CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan ARTIS Lihat artikel

Kontrak Dua Pengacara Melodi Tak Disambung

31-12-2014 10:01 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 3943| Komen: 2

Rezeki dua pengacara Melodi Sherry Alhadad dan Zulin Aziz nampaknya berakhir sampai disini. Mengemudi rancangan sensasi TV3 selama 6 bulan mereka berdua nyata bersyukur dengan peluang yang diberikan stesen tv tersebut.

Menurut penerbitnya, Michelle Wee, keputusan tersebut dibuat oleh pihak pengurusan yang mahu memberi pembaharuan kepada rancangan tersebut pada tahun hadapan. Michele juga menafikan penamatan kontrak tersebut bukan gagal mempertahankan rating program tersebut.

Dengan pemberitahuan seumpama ini, menutup sedikit sebanyak peluang orang ramai untuk membuat khabar angin. Ini kerana jelas menurut penerbit yang mahukan kelainan untuk tahun 2015.


"Sepanjang tempoh itu, kami bersyukur kerana diberi peluang untuk sama-sama bergandingan dengan Awal Ashaari. Banyak yang kami pelajari.

“Terima kasih kepada semua pihak sentiasa menyokong kami," kongsi Zulin.

Kemunculan mereka berdua di dalam program tersebut adalah menggantikan pengacara sebelum ini Zizan Razak yang bergandingan dengan Awal Ashari.

Namun rezeki mereka tidak berhenti sampai disitu, mereka telah dilamar oleh TV9 untuk mengacara program Diva yang akan mula bersiaran di TV9 pada 17 Januari ini.






Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote rokarina 2-1-2015 05:01 PM
nanti diva AA yang gantikan
Quote LolaLoly 2-1-2015 01:55 PM
Tinggal siapa je?

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-10-2024 06:32 AM GMT+8 , Processed in 0.018382 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top