CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Pelakon Berhutang Serah Beg Tiruan

10-12-2014 12:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 47796| Komen: 245

Pelakon Berhutang Serah Beg Tiruan


Kuala Lumpur: Tembelang seorang pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan berjenama yang didakwa tulen bagi menjelaskan baki tertunggak kepada syarikat agensi pelancongan terbongkar selepas pemeriksaan ke atas beg itu mendapati ia adalah tiruan.

Malah pelakon berusia 28 tahun itu turut didakwa mengugut kakitangan agensi pelancongan berusia 30-an itu yang beroperasi di Taman Maluri, di sini, untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan berjenama itu.


Kakitangan wanita terbabit yang bimbang dengan ugutan pelakon itu dan berasa ditipu kemudian tampil bersama majikannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya.

Sumber berkata, dia bersama keluarga pada mulanya menggunakan pakej pelancongan itu untuk melancong ke luar negara awal November lalu.


“Bagaimanapun sebelum melancong dia ada datang berjumpa dengan kakitangan terbabit dan membawa dua beg tangan berjenama yang didakwa tulen untuk dijual dengan harga RM6,000.

“Mangsa pada mulanya menolak dan tidak mahu membeli beg tangan itu namun pelakon itu meminta dia menyimpan di pejabat syarikat terlebih dahulu dan tidak mahu membawanya pulang,” katanya.

Sumber berkata, selepas pelakon itu pulang dari bercuti, pihak agensi pelancongan kemudian meminta dia menjelaskan bayaran yang masih belum dijelaskan.

“Bagaimanapun pelakon terbabit meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen berharga RM6,000.

“Mangsa berasa ragu-ragu sebelum dia bersama majikannya membuat pemeriksaan beg itu kepada pihak berkaitan dan mendapati ia adalah beg tangan tiruan,” katanya.

Menurut sumber, mangsa kemudian memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa beg tangan diberikannya adalah tiruan menyebabkan dia mendakwa kemungkinan ditipu ketika membeli beg itu di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kuala Lumpur.

“Mangsa kemudian mengajak pelakon itu ke butik barangan berjenama yang didakwa dibelinya di pusat beli-belah terbabit namun dia enggan dan memberitahu ingin menguruskannya sendiri,” katanya.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosasen 9-12-2014 08:03 AM
siapa yek... datin umo 28.. speku2...
Quote kakprik 9-12-2014 08:03 AM
bermula la episod speku mengspeku..sapa datin yg gi bercuti??..tak kan datin tinted..
Quote meteorspeed 9-12-2014 08:10 AM
Rebekah umur berapa. Aku speku rebekah

NAMA: Rabecca Nur Al-Islam Ahmad

TARIKH LAHIR: 30 April 1986



betul la umur dia 28 tahun Last edited by meteorspeed on 9-12-2014 08:13 AM

Quote newyork 9-12-2014 08:16 AM
Umut 28 datin ittew. Rebeka kah
Quote newyork 9-12-2014 08:17 AM
Erghh butik pun jual fake..habih mana nk beli yg ori ( mcm aku byk duit)..haha
Quote stilla 9-12-2014 08:21 AM
Suami Berkah nie Dato ke?
Quote stilla 9-12-2014 08:22 AM
Lagipun CikBerkah nie pakai Channel aje.
Mahal beg tu. Dalam 15-20 K sebijik.
Quote juliez 9-12-2014 08:24 AM
meteorspeed posted on 9-12-2014 08:10 AM
Rebekah umur berapa. Aku speku rebekah

NAMA: Rabecca Nur Al-Islam Ahmad


Tak silap i rebecca ni mmg ada sejarah bergaya dgn handbag palsu
Quote stilla 9-12-2014 08:25 AM
juliez posted on 9-12-2014 08:24 AM
Tak silap i rebecca ni mmg ada sejarah bergaya dgn handbag palsu

Tu mungkin masa belum tawin lagi rasa nya
Bila lepas tawin rasa semua ori hihihi

Quote makton 9-12-2014 08:32 AM
juliez posted on 9-12-2014 08:24 AM
Tak silap i rebecca ni mmg ada sejarah bergaya dgn handbag palsu

bekah ni datin ke? tak tahu plak..
Quote pittjie 9-12-2014 08:36 AM
bc berita ni je terus terbayang bekah.
Quote juliez 9-12-2014 08:39 AM
makton posted on 9-12-2014 08:32 AM
bekah ni datin ke? tak tahu plak..
lima beradik yatim piatu itu, pelakon Datin Rabecca Nur Al Islam dan suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman mengambil mereka sebagai anak

http://www2.hmetro.com.my/articles/Rabeccatersentuh/Article?hm




Last edited by juliez on 9-12-2014 08:40 AM

Quote abbey 9-12-2014 08:39 AM
datin bekah....
dlu kan pernah dikaitkan dgn handbag pelesu ni....
Quote fifie_olin 9-12-2014 08:39 AM
aku pon dh terbyg bekah....

Quote atekome 9-12-2014 08:40 AM
Mmg bekah pun sape lg uols klu terang lg ber spotlight..
Quote chooper 9-12-2014 08:42 AM
bekah ni datin ehh,,
Quote makton 9-12-2014 08:42 AM
juliez posted on 9-12-2014 08:39 AM

ooo.. datin la bekah ni..

ingat kan dia teletubbies je. hahaha
Quote NHolmes 9-12-2014 08:43 AM
Katanya kaya takkanlah beg tiruan? Ke fans bagi dia?
Quote misskitty 9-12-2014 08:44 AM
dia baru g australia kan bawak satu family and dia duduk business class.. n now dia g paree katanya..

Lihat semua komen(245)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 11:34 PM GMT+8 , Processed in 0.055256 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top