CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fikir Dulu Sebelum Keluarkan Dividen, Bonus Asb Hujung Tahun

15-12-2014 11:07 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 34980| Komen: 121

Fikir Dulu Sebelum Keluarkan Dividen, Bonus Asb Hujung Tahun


Menjelang hujung tahun ini ramai ibu bapa gusar. Masakan tidak, sesi persekolahan hampir tiba. Mana hendak beli buku, pakaian, kelengkapan dan pelbagai yuran. Ini belum masuk lagi bayaran tambang sekolah agama, tuisyen dan bas sekolah.

Dalam keadaan mendesak seperti ini, gaji atau bonus yang tidak seberapa memang tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan, apatah lagi kalau memiliki anak ramai. Masa inilah segala buku akaun yang ada menjadi penyelamat.

Bagi kebanyakan pencarum Amanah Saham Bumiputera (ASB), bulan Disember memang dinanti-nantikan kerana pengumuman dividen dan bonus bakal diumumkan.

Berdasarkan kalender tahun-tahun lalu, besar kemungkinan pengumuman agihan itu akan diumumkan pada minggu depan. Berbalik kepada permasalahan perbelanjaan tadi, pada kebiasaannya kaunter Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) atau institusi perbankan yang menjadi agen penuh ASNB penuh pada awal Januari.

Para pencarum bukan sekadar mengemas kini buku ASB masing-masing, sebaliknya ramai juga mengeluarkan pelaburan masing-masing selepas mendapat dividen dan bonus.

Dividen dan bonus itulah yang akan digunakan bagi menampung lebihan kos keperluan awal tahun.

Sebenarnya amalan mengeluarkan wang pelaburan setiap kali mendapat dividen setiap tahun adalah salah kerana secara prinsipnya pelaburan adalah untuk jangka panjang.

Strategi pelaburan jangka panjang amat penting kerana kiraan dividen berdasarkan jumlah baki terendah, justeru sekiranya wang tidak dikeluarkan, pelabur berpeluang memperoleh pulangan lebih tinggi daripada pelaburan mereka.

Pelaburan ASB berbeza berbanding deposit tetap atau akaun simpanan bank, meskipun boleh dikeluarkan pada bila-bila masa namun jumlah pulangan yang diberikan adalah jauh lebih rendah iaitu antara 1.0 peratus hingga 2.0 peratus sahaja.

Deposit tetap merupakan instrumen pelaburan yang biasanya ditawarkan oleh bank bagi membolehkan pelabur menyimpan wang dalam tempoh tertentu bagi mendapatkan pulangan.

Deposit tetap ketika ini memberi pulangan tahunan antara tiga  hingga empat peratus untuk tempoh simpanan pilihan, antaranya tiga atau enam bulan dan setahun. Bagi kebanyakan produk, pelabur perlu membuat deposit minimum kira-kira RM1,000.

Namun risikonya lebih besar kerana pelabur kemungkinan kehilangan semua atau separuh daripada pulangan yang dijanjikan sekiranya mengeluarkan simpanan sebelum tempoh matang.

Oleh sebab itu, ASNB, pengurus dana ASB menggalakkan para pencarum mengekalkan pelaburan yang ada dan melaburkan semula dividen yang diterima kerana pulangan jangka panjang lebih baik.

Sebagai contoh, katakan pada awal tahun 2013, anda melabur sebanyak RM1,000 dan menerima dividen dan bonus sebanyak 7.1 sen dan 1 sen. Pada akhir tahun kewangan ASB pada tahun itu jumlah pelaburan sudah berjumlah RM71.

Dengan dividen dan bonus yang bakal diperoleh bagi tahun kewangan 2014, jumlah pelaburan sedia ada bertambah lagi.

Itu baru contoh pelaburan sebanyak RM1,000. Bayangkan kalau ada pelabur yang melabur lebih daripada itu dan tidak pernah langsung mengambil agihan dividen dan bonus sepanjang pelaburan mereka. Sudah tentu hasil pelaburan lebih lumayan.

Jadi, pelabur Bumiputera perlu berusaha untuk cuba kekalkan pelaburan sedia ada untuk tempoh 10 tahun atau 20 tahun, setidak-tidaknya sehingga persaraan.

Setakat ini agihan dividen ASB melebihi kadar inflasi - sudah tentu jumlah pelaburan yang tersimpan sangat lumayan yang pastinya boleh digunakan sepanjang meniti usia persaraan.

Andai tidak mampu membuat simpanan pada jumlah yang besar, buatlah simpanan setiap bulan, walaupun pulangannya mungkin kecil untuk tahun pertama, tetapi ia berpotensi untuk memberi pulangan lebih tinggi berbanding deposit tetap atau simpanan biasa.

Kepada para pencarum yang masih berkira-kira untuk mengeluarkan wang pelaburan ASB yang ada fikir-fikirkanlah.

10

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slavehunter 14-12-2014 11:46 PM
Baru terpikir nak beli gold...
Quote Anak_Nogori 14-12-2014 11:52 PM
Yg muda2 elok lah simpan dividen ASB tu..biar dia beranak pinak utk bekal tua..mcm saya dah tua..nak pakai amik je.
Quote Modngengade 15-12-2014 12:09 AM
ASB adalah pelaburan yg paling selamat
Quote muo1202 15-12-2014 12:18 AM
setuju....
Quote eiman 15-12-2014 12:39 AM
melabur tak merasa untung atau dividen, last-2 mati tak sempat mengecapi nikmat dunia.
Quote Orange1 15-12-2014 01:18 AM
Modngengade posted on 15-12-2014 12:09 AM
ASB adalah pelaburan yg paling selamat

Main bursa saham le hakak baru thrilll!
Quote CrowneGlory 15-12-2014 01:43 AM
Prinsip2 jugak... Dah kalau penyimpan dh sengkek .. Jangka panjang ke jangka pendek tolak tepi.. At least x makan ibu
Quote noraidil_06 15-12-2014 02:00 AM
CrowneGlory posted on 15-12-2014 01:43 AM
Prinsip2 jugak... Dah kalau penyimpan dh sengkek .. Jangka panjang ke jangka pendek tolak tepi.. At  ...

Kan. Pandai dia la.dia simpan utk guna kmdn hari.kmdn hari dia, ujung tahun ni, so dia guna la.derr
Quote Acong 15-12-2014 02:42 AM
Anak_Nogori posted on 14-12-2014 11:52 PM
Yg muda2 elok lah simpan dividen ASB tu..biar dia beranak pinak utk bekal tua..mcm saya dah tua..nak ...

nanti tak sempat joli dah mampus
Quote Suchi 15-12-2014 05:37 AM
CrowneGlory posted on 15-12-2014 01:43 AM
Prinsip2 jugak... Dah kalau penyimpan dh sengkek .. Jangka panjang ke jangka pendek tolak tepi.. At  ...

tulah, kdg2 ada yg sampai rasa malu nk kuarkn duit asb kat bank, walhal duit sendiri. abis kalo dah terdesak nk wat cemana kan.
percayalah bila ade org kata dia xde duit nk wat itu ini maknanya, bkn takat cash kat tangan atau baki kat bank je tade malah trmasuk lah juga asb pun tade.
Quote noor2 15-12-2014 06:12 AM
Jangan la ikat perut demi nak menyimpan. ...
Quote mongoose_kidz 15-12-2014 06:43 AM
Suchi posted on 15-12-2014 05:37 AM
tulah, kdg2 ada yg sampai rasa malu nk kuarkn duit asb kat bank, walhal duit sendiri. abis kalo da ...

aku antara yg rase malu nk kuar duit asb..kadang2 baru masuk je duit tp sminggu dua lepas tu da berbaris nk g kuar duit..
kdang2 smpai ckp ngan kerani pos tu malu ler asyik kuar duit..
tp akak tu kata duit sndiri..ape salahnye...
haha..sedap skit hati dgr
Quote tumpanglalu74 15-12-2014 07:20 AM
Sikit sikit lama lama jadi bukit. Kalu nak cepat kaya masuk skim pyramid atau MLM
Quote tempur 15-12-2014 07:30 AM
Orange1 posted on 15-12-2014 01:18 AM
Main bursa saham le hakak baru thrilll!

ramai yg bangkrup main saham....org tak nak cabaran org nak jalan selamat...
Quote mrsLucky 15-12-2014 07:32 AM
I asyik masuk..keluar masuk...
i punya cita2 simpan sampai maximum...
Bila dah tua ambil bulan2 cukup untuk makan jer...
tak yah susahkan anak2...
Quote alieyrina 15-12-2014 07:33 AM
Nk tnya, depa kira divid. Tu masa bila..ritu dah amik byk gak nk buat deposit beli umah..tp sampai la ni blum sampai nk guna lg..ruginyaa p wifdraw awai2  
Quote pooh~key 15-12-2014 07:35 AM
alieyrina posted on 15-12-2014 07:33 AM
Nk tnya, depa kira divid. Tu masa bila..ritu dah amik byk gak nk buat deposit beli umah..tp sampai l ...

Time dia announce akaun dibekukan.
Quote yusryimran 15-12-2014 07:36 AM
aku x mampu nak simpan bebanyak 100 MYR sebulan mesti tolak masuk ASB nii...
Quote yusrin 15-12-2014 07:43 AM
tu la disiplin penting dlm mneyimpan ni
biar sikit tapi konsisten
simpan banyak tapi asik kluo masuk...
rugi sebenarnya

Lihat semua komen(121)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 12:17 PM GMT+8 , Processed in 0.062550 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top