CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Berselfie Di Puncak Burj Khalifa

8-12-2014 04:14 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8901| Komen: 37

Berselfie Di Puncak Burj Khalifa



Jurugambar warga Britain Gerald Donovan memilih lokasi menakjubkan untuk merakam selfie pertamanya-Burj Khalifah di Dubai-bangunan terÂ-tinggi di dunia.

Donovan, 47, merakam gambar luar biasa dirinya untuk menyiapkan projek 360 Dubai.

Projek itu membenarkan sesiapa saja melawat bandar itu secara interaktif.

"Saya tidak gemar berselfie. Seingat saya, ini kali pertama saya melakukannya. Tambahan pila, ia peluang terbaik untuk dilepaskan," katanya.

Donovan yang berasal dari Cheltenham dan bekerja di Emiriah Arab Bersatu sejak tujuh tahun lalu, menggunakan kamera panoramik khas yang dikawal oleh aplikasi iPhone untuk merakam gambarnya di ketinggian 830 meter.


Dubai360.com yang akan dilancarkan pada Januari 2015 akan membolehkan pengguna 'melancong' ke seluruh Dubai dengan hanya menyentuh butang dan ia termasuk pemandaÂ-ngan panoramik 36 jam dari puncak Burj Khalifa.

"Penonton boleh berinteraksi menerusi video, menentukan sendiri arah mana mereka hendak melihat, termasuk mengezum dekat dan jauh bagi meneliti sesuatu deÂ-ngan lebih terperinci.

"Matlamatnya ialah untuk memperkenalkan Dubai kepada seluruh dunia dan membenarkan mereka meneroka bandar itu walau di mana mereka berada.

"Dengan menontonnya menerusi Internet, orang ramai dapat merasakan seolah-olah mereka mengelilingi Dubai," secara lebih dekat," katanya.

7

Bagus
5

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (23 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pooh~key 8-12-2014 03:01 PM
Aku gayat la... Takut.
Quote MissMamamia75 8-12-2014 03:10 PM
"Matlamatnya ialah untuk memperkenalkan Dubai kepada seluruh dunia dan membenarkan mereka meneroka bandar itu walau di mana mereka berada.
lain feel dia kalu tgk dlm gambo as compared jejak kaki sndiri kat Dubai..
cuma mampu ngan xmampu jer...
Quote mattzzx 8-12-2014 03:11 PM
memang berani mati lah dia tu....
Quote lindarafee 8-12-2014 03:30 PM
gayat mak. x sanggup
Quote musangcomel 8-12-2014 03:35 PM
lemah lutut aku tinggi2 camtu
aku gayat okeh
Quote supernaturalee 9-12-2014 11:25 AM



rs macam di awangan gitu
bestnyer
Quote mrsT 9-12-2014 11:49 AM
orang phobia ketinggian mcm aku nie.. xde makne..
Quote biggirlduncry 9-12-2014 11:56 AM
rasanya putera al-makhtoum pun ada berselfie di puncak ni
Quote yusryimran 9-12-2014 12:08 PM
adoilah seram tinggi2 nih
Quote selipar_hijau 9-12-2014 12:12 PM
bestnyaa..
Quote nurabella 9-12-2014 12:24 PM
fuhhh...memang menakjubkan..
Masyallah...
nak naik atas ni 400 Dirham.
Mujur I book online....100 Dirham saja...
tapi tak dapek lah slot time yg best nak tgk sunset....
Naik dalam pukol 1.30....dekat pukol 3 baru turun...
ahmazingggggg
Quote babydoll 9-12-2014 12:27 PM
nurabella posted on 9-12-2014 12:24 PM
fuhhh...memang menakjubkan..
Masyallah...
nak naik atas ni 400 Dirham.

nura, book kat web mane? nk book jugak la..heheh!
Quote melia_star 9-12-2014 12:34 PM
kejadah mana gambo selfienyer...
Quote myvios 9-12-2014 12:42 PM
mana selfienye?
Quote azharariff 9-12-2014 12:52 PM
ni kalau Iran mengalami gempa bumi dasyat berhampiran Dubai, mau tengelam suma bangunan pencakar langit depa.. ngeri
Quote Artemesiaa 9-12-2014 12:55 PM
Wow cantiknya bangunan2 yang dikelilingi awan tu cam dalam pilem batman lak
Quote nurabella 9-12-2014 01:03 PM
babydoll posted on 9-12-2014 12:27 PM
nura, book kat web mane? nk book jugak la..heheh!

dek non...

kita pakai nih seingat nya.. http://www.burjkhalifa.ae/en/ObservationDeck/ticketinformation.aspx

TAPI !!! ni baru jengah...ticket dah naik harga yer...

adult book situh pon kira 550 Dirham..makkk aiiii.....dalam rm500 kita lah jugak kan.

kita pergi April 2013 ( tak silap ) ..yupp..tahun lepas..or was it Dec 2012 .....masa tuh ada harga 100...400 tuh..

try search website lelain..kot adaaa promosiiii..

nak pi situh..dtg awal..atleast 30 min..45 min ker...masok dri DUbai Mall dedekat bawah ..near food court lah jugek...

Quote babydoll 9-12-2014 01:46 PM
nurabella posted on 9-12-2014 01:03 PM
dek non...

kita pakai nih seingat nya.. http://www.burjkhalifa.ae/en/ObservationDeck/ticketinfo ...

hahhaha! biase la kak non, sejak menang bid utk expo 2020, semua harga naik kekdahnya..

ohh! website burj khalifa jgk. ingat kot2 ade website lain yg memboleykan dpt harga murah.

slalu dok pi dubai mall..tak tergerak hati nk naik ke burj khalifa sbb tau tiket mahal.

thanx for sharing this info. nah munge!
Quote nurabella 9-12-2014 01:54 PM
babydoll posted on 9-12-2014 01:46 PM
hahhaha! biase la kak non, sejak menang bid utk expo 2020, semua harga naik kekdahnya..

ohh! we ...

Thanks munge.....

Dubai Mall tuh besorr...boleh tercabot kakiii pusing segalak..

kalo fly singgah sana,kompem menyinggahhh..

tapi kat situh ala ala duit kena bawak berguni guni kan...

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.515857 second(s), 47 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top