CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan MENARIK Lihat artikel

MEMORI~Permainan Dulu Yang Generasi Kini Tidak Akan Jumpa

15-12-2014 10:03 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 8629| Komen: 0

Nostalgia!! 7 Permainan Dulu-Dulu Yang Budak Zaman Sekarang Tak Akan Jumpa

Permainan budak-budak berubah mengikut peredaran masa. lebih maju atau canggih gadget lebih canggihlah permainan budak-budak dan jangan tak sangka pada masa depan kanak-kanak bermain tidak lagi mengeluarkan peluh.. Ini kerana mungkin masa itu, kanak-kanak akan lebih terperuk dirumah untuk bermain game, tablet dan lain-lain..


Namun jika kita tengok 7 permainan dibawah ini, ianya mungkin akan mengamit memori kita semasa zaman kanak-kanak dulu. Rasanya tentu sekarang susah hendak jumpa permainan ini dan mungkin tidak lagi nampak kanak-kanak bermain permainan ini..







1. Payung Terjun - Cara permainan dengan melambungkan payung terjun dari tempat tinggi. Admin dulu duduk flat 10 tingkat.. So admin lepaskan dari tingkat 10 sampai ke bawah. Bila xpuas hati dengan payung terjun segera tu admin dengan kawan-kawan buat sendiri payung terjun menggnakan plastik sampah..






2. Set Ketenteraan Plastik - Selalunya ia datang dengan kenderaan askar. Yang ni admin main sebelum admin sekolah dengan jiran sebelah rumah.






3. Western Bar - Permainan ala-ala gameboy atau PSP pada masa sekarang. Permainan tembak-tembak koboi.






4. Parachute - Game ni lebih kurang sama macam Western Bar. Kita kena kawal payung terjun tu landing dkt tempat yang betul.






5. Gasing - Permainan gasing. Mula-mula main, masing-masing lemparkan gasing. siapa yang angkat dulu akan pangkah gasing kawan-kawan yang diletakkan dalam satu bulatan.. Bila kreatif skit tukar paku gasing pakai paku simen.. Berapi dibuatnya. Sampai berlubang-lubang lantai depan rumah admin dibuatnya.






6. Guli - Rasanya dulu ramai yang main guli ni.. Menang dapat ambil guli kawan. Pastu simpan dalam satu balang banyak-banyak buat koleksi.. Siapa paling banyak koleksi tu kira yang paling hebatlah..






7. Penutup Botol - Admin tak ingat dah apa dorang namakan permainan ni.. Yang admin ingat dulu pergi cari penutup botol dekat kedai Apek. Dapat 5 penutup botol bawa pergi sekolah. Bila cikgu tak ada main dengan kawan-kawan..





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.040874 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top