CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan MENARIK Lihat artikel

[KISAH BENAR] Diskriminasi Kerana Bertudung

9-12-2014 04:54 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4640| Komen: 22



Buat renungan, mengapa masih ada pemikiran begini di Malaysia?


Isu ini bukan isu baru, walaupun agama Islam merupakan agama rasmi Malaysia, namun rata-rata penguatkuasaan undang-undang islam untuk orang islam masih dilihat keterbelakang. Terbaharu, kes anak pelakon lelaki terkenal Rosyam Nor, turut mengalami nasib yang serupa. Berbekal hanya sekadar ingin mengisi masa lapang sempena cuti sekolah, pelajar lepas SPM itu di arah untuk membuka tudung jika mahu bekerja di salah satu gedung jenama terkenal dunia.


Entah dimana silapnya, mungkin isu ini mendapat perhatian khusus hanya kerana adik tersebut anak pelakon terkenal, jika perempuan itu anak pemandu bas? Bagaimana? LadyLista faham, nasib manusia tidak sama namun perkara sebegini yang mungkin akan mengubah identiti setiap wanita di masa akan datang. Mungkin yang mencari kerja itu terdesak ingin meringakan beban keluarga, ditambah pula dengan kesukaran mencari kerja zaman sekarang, jangan lah ada pihak yang mengambil kesempatan. 

Jika kita lihat, di negara maju di luar sana, mereka lebih menghormati agama orang lain. Mungkin ramai juga yang tidak mempercayai agama di negara Barat namun dengan slogan 'free country' atau 'free to wear anything',  mereka lebih terbuka menerima gadis bertudung kerana percaya setiap manusia bebas memilih pakaian yang ingin mereka pakai. 

Mungkin sudah masanya kita untuk meniru apa yang dilakukan oleh Barat, yang mana elok itu mungkin kita boleh ambil dan jadikan panduan untuk hidup dikalangan berbilang bangsa ini. Hormatilah agama dan budaya setiap dari kita. 

Adios!~














Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lina66 9-12-2014 03:48 PM

Kesian....

Quote bellaa 9-12-2014 03:55 PM
espirit punya workers. nak gelak2 pehal
Quote caprut 9-12-2014 03:58 PM
ni taun bile pnye ni. ktgglan btol
Quote amal12bh 9-12-2014 03:59 PM
astro kah???
Quote lavendernovella 9-12-2014 03:59 PM
Dah lama benda ni jadi , tp x der sape yg heran , aku lg sadis gi interview pakai baju kurung kene gelak..
Quote murof 9-12-2014 04:11 PM
Hmm..kat US, masa masuk outlet Coach..ada sales girl yang pakai tudung...
Bila tanya..dia kata dia muslim..n stay di US
Kenapa kat malaysia , x boleh hire org bertudung
Quote MengkuduMasam 9-12-2014 04:13 PM
brapa tahun punya nih....

tp mmg pun... xdinafikan...
Quote prettyuglybabe 9-12-2014 04:14 PM
macam kisah lama yang ditukar nama kedai
tak silap dulu kisah kedai gambar kat klcc juga
Quote hawk77 9-12-2014 04:15 PM
Sebenarnya Mira Kamil tu nak bagitau dia duk obersea 4 taun, uolsss.....  
Quote asher 9-12-2014 04:23 PM
harap perkasa..pekida..isma amik tindakan..kalo perlu demo..kita demo..
Quote Mary_jane 9-12-2014 04:27 PM
KLCC terlajak urban gitu stok2 yg suka gelakkan org ni mmg pdn kalau digelakkan balik, moga cik adik cpt dpt keje, cer try kedai kasut bata ke


Quote TulenBang 9-12-2014 04:30 PM
aku pun penah cari keje part time dulu kat klcc... tanya kedai sushi king pun derang beramai2 jawab.. kami tak amik yang bertudung..

hanya yg kfc/mekdi kat bawah tu je yg nak amik org pakai tudung... jadi aku tak heran budak ni tulis memang betul pun...
Quote MsKathryn 9-12-2014 04:31 PM
Kat Mark & Spencer dgn habib jewls KLCC ada je pompuan bertudung keje...

Guardian dgn watson pun ramai je yg bertudung.. kinokuniya pn ada gak.
Quote HOHA 9-12-2014 04:32 PM
masing masing ada hak masing masing..
Quote Z77 9-12-2014 04:32 PM
hawk77 posted on 9-12-2014 04:15 PM
Sebenarnya Mira Kamil tu nak bagitau dia duk obersea 4 taun, uolsss.....

plus dia dah jalan serata europe...eh naked beach dia tak gi ker?
Quote krustykrab 9-12-2014 04:35 PM
siaran ulangan
Quote obelisk 9-12-2014 04:37 PM
TulenBang posted on 9-12-2014 04:30 PM
aku pun penah cari keje part time dulu kat klcc... tanya kedai sushi king pun derang beramai2 jawab. ...

yang kedai2 makan maybe kot hire, lagipun biasanya yg cook dan serve food ni perlu cover kepala supaya nampak hygienic


Quote dragger 9-12-2014 04:38 PM
sebenarnya..

itu la dia...

berlagak duk obersi lama2..
Quote BotakChinPeng 9-12-2014 04:52 PM
Org pakai tudung, pakaj baju kurung pun ada jakun miskin hina gelak .Pejadah

Lihat semua komen(22)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:49 AM GMT+8 , Processed in 0.040859 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top