CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Gosip Lihat artikel

Saya Siap Jemput Jais Minum – Putri Mardiana

16-12-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 80346| Komen: 480

Saya Siap Jemput JAIS Minum – Putri Mardiana

Bagus sungguh Putri Mardiana ini. Adab melayan tetamu memang terbaik. Pasti hilang dahaga di tekak pihak JAIS yang menangkap dirinya berkhalwat dengan Shahrizam Abdullah yang dikenali sebagai Ejump. 

Menarik juga Abang Nara membaca kisah tangkapan yang diceritakan dari sudut Putri Mardiana ini. Ada 2 perkara penting yang ingin disampaikan olehnya iaitu tangkapan ini dirancang oleh bekas teman lelakinya dan kedua sekadar masuk ke rumah untuk minum air selepas menghantar dirinya pulang.


Putri Mardiana turut memaklumkan yang dirinya memang sudah merancang untuk berkahwin dengan Ejump yang merupakan suami orang. Untuk makluman, Putri Mardiana sering menemani Ejump menghadiri prosiding kes penceraiannya. Hari ini, kes tersebut telah selesai dan Ejump sudah melafazkan cerai terhadap isterinya. Susulan itu, Putri Mardiana dan Ejump merancang untuk berkahwin tahun hadapan.



Ikuti penjelasan panjang lebar mengenai kes tangkap khalwatnya di bawah:-

Saya ke mahkamah hari ini tadi, kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu. Sebenarnya, kami memang sudah merancang mahu bernikah. Kalau tiada aral, majlis pernikahan kami akan berlangsung selepas raya tahun depan.

Apa yang semua sudah tahu, saya tidak perlulah menidakkan kerana orang tetap akan memberi tanggapan negatif terhadap saya. Namun, saya tahu dan kenal dengan pihak yang merancang perkara ini (ditangkap khalwat). 

Saya sebenarnya di ‘prank’ bekas teman lelaki saya dan juga mendapat tahu perancangan ini melibatkan bekas isteri Ejump. Mereka bersepakat untuk kenakan saya dan bekas teman lelaki saya minta nombor rumah saya daripada tuan rumah. Dia juga yang membuat aduan kepada pihak JAIS sehingga serbuan dibuat.

Kemudian JAIS datang (selepas Ejump masuk untuk minum air) dan saya suruh teman lelaki membuka pintu. Kami tak lari kerana buat apa kami nak takut, sedangkan ketika itu kami tidak buat apa-apa. Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap. Saya siap jemput JAIS minum dan mereka jadi serba salah.

Sebenarnya bekas teman lelaki saya itu adalah kawan baik kepada Ejump. Sewaktu saya bersama dengan bekas kekasih saya itu, Ejump tahu banyak tentang kami. Malah Ejump tahu yang dia pernah pukul saya. Sehinggalah kami putus dan saya semakin rapat dengan Ejump sebab dia banyak memberi semangat pada saya.

Keluarga sudah tahu hubungan kami tetapi buat masa ini kami tak berhasrat percepatkan pernikahan sebab kami bukan mahu kahwin kerana perkara itu (ditangkap khalwat). Saya terima dan terpaksa hadap semua ini. Saya tahu memang ada pihak yang tidak boleh tengok saya bahagia dan ada saja yang dengki.

Tak mengapalah, hari ini mungkin hari saya. Terima kasih pada pihak yang telah buat saya popular. Kalau ini cara dapat puaskan hati dia, kami dah puaskan hati dia. Apa yang penting sekarang ini, anak-anak saya selamat.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 15-12-2014 10:12 PM
poyonya statemnt.. jais serba salah. sah2 jantan masuk rmh pompuan kot. klu aku jadi jais nk serba salah aapanya..
Quote senahsanasini 15-12-2014 10:13 PM
berani kerana benar kekdahnyaa
Quote sepitsiput 15-12-2014 10:15 PM
lazim posted on 15-12-2014 10:12 PM
poyonya statemnt.. jais serba salah. sah2 jantan masuk rmh pompuan kot. klu aku jadi jais nk serba s ...


Quote caprut 15-12-2014 10:21 PM
aku pon ley percaya je cter die ni. xde nye jiran kdg2 nk amek port ko bwak msok jantan. msti bekas bini die. itu jela aku cya. klo die ckp x pnh maen aku x caya la
Quote awanearisu 15-12-2014 10:23 PM
mengikut jejak hanez suraya tapi berjaya nampaknya mengelak dari hencapan secara besar-besaran.
Quote cahaya_almas 15-12-2014 10:28 PM
kdg2 org yg terlalu byk cakap ni ssh tuk dipercayai...sepatutnya diam jer.....
Quote enchikfitz 15-12-2014 10:31 PM
Sudahlah mencaras laki orang, tak rasa bersalah pulak bersekedudukan. Statement konar baring konon2 orang nak prank.
Quote mommymonster82 15-12-2014 10:31 PM
Hmm... Rsnya klu kes gini elok diam jer kot.. Hmm ntahla...

Per2 pon kalu masuk minum air sempat pulak jais sampai...
Quote lazim 15-12-2014 10:37 PM
kalau tgk kat fb aku rata2 geng x pedulik pon dia berkhalwat. xlawa katanya
Quote aderaderker 15-12-2014 10:47 PM

Quote alinone78 15-12-2014 10:51 PM
Alahhh
minum air xde pula dalam list bakal komen
Quote alinone78 15-12-2014 10:53 PM
Eh minum air 330am?
Ko p mahkamah syariah negara mana ni?

Terkejut la bekas isteri skandal ni
baru cerai dah kena tangkap basah
Quote rosevelvet 15-12-2014 10:58 PM
Dah ko duk serumah dgn mamat tu. Lain la kalu mamat tu stkt phantar pizza ke rumah ko n lepas ko bukak pintu nk amik pizza n ko mintak tlg dia betulkan lampu umah ko tetiba jais dtg serbu. Logik la kalu cenggitu ko kena prank
Quote mixed 15-12-2014 11:13 PM
Kellas ko jah sundellbolong mencaras siap teman jantan
pg mahkamah utk bercerai

Gitu la pangai pencaras tahap meter gatal berair mmg gini

Saya ke mahkamah hari ini tadi, kerana kes perceraian teman lelaki saya. Hari ini kami mengambil surat cerai Ejump dan syukur kes itu sudah selesai. Teman lelaki saya bukan lagi suami orang sebenarnya dan selama ini saya sering menemaninya ke mahkamah menjalani prosiding perceraiannya itu.

Quote asampodeh 15-12-2014 11:13 PM
Kami pun masih dalam keadaan berbaju lengkap.

masih...????


kalu JAIS tk serbu dh tntu dh tk berbaju la kot....????
Quote qqOfficial 15-12-2014 11:16 PM
Bitchhhh giler putri mardiana ni ....meluat plak baca alasannya ...
Quote KelisaOren 15-12-2014 11:23 PM
Dah sah2 berdua2an je dlm rumah tu tak kira la minum air ke makan maggi ke...ni mesti dah biasa buat...statement takde rasa bersalah langsung
Quote alieyrina 15-12-2014 11:29 PM
Bimbonya alasan  coverina  
Quote asampodeh 15-12-2014 11:36 PM
alieyrina posted on 15-12-2014 11:29 PM
Bimbonya alasan  coverina

tak bole blah alasan paling vangang tahun 2014..

Lihat semua komen(480)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 11:57 AM GMT+8 , Processed in 0.277154 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top