CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Polis Buru Lima Remaja Berselfie Di Loji Nuklear

12-12-2014 04:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5846| Komen: 16

Polis Buru Lima Remaja Berselfie Di Loji Nuklear



SEORANG remaja merakamkan gambar secara selfie ketika memanjat menara di sebuah loji nuklear di Saint Petersburg, Rusia baru-baru ini.  


SAINT PETERSBURG, Rusia –Sekumpulan lima remaja berdepan risiko dihukum penjara selepas menceroboh kawasan loji nuklear di bandar ini dan mengambil gambar secara selfie di atas sebuah menara di dalam loji berkenaan.

Lima remaja tersebut mengambil kesempatan terhadap satu projek pembinaan di loji terbabit untuk menceroboh sebelum memanjat satu menara setinggi 150 meter.  

Salah seorang remaja itu, Nikita Agapov berkata, mereka memanjat pagar berkawat di loji berkenaan selepas mendapati tiada pengawal yang berkawal di lokasi itu.

“Kami terus berjalan seperti biasa dan memanjat menara berkenaan untuk merakamkan gambar serta video,” katanya.


Kumpulan remaja itu mengambil beberapa gambar selfie di puncak menara berkenaan sebelum memuat naik gambar tersebut di internet.

Sementara itu, seorang pegawai polis berkata, tindakan kumpulan remaja itu sangat bahaya dan mereka boleh dihukum penjara sekiranya ditangkap pihak berkuasa. 


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nourahfey 11-12-2014 12:27 AM
Bangga la tu budak2, ,gilanyer berselfie
Quote AcikLijah 11-12-2014 02:57 AM
hati kering xpe...
Quote ais_kosong 11-12-2014 07:36 AM
boleh selfie dlm penjara la pasnih
Quote chinta89 11-12-2014 07:51 AM
pemes sekelip mata lps ni
Quote ninja boy 11-12-2014 08:42 AM
projek pembinaan ja pun kena penjara jugak ka
Quote kucen_miang 11-12-2014 09:42 AM
nourahfey posted on 11-12-2014 12:27 AM
Bangga la tu budak2, ,gilanyer berselfie

mau tak bangga. anak melayu berselfie tgh menyontot dlm toilet pun dah rasa bangga sangat.
Quote Knowlee 15-12-2014 08:54 AM
harapnya budak-budak tu kena radioaktif.
Quote amyainsamad 15-12-2014 10:31 AM
padan muka...selfie sgt
Quote starbee 16-12-2014 12:49 PM
kadang2 selfie nie tak kene tempat...
Quote mattzzx 16-12-2014 01:19 PM
selfie tak bertempat orang mengumpat.....
Quote animcute 16-12-2014 04:49 PM
bagus bebudak ni..harap kena radioaktif terus mandul
Quote anees~nuhara 19-12-2014 05:33 PM
nnt bole selfie dlm penjara pulak
Quote haniryan 19-12-2014 10:03 PM
jangan lepas ni ada mutasi sudah
Quote ajuDK 19-12-2014 11:00 PM
Crazy kids
Quote kotaro2 23-12-2014 01:42 AM
Zaman skrg ....org berlumba lumba nak selfie di tempat2 pelik
Quote anne112 7-1-2015 12:18 PM
loji nuclear pun dia org nak selfie.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-10-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.062663 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top