CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gst: Cukai Tiket Wayang Dijangka Naik 31%

9-12-2014 11:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11048| Komen: 85

Gst: Cukai Tiket Wayang Dijangka Naik 31%


Cukai tiket wayang dijangka naik kepada 31 peratus daripada harga jualan selepas Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diperkenalkan bermula April tahun depan.

Ini ekoran tambahan 6 peratus GST kepada cukai hiburan sedia ada 25 peratus, menurut jangkaan laman promosi filem terkenal Cinema Online.

Ini kerana GST menjadi cukai baru dan bukan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), seperti dalam kes barangan dan perkhidmatan lain.

“Cukai GST yang baru mahu menghapuskan SST, ia kedengaran seperti perjanjian yang cukup baik secara matematik bukan? Salah, kerana tiket wayang tidak tertakluk kepada SST, hanya cukai hiburan (cukai 25 peratus sedia ada), itu sebabnya cukai yang diletakkan sudah tinggi.

“Dengan enam peratus cukai tambahan (GST), ditambah dengan 25 peratus cukai hiburan anda, ini akan menjadikan jumlah cukai yang anda perlu bayar sebanyak 31 peratus dan ini hanya untuk membeli sekeping tiket wayang,” katanya penulis portal itu Naseem Randhawa.

Bukan itu sahaja, menurut Naseem lagi, makanan ringan yang dijual di luar panggung wayang seperti bertih jagung akan turut dikenakan enam peratus cukai GST.

“Pelaksanaan GST akan menyebabkan dompet kita lebih ringan dan tidak berat.

"Bagaimanapun, jika anda berfikir untuk makan di panggung wayang di TGV atau GSC yang mana harga makanan telah dimasukkan caj perkhidmatan sebanyak sepuluh peratus dan ditambah pula dengan GST enam peratus, ini menjadikannya lebih mahal,” katanya.

Sekitar Kuala Lumpur, tiket wayang paling murah boleh diperoleh dengan harga RM8, pada waktu-waktu tertentu, tetapi kebiasaannya belasan ringgit.


Cinema Online turut membuat tinjauan atas talian bagi mendapatkan maklum balas pengguna di laman web berkenaan.

Lapan soalan diajukan, termasuk berhubung kesediaan penonton berdepan harga baru dan adakah mereka akan tetap menonton filem di panggung wayang atau beralih kepada alternatif lain.

Mereka juga ditanya sama ada cukai hiburan patut dimansuh atau dikurangkan dengan pengenalan GST.

Portal itu bagaimanapun tidak memberitahu bilakah hasil maklum balas dari pengguna akan diumumkan.

15

Bagus
7

Marah
11

Terkejut
5

Sedih
15

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MelahJanda 9-12-2014 01:23 AM
duti hiburan hasil negeri
gst hasil persekutuan
so kena combine jugak kedua dua cukai
tiada jalan lain
Quote Mary_jane 9-12-2014 01:32 AM
Makin jarang lah tgk movie kt cinema. beli cd cetak rompak kang!



Quote wds 9-12-2014 02:13 AM
Mary_jane posted on 9-12-2014 01:32 AM
Makin jarang lah tgk movie kt cinema.  beli cd cetak rompak kang!

Torrent je... Free of Charge.

Quote anony-mous 9-12-2014 02:45 AM
Bagus2!! Jom psang wifi rmai2, kita download je. Mohon skmm ke spe2 jgn kcau site2 utk download ok
Quote hanalisa 9-12-2014 05:57 AM
aku dah lama tinggalkan wayang..
Quote nalis 9-12-2014 06:21 AM
Afdah.com laaaa
Quote drivethru 9-12-2014 06:23 AM
Sekarang ni pun dah ramai yg x tgk wayang. Harapkan weekend jer ramai penonton. Dulu cite2 baru kena beli tiket online sbb takut tiket habis. Skrg walk in jer.
Quote faraway1 9-12-2014 06:25 AM

extratorrent kan ada.... download aje...
me hanya tenguk wayang masa travel,
suka tenguk movie keluaran negara yang dilawaté
Quote MissNigga 9-12-2014 06:25 AM
kena very selective ler next year kalo nak nengok wayang...
cumamobie mobie box opis jer ler yang pi nngok ...
yang mobie tah apa apa.. sowie... kena letak tepi...
mobie melayu ... mmg tak akan masuk dalam list punya
Quote PeahPPRT 9-12-2014 07:00 AM
iols dah jarang tgk wayang, lebih prefer bersocial network kat semakfon jah
Quote PeahPPRT 9-12-2014 07:03 AM
faraway1 posted on 9-12-2014 06:25 AM
extratorrent kan ada.... download aje...
me hanya tenguk wayang masa travel,
suka tenguk movie k ...

uolz x cari mesjid ke nyah pegi negara org tu,- soklan cepu emas gitew
Quote faraway1 9-12-2014 07:21 AM
PeahPPRT posted on 8-12-2014 06:03 PM
uolz x cari mesjid ke nyah pegi negara org tu,- soklan cepu emas gitew

buat apa bagitau...
sembahyang bukan benda nak dikecoh kecoh
cam jakun.
Quote ultra78 9-12-2014 07:36 AM
Aku akan baca review dlm rottentomatoes dulu sebelum decide utk tengok atau tidak. Mcm filem pyramid tu, review pun mcm haram. Baik tak payah tengok.
Quote nevberg 9-12-2014 08:07 AM
jom layan marathon hobbit ahad depan...
Quote tipuware 9-12-2014 08:08 AM
nasib mmg dah lama tak layan movie.. tgk torrent aje.. hehehe
Quote nevberg 9-12-2014 08:08 AM
ultra78 posted on 9-12-2014 07:36 AM
Aku akan baca review dlm rottentomatoes dulu sebelum decide utk tengok atau tidak. Mcm filem pyramid ...

chef wan tengok cerita ni...dia kata buang masa je tengok...hahaha
Quote mbhcsf 9-12-2014 08:09 AM
well...kalau film tu best org akan pi jugak waima klasik diulang ulang pun liek pride and prejudice.

tapi saya tertanya apa impaknya pada industri film tempatan - hmm? kan yg ada sekarang ni pun orang dok keluh kisah soal penonton, mutu film  etc...

ni gst pulak ...well...

hmm...
Quote obelisk 9-12-2014 08:15 AM
UUuuuUuUuu..... star wars episode 7 disember tahun depan
Quote obelisk 9-12-2014 08:16 AM
[youtube]OMOVFvcNfvE[/youtube]

Lihat semua komen(85)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:06 AM GMT+8 , Processed in 0.057442 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top