CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bingung Isteri Kerap Larikan Diri!

16-12-2014 06:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5528| Komen: 41

Bingung Isteri Kerap Larikan Diri!

 
Ismail menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kehilangan isterinya pada November lalu.


 
Gambar isteri Ismail yang kerap hilang bersama anaknya, sejak akhir- akhir ini. 


BACHOK - Seorang suami bingung dengan kejadian isterinya yang kerap menghilangkan diri bersama anak tunggal mereka sejak tahun ini.

Ismail Awang Hamat, 36, mendakwa isterinya, Mis Karaked @ Nor Fadilah Osman, 28, yang juga warganegara Thailand, menghilangkan diri ketika menemani dirinya menghadiri temu janji di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII), pada 6 November lalu.

Menurutnya, ketika itu isterinya dikatakan membawa anak mereka, Muhammad Zulkarnain, 3, bersama untuk keluar membeli minuman di kedai berdekatan hospital tersebut.

“Ketika itu dia hilang tanpa bawa pasport. Dia hanya bawa beg yang ada barangan anak kami sahaja.

"Ini bukan kali pertama dia hilang tetapi sebelum ini kalau dia hilang pun, setakat balik ke rumah ibu mentua saya di Pasir Pekan, Tumpat sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.

Ismail berkata, beberapa hari selepas hilang bulan lalu, ada individu menghubungi ibu mentuanya memberitahu beg isterinya dijumpai di Terengganu.

"Saya telah membuat laporan di Balai Polis Gunong pada 15 November lalu dan dua hari selepas itu,  isteri pulang ke rumah semula sebelum hilang semula 2 Disember lalu dengan membawa bersama pakaian, pasport serta MyKid anak.

"Kali ini katanya dia nak ke selatan Thailand untuk bekerja tetapi saya tidak rasa begitu. Dia lari tengah hari Selasa lalu ketika saya sedang tidur," katanya.

Menurutnya, walau apa pun berlaku, dia tidak akan sesekali menceraikan isterinya, sebaliknya dia mahu wanita itu kembali semula ke pangkuannya.

Sehubungan itu, Ismail berharap orang ramai yang mengetahui lokasi isterinya menghubunginya melalui talian 01125436337.

4

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
4

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (31 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rospinki 16-12-2014 10:09 AM
balik la wey..ee...ee...eee..abe mu dok cari mu gi mano wei eeyy..eeiy....eeeyy...
Quote idril 16-12-2014 10:29 AM
depression ker? giler meroyan? kesian kat baby tu..... moga Allah lindungi baby tersebut....

aku tak leh la, kalau bende2 berkait ngan keselamatan baby nih
Quote ResellerMaxis 16-12-2014 10:29 AM
STONER posted on 16-12-2014 10:09 AM
bini dia kahwin bunian kot dik

laki dia pun giler..siap ada appointment dengan pakar..macam mana bini dia nak sanggup
Quote cekelatkopi 16-12-2014 10:31 AM
laki dia problem mental ni..
Quote jazaa 16-12-2014 10:33 AM
Cer check kat restoran tomyam....
Quote Suchi 16-12-2014 10:35 AM
rasa macam bingung baca berita nih..
Quote zulka 16-12-2014 10:37 AM
muka lakipun ganas semacam
Quote Simunggu 16-12-2014 10:47 AM
hehehehe...bini mcm tu pun nak dicari lagi...apa punya buduh..
Quote alekxander 16-12-2014 10:51 AM
zulka posted on 16-12-2014 10:37 AM
muka lakipun ganas semacam

tapi dlm hati ada taman bang



Quote cikmi 16-12-2014 10:55 AM
apa motif laki dia jumpa ngan dr mental tu? ntah2 bini dia sibuk gi cari keje, laki dia tak keje sbb ada sakit? kena cek gak laki tu..mesti ada sbb bini dia tinggalkan dia
Quote tagas 16-12-2014 11:15 AM
Muke stok nak kena pijak dgn boot timberland..mmg layak la bini larik..
Quote Risma 16-12-2014 11:30 AM
Elok lah ko lari dik....entah2 hari2 makan sepak terajang.....lelaki gila nih mana dia tahu salah betul....entah2 ko di sembelihnye nanti
Quote cik_tonggek 16-12-2014 11:30 AM
masa nak kawin dulu sheols taktau ke laki sheols ader appointment dgn wad gile?
Quote cmf_almondpecan 16-12-2014 12:08 PM
ResellerMaxis posted on 16-12-2014 10:29 AM
laki dia pun giler..siap ada appointment dengan pakar..macam mana bini dia nak sanggup

Ada appointment dgn pakar psikiatri tak semestinya gila. Ramai yg hadir sebab mungkin rasa murung dsb. Kalau di negara maju, org yg stress bekerja atau belajar pun buat appointment dgn pakar psikiatri utk rawatan menghilangkan stress. Kesihatan mental dan kesihatan fizikal berjalan seiring. Kalau sakit fizikal ada penyakit yg tak serius mcm selsema, batuk dsb, dan ada penyakit berat macam kanser misalnya. Sakit mental yg ringan spt stress dan sakit yg berat mungkin schizophrenia yg melibatkan kelakuan ganas.

Quote ResellerMaxis 16-12-2014 12:15 PM
cmf_almondpecan posted on 16-12-2014 12:08 PM
Ada appointment dgn pakar psikiatri tak semestinya gila. Ramai yg hadir sebab mungkin rasa murung  ...

jangan samakan negara maju dengan negara mundur macam malaysia..dah lah duk tumpat..tapi mungkin juga stress..sebab penduduk sini biasanya kerja penyeludup barang subsidi ke thailand dan menyeludup beras siam ke semenanjung..so sejak pok jib duk hapuskan subsidi..mungkin pendapatan mereka dah berkurang..tu jumpa doktor mental..


Quote cmf_almondpecan 16-12-2014 12:56 PM
ResellerMaxis posted on 16-12-2014 12:15 PM
jangan samakan negara maju dengan negara mundur macam malaysia..dah lah duk tumpat..tapi mungkin j ...

Ye lah. Hehe. Terima kasih.
Quote setokinpurple 16-12-2014 01:04 PM
Byk betul kes org lari.. Polis pon xtau nk cari mana satu dulu
Quote Innrukia 16-12-2014 01:09 PM
ResellerMaxis posted on 16-12-2014 12:15 PM
jangan samakan negara maju dengan negara mundur macam malaysia..dah lah duk tumpat..tapi mungkin j ...

So layakla org2 yg dr tempat terpencil dikutuk & hina?
walhal bagus dia pi dapatkan rawatan....
Quote tomatome 16-12-2014 01:20 PM
pelik2 je masalah rumahtangga.. macam ni pun ada kan

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.344563 second(s), 49 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top