CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Najib Dan Rosmah Ke Korea Selatan Demi Perkukuh Hubungan Dua Hala

12-12-2014 10:33 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7534| Komen: 15

Najib mahu Dasar Pandang ke Timur cergaskan kerjasama dengan Korea Selatan


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia sedang berusaha untuk mencergaskan kerjasamanya dengan Korea Selatan melalui gelombang kedua Dasar Pandang ke Timur (LEP 2.0).

Ini berikutan kejayaan Dasar Pandang ke Timur, yang menjadi asas perkongsian kukuh antara kedua-dua negara sejak lebih 30 tahun lepas.
Malaysia memperkenalkan dasar itu pada 1982 untuk mencontohi etika  dan teknik perniagaan dari negara-negara seperti Jepun dan Korea Selatan.

"Saya berharap kita boleh terus memperluas hubungan dan meneroka bidang kerjasama baharu - dari sains dan teknologi hinggalah kepada budaya dan pendidikan serta pertahanan.
"Dengan hala tuju dan keyakinan yang diperbaharui, Malaysia melihat Korea Selatan sebagai rakan kongsi sama dalam usaha pembangunan ekonomi dan sosial lebih besar," katanya ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan Presiden Korea Selatan Park Guen-Hye di Cheong Wa Dae (Rumah Biru Istana Presiden) di Seoul, hari ini.

Isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor turut hadir pada majlis itu. Terdahulu, Najib mengadakan perbincangan dengan Park pada mesyuarat delegasi dua hala di Rumah Biru Istana Presiden. Perdana menteri juga menjemput Presiden Park melawat Kuala Lumpur tahun depan.

Najib berkata hubungan Malaysia dan Korea Selatan sejak sekian lama juga menyaksikan satu perkembangan baharu dalam hubungan dua hala, dengan rakyat dari kedua-dua negara dan sektor korporat kini memainkan peranan lebih penting dalam membantu membawa hubungan Malaysia-Korea Selatan ke tahap baharu.

Beliau turut melahirkan keyakinannya bahawa Malaysia dan Korea Selatan akan terus memajukan kerjasama dan memperluas perkongsian ekonomi kukuh, yang akan diberi tenaga baharu tahun depan ketika Asean bersedia untuk integrasi sosial dan ekonomi lebih besar.
"Sebagai bakal pengerusi Asean ketika waktu genting ini, kami menghargai penglibatan Korea Selatan di Asia Pasifik termasuk dengan Asean dan Sidang Kemuncak Asia Timur.

"Kami menyambut baik komitmen Korea Selatan kepada seni bina serantau yang lebih kukuh, dan sokongan anda kepada Komuniti Asean," kata beliau. Najib dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Korea Selatan sejak Selasa bagi memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote melia_star 10-12-2014 04:31 PM
akak suka jer hubunagn nan erat dgn SK ni...thn2 akan dtg sila buat konsert kpop free ye masa acara Hari Belia.. yer najib....pasti berjuta2 memenuhi lapangan....
Quote jazaa 10-12-2014 04:46 PM
Dah sampai dah???

Cepat nya.....
Quote nolya 10-12-2014 05:27 PM
Alangkah bertuahnya aku kalau dapat ikut rombongan PM n Rosmah ke Korea.  Tapi aku tau, aku  tak akan ada tuahnya.  
Quote estrelle 10-12-2014 05:48 PM
ahkak pink suka lettew berjalan sokmo:lol
Quote -electrifying- 10-12-2014 06:04 PM
mesti dia pegi guna gaji dia kan... aku bangga dapat pemimpin mcm ni.. huhu...
Quote tomatome 10-12-2014 06:06 PM
ahkak pink nak shopping dekat gangnam la tuuu
Quote Modngengade 10-12-2014 06:33 PM
Teringin nk tgk ahkak pink menari oppa gangnam style
Quote sepitsiput 10-12-2014 06:36 PM
Quote saladin780 10-12-2014 06:36 PM
nolya posted on 10-12-2014 05:27 PM
Alangkah bertuahnya aku kalau dapat ikut rombongan PM n Rosmah ke Korea.  Tapi aku tau, aku  tak aka ...

Pecahkan je tabung2 ayam kt rumah tu kak..dah teringin sgt nk g korea kan..hehe
Quote sepitsiput 10-12-2014 06:38 PM
Modngengade posted on 10-12-2014 06:33 PM
Teringin nk tgk ahkak pink menari oppa gangnam style


Quote Modngengade 10-12-2014 06:43 PM
sepitsiput posted on 10-12-2014 06:38 PM

Amboi very the fantas akak siput sedut ni....

Naper semua yg menari saiz sama mcm ahkak pink
Quote nolya 10-12-2014 07:01 PM
saladin780 posted on 10-12-2014 06:36 PM
Pecahkan je tabung2 ayam kt rumah tu kak..dah teringin sgt nk g korea kan..hehe

ke korea tu memanglah teringin sesangat. nak pecahkan tabung? tabungnya pun tak de, ape yg nak dipecahkan.  tak taulah mcmana nak hadapi gst taun depan ni. ke korea hanya di dalam mimpi je le jawabnya.  Syian aku......
Quote sepitsiput 10-12-2014 07:02 PM
Modngengade posted on 10-12-2014 06:43 PM
Amboi very the fantas akak siput sedut ni....

Naper semua yg menari saiz sama mcm ahkak pink

ini masa minggu pertama ... after 6 weeks, diorg akan transform jd mcm ni

[youtube]dtnM-hG2XF4[/youtube]
Quote cemolot 10-12-2014 07:05 PM
mama gangnam style!



are your ready for BN??

Quote adekhairz 12-12-2014 12:11 PM
Contoh suami mithali dekad ini..pergi mana2 mesti bawa isteri tercinta bersama..

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.352177 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top