CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tudung Ala Brokoli Jadi Pilihan "Datuk" Palsu

29-12-2014 04:03 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5096| Komen: 11

Description: Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Muhamad Juhari Haron yang mengendalikan kes, menawarkan jaminan RM60,000, tetapi peguam Farid Aziz yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan.
Tudung Ala Brokoli Jadi Pilihan "Datuk" Palsu


Melaka:  Seorang lelaki yang menyamar menggunakan gelaran Datuk memperdaya lapan mangsa di negeri ini sehingga kerugian lebih RM350,000 sejak tujuh tahun lalu, dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Tertuduh V Vickness, 31, dari Taman Bukit Beruang, di sini, bagaimanapun, mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Mohd Firdaus Saleh terhadap 12 pertuduhan menipu tiga orang membabitkan nilai RM62,500.


Mengikut pertuduhan pertama sehingga keempat, dia didakwa memperdaya Datuk Dr A Senasi, 67, membabitkan pembelian empat kereta mewah yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang RM43,000 ke dalam akaun tertuduh.

Kesalahan itu dilakukan di Maybank Cawangan Melaka Raya, Maybank Cawangan Jalan Hang Tuah dan Maybank Cawangan Bukit Cina antara 25 Jun hingga 17 Julai 2014.

Bagi pertuduhan kelima hingga kesembilan, dia didakwa memperdaya Ricky Chang Siang Sin, 28, membabitkan pembelian 20 unit komputer riba dan dua kereta yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM9,500 kepadanya di depan CIMB Bank Cawangan Bukit Baru, Maybank Cawangan Ayer Keroh, Public Bank Cawangan Ayer Keroh dan Medan Selera Bukit Beruang antara 13 Januari hingga 28 Januari 2007.


Bagi pertuduhan ke-10 hingga 12, dia didakwa memperdaya Twinny Wooi Chuan Peng, 61, membabitkan pembelian Mercedes-Benz E250 yang tidak wujud sehingga mendorong mangsa memasukkan wang RM10,000 ke  akaun tertuduh di CIMB Bank Cawangan Ayer Keroh masing-masing pada 30 dan 31 Julai 2014.

Bagi semua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan denda jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Asisten Superintendan Muhamad Juhari Haron yang mengendalikan kes, menawarkan jaminan RM60,000,  tetapi peguam Farid Aziz yang mewakili tertuduh memohon jumlah itu dikurangkan.

Mohd Firdaus kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Januari sebagai tarikh serahan dokumen bagi pertuduhan pertama hingga kesembilan dan 2 Februari untuk pertuduhan ke-10 hingga ke 12.

TERTUDUH menutup muka ketika diiringi keluar anggota polis di pekarangan mahkamah.
21

Bagus
21

Marah
17

Terkejut
10

Sedih
14

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 29-12-2014 08:27 AM
Lepas ni peridah akan mendapat ilham buat tudung ala2 brokoli dan kobis
Quote MissNigga 29-12-2014 08:28 AM
... mujur tak kover muka ngan spender renoma
Quote GhostWalking 29-12-2014 08:29 AM
MissNigga replied at 29-12-2014 12:28 AM
... mujur tak kover muka ngan spender renoma

spender abis stock letewww
Quote MissNigga 29-12-2014 08:32 AM

ker heols sundirik pun tak sanggup nak serkup muka tu ngan spender sunduirik ... bau masham semacham jer
Quote GhostWalking 29-12-2014 08:35 AM
MissNigga replied at 29-12-2014 12:32 AM
ker heols sundirik pun tak sanggup nak serkup muka tu ngan spender sunduirik ... bau masham semach ...

atau fefeeling ratu brokoli giteww
Quote MissNigga 29-12-2014 08:39 AM
GhostWalking replied at 29-12-2014 08:35 AM
atau fefeeling ratu brokoli giteww

iols suka makan brokoli ... tapi nengok ratu brokoli ni .. langsung tak menyelerakan uols ...
Quote kentel 29-12-2014 09:12 AM
MissNigga replied at 29-12-2014 08:28 AM
... mujur tak kover muka ngan spender renoma

sis fetish dgn spenda ke
Quote MissNigga 29-12-2014 09:14 AM
kentel replied at 29-12-2014 09:12 AM
sis fetish dgn spenda ke

uiks... dok eh....

teringat satu thread yang pernah dipost kat CI 3-4 bulan lepas ... pasai kes rasuah kalo tak silap, yang tertuduh sumanya serkup muka ngan spender renoma biler pak pulisi bawak deyols pi court ...
Quote lil_honey 29-12-2014 09:17 AM
ni brokoli ke kobis cina
Quote kivio 29-12-2014 10:25 AM
Tudung brokoli teringat Rebecca Nur Islam haha
Quote melia_star 29-12-2014 10:32 AM
naper brokoli?

naper x kangkung ke?

salad ke?

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-6-2024 11:41 AM GMT+8 , Processed in 0.118512 second(s), 55 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top