CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Khalwat: Putri Mardiana Anggap Selesai, Jais Pula Akan Siasat

17-12-2014 09:59 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4340| Komen: 5

Khalwat: Putri Mardiana Anggap Selesai, Jais Pula Akan Siasat


PETALING JAYA: Pelakon filem Ngangkung, Putri Mardiana Zainal Abidin menjelaskan isu dia dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shahrizam Abdullah dicekup oleh sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada Ahad lalu telah pun selesai.

Putri atau lebih mesra dengan sapaan Nina, 33, memaklumkan kes berkenaan tidak akan dibawa ke mahkamah syariah atas sebab-sebab tidak dijelaskan selain mendakwa mereka tidak bersalah.

"Semuanya telah pun selesai kerana semasa kejadian di rumah, tiada apa-apa yang berlaku di antara kami.

"Kes berkenaan juga tidak akan dibawa ke Jais atau pun mahkamah," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Selasa.

Akhbar melaporkan, Nina yang juga seorang ibu tunggal kepada tiga cahaya mata diserbu oleh Jais kira-kira pukul 3.23 pagi Ahad lalu di sebuah kondominium dekat Ukay Perdana, Ampang dalam satu siri serbuan Bahagian Penguatkuasaan Jais berdasarkan maklumat orang awam.



Nina tidak mahu mengendahkan kata-kata negatif dilemparkan kepadanya. 
Pelakon itu mendakwa serbuan tersebut sengaja dirancang oleh bekas teman lelakinya dan bekas isteri Shahrizam dengan tujuan untuk memalukannya.

Dalam pada itu, Nina berkata, biarpun berasa terainaya ekoran kejadian itu namun dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan maruahnya.

"Saya tidak akan panjangkan perkara itu kerana rasanya meraka sudah berpuas hati dapat memalukan saya seperti itu.

"Tiada gunanya hendak membalas dendam kerana apabila mereka letih nanti mereka akan diam sendiri," ujarnya.

Sementara itu, mengulas mengenai pandangan negatif diterimanya ekoran kejadian berkenaan Nina berkata, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu dan meneruskan kehidupannya seperti biasa.

"Biasalah mulut orang dan saya tidak mampu melakukan apa-apa untuk menghentikan daripada mereka terus bercakap perkara buruk tentang saya.

"Paling penting saya dan keluarga tahu tentang apa yang sebenarnya berlaku dan ia sudah memadai," ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan sumber Jais yang dihubungi mStar Online berkata, aktres itu hanya dibebaskan dengan jaminan dan perlu hadir ke Jais untuk siasatan sebelum kes berkenaan dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan.

"Bersalah atau tidak itu mahkamah yang akan tentukan malah dia sebenarnya diarahkan untuk hadir ke Jais pada hari Rabu (hari ini) untuk siasatan lanjut," kata sumber tersebut.

Forum : http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=846416&extra=page%3D1&page=9
1

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
5

Sedih
3

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mohdkasyfi 23-12-2014 06:25 PM
Final CALL !!! Pendapatan Secara P. Time. Anda Pilih Bekerja Pada Sabtu @ Ahad. Income RM10k - RM25k. Call 012-9183971 untuk RSVP. (Terhad Kepada 100 Terawal di KL/Lembah Klang Sahaja)

Mohd Kasyfi Ahmad Fauzi
(Agen Berdaftar Sah GS Realty Sdn Bhd)
E11307

Sertai kami sebagai Agen Hartanah GS Realty tanpa perlu Quit your Mon-Friday Job.
# Masa Kerja Yang Fleksibel (Jumpa Client di Show Galeri pada hari Sabtu @ Ahad)
# Komisen yang tinggi diberikan sehingga 80%++ dan 18% bagi Group Overi ...
Quote devilito2 22-12-2014 02:33 PM
dia kasi air dah kat JAIS.... settle la kiranya tu... :P
Quote Shahreen74 19-12-2014 05:18 PM
apa la buat kul 3 pagi kt umah org... mendtgkn fitnah jer klu ko x buat apa2 pun... time tu kan tgh tido nyenyak aku nih... x kose nak layan org kul 3pg klu xde bende yg urgent...
Quote -electrifying- 18-12-2014 02:33 PM
mana satu betul ni? haha..
Quote berrygurl 17-12-2014 09:37 PM
Vongoks.. Keterangan JAIS lain plak

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.023170 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top