Jepun Chai Ditembak Kejadian itu menyebabkan mangsa dikenali sebagai Jepun Chai, 42, cedera di kepala, dahi dan telinga selain mengalami pendarahan dalam otak selepas terkena satu daripada tujuh das tembakan yang dilepaskan suspek. Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian terbabit pada jam 4.24 pagi. “Sepasukan polis bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa cedera di telinga kiri dan dahi selain terdapat benjolan di belakang kepala. “Mangsa segera dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar, untuk rawatan lanjut dan pemeriksaan turut mengesan dia mengalami pendarahan dalam otak,” katanya ketika dihubungi, semalam. Menurutnya, hasil pemeriksaan di tempat kejadian menemui tujuh kesan tembakan di pintu masuk premis berkenaan. Katanya, siasatan awal mendapati mangsa mempunyai rekod jenayah lampau dan kejadian itu dipercayai berlaku kerana pertelingkahan antara dua kumpulan tertentu. “Bertindak atas siasatan dan maklumat, polis menahan empat lelaki berusia antara 20 dan 35 tahun di Seremban dan Port Dickson, , dua jam kemudian. “Semua suspek yang berasal dari Cheras, Kuala Lumpur dan Sungai Buloh, Selangor serta Seremban itu ditahan antara jam 6 hingga 8 pagi tadi (semalam),” katanya. Muhamad Zaki berkata, hasil ujian air kencing mendapati keempat-empat suspek terbabit positif dadah dan mereka ditahan reman sehingga 28 Disember ini. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.
|
4
Bagus |
2
Marah |
9
Terkejut |
2
Sedih |
4
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
GhostWalking posted on 17-12-2014 09:25 AM
mmmuahh balik .agak merembes apek tattoo tuh.dah la pandai buat kerja rumah.memang boleh ...
ADVERTISEMENT