Muhyiddin: Jangan risau, saya uruskan banjir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang ramai agar mempercayai beliau untuk menguruskan krisis banjir ketika perdana menteri bercuti di luar negara. Beliau berkata demikian sewaktu ditanya tentang tentang penyebaran gambar Najib bercuti di Hawaii dan dilihat bermain golf bersama Presiden US, Barack Obama. "PM sudah bekerja keras. Berlaku adillah pada beliau. Beliau juga manusia. "Saya bertanggungjawab, jangan risau. Percayalah pada saya," kata Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara. Beliau berkata demikian dalam sidang media di gereja Full Gospel Tabernacle di Subang Jaya hari ini selepas menyampaikan perutusan Hari Krismas sebelumnya. Sehingga kini, sekurang-kurangnya 90,250 orang terpaksa dipindahkan akibat banjir di Kelantan, Pahang, Terengganu, Perak dan Perlis - jumlah terbanyak dalam sejarah negara. Muhyiddin juga berkata "tidak perlu" untuk Najib pulang cepat kerana krisis banjir itu. "Jika saya tidak boleh lakukan tugas itu, barulah saya akan panggil beliau balik," katanya. Sementara itu, Muhyiddin juga berkata tidak ada keperluan untuk mengisytiharkan darurat ekoran banjir besar tersebut. Katanya, terdapat kriteria yang berbeza sebelum mengisytiharkan darurat, contohnya, bekalan elektrik dan air putus sepenuhnya. Beliau berkata mangsa banjir tidak peduli sama ada darurat diisytiharkan. "Mereka hanya mahu diselamatkan, dan kami akan memberi tumpuan kepada usaha itu," katanya.
|
13
Bagus |
9
Marah |
8
Terkejut |
3
Sedih |
4
Lawak |
5
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Lina66 posted on 26-12-2014 07:36 AM
Whattt????
dpsa posted on 26-12-2014 07:40 AM
Purcayelah pada saya...
bluehedgehog posted on 26-12-2014 08:06 AM
klau di negeri bukan umno...berpuluh2 thread akan dibuka si anak nogori tua...
bluehedgehog posted on 26-12-2014 08:06 AM
klau di negeri bukan umno...berpuluh2 thread akan dibuka si anak nogori tua...
ADVERTISEMENT