CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan MENARIK Lihat artikel

Peminat Fanatik Micheal Jackson Bunuh Diri?

8-12-2014 10:44 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4432| Komen: 15

   


Pengaruh superstar Michael Jackson  di kalangan peminatnya di seluruh ternyata cukup hebat dan luar biasa  sekali. Bayangkanlah sejak beliau dilaporkan mati secara mengejut pada  25 Jun 2009, ia bukan saja telah menyebabkan masyarakat dunia  bersedih tetapi dikatakan turut mendorong 12 orang peminat fanatiknya  membunuh diri!

Tindakan membunuh diri itu dilakukan kerana  mereka khabarnya tidak dapat menerima hakikat bahawa superstar  kesayangan ramai itu sudah tiada lagi di dunia ini. Ada kes bunuh diri  telah dilaporkan berlaku di Tunisia dan juga di Russia, baru-baru ini.

Berita tersebut telah pun dilaporkan di dalam kelab dan forum peminat online Michael Jakcson yang paling berpengaruh iaitu MJJcommunitycom.

Presiden merangkap pemiliknya, Gary Taylor, berkata, dia sebenarnya merasa amat susah hati dengan apabila mendapat tahu tentang tragedi itu.

"Kebanyakanya berlaku di luar daripada United Kingdom  tapi salah seorang mangsa yang membunuh diri itu adalah rakyat British.  Setakat ini jumlah peminat yang membunuh diri adalah 12 orang tetapi  saya khuatir akan lebih ramai lagi yang mengikut jejak langkah mereka  itu.

"Bagi saya ini adalah satu hal yang sangat serius dan saya  percaya Michael Jackson sendiri tidak mahu perkara ini terjadi di  kalangan peminatnya jika dia masih lagi hidup," katanya.


Jangan terlalu ikut perasaan


Seorang rakan Michael Jackson yang dikenali sebagai Jesse Jackson berkata, dia telah pun membuat rakaman filem di dalam YouTube meminta supaya peminat menghentikan kerja-kerja yang sia-sia itu.

"Memang  saat ini adalah sukar untuk kita terima hakikat pemergian Michael. Ia  sesuatu yang cukup mengecewakan tetapi pada masa yang sama, ini adalah  saat yang terbaik untuk meraikan kehidupan Michael.

"Michael pastinya akan gembira apabila ramai yang menyanyikan lagu We Are The World. Jadi, jangan sekali-kali binasakan diri anda.

"Ada  masa-masanya kita berada di bawah dan ada masa-masanya kita kembali  berada di atas semula. Itulah sebaik-baiknya yang perlu kita lakukan.  Untuk menjaga nama Michael, kita seharusnya hidup bersama sebagai  saudara dan bukannya mati begitu saja sebagai orang yang ****h,"  pintanya.

MJJcommunity.com yang ditubuhkan kira-kira 10 tahun  yang lalu oleh Gary yang juga pengurus pejabat di London, memiliki lebih  daripada 14,000 pelayar online serta 30 orang kakitangan di seluruh  dunia.

"Kematian Michael telah membuatkan peminat yang sering  melayari forumnya berasa seperti di luar dari alam nyata. Mereka tidak  dapat menerimanya dan mereka beranggapan ia adalah satu realiti yang  berbeza.

"Saya juga masih lagi berasa terkejut dengan kematian  Michael. Baru saja dia mengumumkan untuk mengadakan konsertnya dan  tiba-tiba dalam sekelip mata, dia sudah tiada. Pengkebumiannya adalah  satu tanda yang telah menyedarkan kita semua bahawa Michael sudah pergi  dan tidak akan kembali sampai bila-bila pun," katanya.

Gary turut memberitahu bahawa ribuan peminat superstar itu telah pun berarak dari Canary Wharf hingga ke 02 Arena pada Isnin lalu untuk berjaga sempena memperingati kematian King of Pop itu. Di Malaysia kita boleh juga melihat peminat fanatik Michael Jackson sehingga sanggup berpakaian seperti artis kesayangannya, anda boleh lihatdisiniSumber : murai.com.my                                                


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 21-6-2014 08:20 PM
fuh lega peminat akak lg ramai daripada peminat MJ
Quote pfiza 21-6-2014 10:49 PM
Peminat Mj 1 dunia kak @CiliPadiSedap
Quote roblucci 21-6-2014 11:11 PM
CiliPadiSedap posted on 21-6-2014 08:20 PM
fuh lega peminat akak lg ramai daripada peminat MJ

saya salah seorang peminat akak
Quote khaira01 22-6-2014 12:50 AM
u jump, i jump...

u die, i die... x koserrr
Quote kendoff 22-6-2014 03:01 AM
mcm tue sekali fanatik nya..
Quote pfiza 22-6-2014 09:22 AM
pe yg fanatik sgt tu ya
Quote gnote_2 24-6-2014 10:26 PM
ini smua konspirasi..mj ne xmati lagi.. smua tu lakonan je utk mengabburi mata dunia...
Quote pfiza 26-6-2014 12:06 PM
Semua artis ada peminat , tapi tgok la peminat sape paling kekal lama
Quote roblucci 4-7-2014 12:39 AM
kalau Justin Bieber mati lagi ramai peminat dia akan bunuh diri
Quote pfiza 4-7-2014 04:55 AM
roblucci posted on 4-7-2014 12:39 AM
kalau Justin Bieber mati lagi ramai peminat dia akan bunuh diri

Kalau Obama mati cmne lak, ada ke yg bunuh diri

Quote roblucci 4-7-2014 06:52 PM
pfiza posted on 4-7-2014 04:55 AM
Kalau Obama mati cmne lak, ada ke yg bunuh diri

Obama tak ada ramai fan girls dan fan boys
Quote pfiza 4-7-2014 07:13 PM
roblucci posted on 4-7-2014 06:52 PM
Obama tak ada ramai fan girls dan fan boys

palyboy byk kot hahaha

Quote cari_cahaya 9-10-2015 11:02 AM
saya peminat MJ..
so heartbreaking when he die
Quote Ellebannaluxy 21-1-2016 03:41 PM
michael ni susah nak beat dari segi aura la. genius teramat dlm muzik
Quote Ellebannaluxy 21-1-2016 03:41 PM
michael ni susah nak beat dari segi aura la. genius teramat dlm muzik

Lihat semua komen(15)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.115054 second(s), 44 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top