CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Kisah-Kisah Mengenai Banjir Yang Di Sahkan PALSU Oleh SKMM

30-12-2014 12:54 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 12415| Komen: 73

Banjir: Penyebaran Maklumat Palsu Kerja Khianat   


                (Ubah saiz teks)       

KUALA LUMPUR: Penyebaran maklumat palsu terutama melalui aplikasi WhatsApp ketika banjir besar melanda negara menimbulkan suasana panik masyarakat malah boleh menjejaskan usaha menyelamat yang sedang diatur.

Pensyarah Sains Sosial Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata tindakan tersebut menimbulkan persoalan sama ada ia bermotifkan politik atau bertujuan menguji kredibiliti kerajaan dalam menguruskan bencana yang berlaku.

Ia juga dilihat sebagai usaha terancang pihak tertentu untuk memburukkan lagi keadaan dan imej kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan USM.

Katanya keadaan ini menguji toleransi individu yang terdedah kepada akses Internet supaya bijak menilai maklumat atau berita yang tidak tentu kesahihannya.

Terbaharu, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terpaksa membuat penafian berhubung maklumat kononnya ATM mengarahkan penduduk di Pekan, Pahang agar segera pindah kerana limpahan air banjir.

Mengikut Seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, mereka yang didapati bersalah boleh dihukum denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya.

Berikut antara maklumat yang tersebar semasa musim banjir yang telah  disahkan palsu:
* kematian 10 sekeluarga di Kampung Guchil, Kuala Krai
* seluruh Kota Baharu terputus bekalan elektrik
* kematian 40 pesakit di Hospital Kuala Krai akibat ketiadaan oksigen
* gelinciran pada Jambatan Sultan Yahya Petra di Kota Baharu
* pengisytiharan darurat di Kelantan
* Empangan Kemubu akan dibuka yang memungkinkan banjir lebih besar di Kok Lanas, Kelantan
* Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan
* Empangan Batu di Selangor berada diparas bahaya dan mengalami rekahan serta akan dibuka untuk melepaskan air
* Pelepasan air dari Empangan Tasik Kenyir di Hulu Terengganu kononnya akan menenggelamkan Bandar Kuala Berang
* Seorang remaja Tahfiz mati lemas di Rantau Panjang
* Tiga petugas Petronas meninggal dunia dalam kemalangan ketika misi menghantar bantuan ke Kelantan
* Pusat pemindahan mangsa banjir di Sekolah Manek Urai runtuh
* Angkatan Tentera Malaysia (ATM) arahkan penduduk di Pekan, Pahang supaya keluar dai daerah itu kerana limpahan air sungai Temerloh sedang menuju Pekan.

23

Bagus
6

Marah
4

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lina66 30-12-2014 11:47 AM

ape motif org2 yg sebar citer palsu ni...   dorang dpt trofi ke?
Quote magnus 30-12-2014 11:47 AM
Astaga..yg staf petronas tu eksiden pun palsu ke..hamjad betul manusia ni....puiiiii
Quote Lina66 30-12-2014 11:49 AM

siyesly, mmg sedih sgt tengok pic baby ni.... terkulai ..
Quote toksira 30-12-2014 11:58 AM
magnus replied at 30-12-2014 11:47 AM
Astaga..yg staf petronas tu eksiden pun palsu ke..hamjad betul manusia ni....puiiiii

Yg staf petronas tu meninggal accident kereta mmg betul berlaku jumaat lepas

Mereka on the way nak pergi kerja

Bukannya sedang dlm perjalanan nak pergi memberi bantuan kpd mangsa banjir...

Quote axl_bach 30-12-2014 12:00 PM
Yg mayat bergelimpangan tu....kalo jumpa buah kelapa kaler oren pun kemain wat photoshoot xkan mayat bergelimpangan ummah jadi frozen xtau nk wat pape sampailn terlupa semakfon kekdahnya
Quote magnus 30-12-2014 12:04 PM
toksira replied at 30-12-2014 11:58 AM
Yg staf petronas tu meninggal accident kereta mmg betul berlaku jumaat lepas

Mereka on the way  ...

Innalillah...tp yg sampai kat ai dan viral kat wassap katanya nak ke kelantan....whylaaaaaa org sebar  berita tak check dulu..ai dapat just baca je...tak suka viral viral ni...
Quote stania83 30-12-2014 12:04 PM
Sbb tu aku selalu senyum sinis je bila dapat berita dari whatsapp.
Quote cmf_conan 30-12-2014 12:06 PM
Ini mesti kebykan kes.. org ckp lain.. die paham lain pastu trus kepoh kat internet
Quote primemova 30-12-2014 12:07 PM
Utk menggambatkan kerajaan BN gagal membantu .... Walhal kerajaan dah bertungkus lumus x tido siang malam... Puak2 PR hanya berpeluk tubuh, dtg sekali sekala ambik foto utk masuk media sosial....
Quote paz 30-12-2014 12:10 PM
Beridea aja dia org nak buat cerita palsu.
Quote axl_bach 30-12-2014 12:12 PM
paz replied at 30-12-2014 12:10 PM
Beridea aja dia org nak buat cerita palsu.

Inspired by surat dari penjaga kaabah kekdahnya,lol
Quote kentel 30-12-2014 12:12 PM
apa pekdahnya sebar berita palsu? bukan ke buat khabar palsu tu dikira pitenah?
Quote Simunggu 30-12-2014 12:12 PM
Edited by Simunggu at 30-12-2014 12:14 PM
Lina66 replied at 30-12-2014 11:47 AM
ape motif org2 yg sebar citer palsu ni...   dorang dpt trofi ke?

ye lah saya pun heran..apa motip...apa mereka dapat...politikal milestone??

benda benda mcm ini pun nak dipolitaik kan..dasar haram jadah..
Quote chinta89 30-12-2014 12:13 PM
geram dgn org yg buat berita palsu! ape yg diorg dpt??
Quote akusukaq 30-12-2014 12:17 PM
Macai pr memang jaguh buat berita palsu . Bila terbukti fitnah tak berani plk mengaku.
Apa beza nya dgn ketum yg hebohkan 40 ribu pengundi bangla
Quote d'zeck 30-12-2014 12:19 PM
akan sampai masanya majoriti masyarakat akan
mengambil berat akan kesahihan sesuatu berita atau informasi
khususnya melalui sumber maya dengan aplikasi
internet

peringkat penyesuaian teknologi media yang semakin canggih
masih belum dapat dimanafaatkan sepenuhnya oleh setiap
lapisan ke arah yang positif

media sosial hanyalah medium alternatif
sedangkan sumber maklumat
rasmi daripada badan-badan dan organisasi
berautoriti dan bertanggungjawab
termasuk
akhbar dan media nasional arus perdana
tetap akan menjadi sumber rujukan
sahih selamanya.
Quote trebadoure7 30-12-2014 12:19 PM
yg sebar kalu budak budak bru nk up bulu pubic x apa
heran bla tgk yg tukang sebar2 ada juga org2 dewasa beranak pinak
apa dahagakan fame sangat kah di laman sosial
dpt 567 likes kiranya dpt 567 dollar sehari
753 share maknanya naik darjah seri negara?
Quote trebadoure7 30-12-2014 12:22 PM
paling x bole blah ada org komen di bwh gambar konon2 nya mayat bayi ditemui tu
'team kami yg jumpa...' nampak sgt dahagakan attention dn bimbo yg unlimited...
psti muka x tahu malu. kalau tahu malu, boleh fikir, sat lagi kalo kantoi x ke kena bahan komen aku ni?
apa lah ummah facebook ni.... membosankan
Quote mdhelmi 30-12-2014 12:23 PM
aku cuma percaya berita member aku yg pegi sana je
ada yg join misi bantuan sambil mencari anak bini kat kuantan yg terputus hubungan sejak banjir

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-12-2024 11:19 AM GMT+8 , Processed in 0.059808 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top