utk melawannya..

pada denggi pula... nyamuk aedes tak menghasilkan virus denggi tu.. jika nyamuk tu baru lahir.. dia tak berbahaya.. aedes cuma membawa virus ni.. caranya..bila aedes dah tikam org yg ada virus denggi( jika pernah kene, mmg ada lah virus tu dlm badan, ia takkan mati).. maka aedes akan bawa virus tu ke org kedua yg dia tikam pula...

Persoalan saya.. jika vaksin tu dicucuk kpd ndvd tertentu.. tidakkah bahaya utk org disekitarnya.. sbb org tu telah diletakkan virus denggi.. jika ada aedes.. org sekitar lagi berpotensi... ermmmmm....
Quote MissNigga 5-12-2014 11:54 PM
cubby_qt posted on 5-12-2014 11:53 PM
Saya suka mkn daun betik.. boleh tak??

Setau saya yg ilmu ciput ni... vaksin biasanya dia masukk ...

daun betik masak lemak santan ... mmg yummiessss....
Quote cubby_qt 5-12-2014 11:55 PM
MissNigga posted on 5-12-2014 11:54 PM
daun betik masak lemak santan ... mmg yummiessss....

Saya buat ulam.. cecah sambal belacan... mak rajin buat urap.... bunga betik lagi sedap tau... yummy...
Quote Al-Patih 6-12-2014 07:20 AM
Dr Subramaniam berkata demikian selepas Konvokesyen Institusi Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) Ke-4 di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah di sini, hari ini.

Dey Dr SuBramaniam...tak yah lah tunggu event event macang ni ada...baru nak bagi tau....
Quote jazaa 6-12-2014 07:22 AM
cubby_qt posted on 5-12-2014 11:55 PM
Saya buat ulam.. cecah sambal belacan... mak rajin buat urap.... bunga betik lagi sedap tau... yum ...

Tak pahit ke chubby???
Quote cubby_qt 6-12-2014 07:52 AM
jazaa posted on 6-12-2014 07:22 AM
Tak pahit ke chubby???

Ada petua nk bg ilang pahit... celur ngan daun senduduk...

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-9-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040862 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top