CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nasi bajet RM3 Ada 4 menu pilihan

31-12-2014 01:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13865| Komen: 18

Nasi bajet RM3 Ada 4 menu pilihan

 
Siti Nur menunjukkan nasi bajet ayam goreng rempah yang menjadi menu pilihan orang ramai.

 
Nasi bajet telur itik masak lemak cili padi

Nasi bajet ayam masak sambal.


KETIKA orang ramai mengeluh menghadapi harga barang semakin meningkat, sebuah kedai makan di Senawang Jaya, di Seremban khabarnya menawarkan 'nasi bajet' yang mempunyai empat menu pilihan.

Dengan harga RM3 saja, pelanggan boleh memilih menu pilihan  ditawarkan seperti ayam goreng berempah, ayam masak sambal, telur itik masak lemak cili padi dan ikan tongkol masak kari disajikan dengan ulam seperti petai, sayur timun, ikan masin dan sambal belacan.

Tidak hairanlah, kedai yang baru dibuka itu kini mendapat sambutan ramai, ditambah lagi dengan rasanya yang sedap.

Pengusaha kedai terbabit, Siti Nur Ahmad, 47, berkata, dia mendapat ilham membuka perniagaan itu selepas melihat ramai peniaga di tepi jalan berniaga nasi campur dengan harga murah.

“Sebelum ini saya berniaga nasi lemak dengan membuka gerai di bawah pokok sahaja. Apabila ada kedai untuk disewa, selain jual nasi lemak, saya bercadang menjual nasi bajet pula.

"Tidak sangka pula ramai penggemar nasi bajet ini sehingga cepat habis berbanding nasi lemak,” katanya.

Meskipun harga yang ditawarkan murah, katanya, dia masih mendapat untung.

“Saya hanya dapat untung sedikit sahaja kerana harga barang sudah naik sekarang. Walaupun sedikit, saya tetap bersyukur kerana saya berniaga dengan mengamalkan konsep ‘memberi’ kepada pelanggan.

"Lagipun, suami saya bekerja di pasar dan mudah mendapat bekalan dengan murah kerana tidak perlu melalui orang ketiga,” katanya.

Siti Nur berkata, kedainya itu dibuka dari jam 11 pagi sehingga 5 petang dan beroperasi setiap hari.

“Keunikan nasi bajet saya berbanding peniaga lain ialah saya menawarkan empat menu pilihan setiap hari dan nasi juga diberi lebih.

“Kadang kala, saya tambahkan juga telur masin dan juga ulam lain sebagai menu tambahan,” katanya.


9

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
6

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (32 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote xtahumenahu 30-12-2014 08:11 AM
oklahhh...dapat petai ngan timun
Quote cubby_qt 30-12-2014 08:31 AM
Petai pon mahal tau skrg...
Quote Lorra2411 30-12-2014 09:12 AM
sedapnyaaa
Quote rospinki 30-12-2014 10:02 AM
dekat mana menega tu..kat sini konon kedai nama selera utara..masak gulai kawah..tapi yg memasak hindon..rasa cam apa  tah..udahler mahal...sekali makan lauk ikan bakar sekerat ikan terubuk mau belas2 inggit cmpo sayu itu ini skit..biasa dlm 12.50 itu dulu..skrg mesti lagi mahal.

Quote cmf_almondpecan 30-12-2014 10:11 AM
Seksyen 17 PJ ada nasi ekonomi Cina utk pelajar universiti. Biasanya budak Cina yg makan kat kedai2 ni. Lebih 10 tahun lepas sepinggan nasi dgn 4 lauk (diambil oleh penjual makanan) dan 1 sup panas berharga tak sampai 2 ringgit. Setahu saya over the years harga makanan naik ke 2 ringgit lebih. pelanggan yg bukan student boleh makan juga tp dicaj harga biasa dan bole ambil sendiri lauk dlm jumlah yg dikehendaki.
Quote GhostWalking 30-12-2014 10:17 AM
cmf_almondpecan replied at 30-12-2014 02:11 AM
Seksyen 17 PJ ada nasi ekonomi Cina utk pelajar universiti. Biasanya budak Cina yg makan kat kedai2  ...

ms aku belajaq dulu dok hostel memang siap ada uncle ni hantar nasi ekonomi.ramai juga yang chinese yang beratur amik.tak sangka memang murah eh rm2?
tapi mungkin sebab makanan pun tak pakai santan etc kan so boleh lah murah sikit.
Quote toyaq_03 30-12-2014 10:19 AM
Cuba buka kdai area S.alm ke..KL ke...bole dpt x rm3 tu...kalo ya..ari2 ak pi mkn kdai tu...heheh
Quote ultra78 30-12-2014 10:21 AM
Gambar blur gila. Wartawan sinar harian pakai kamera apa?
Quote cmf_almondpecan 30-12-2014 10:35 AM
GhostWalking replied at 30-12-2014 10:17 AM
ms aku belajaq dulu dok hostel memang siap ada uncle ni hantar nasi ekonomi.ramai juga yang chines ...

Mmg murah masa tu. Last dgr kawan citer dah RM2.30. Tp ok la tu. Dpt makan 4 jenis lauk sekaligus. Satu senduk kecik setiap lauk pun dah byk tu.

Quote cmf_Kimmy 30-12-2014 10:44 AM
kat mana restoran ni kat senawang jaya?...nama kedai makan  pun tak ada ..alamat lagi lah tak ada...nak gak try beli.
Quote rospinki 30-12-2014 10:48 AM
tiba2 lapa nasik pgi2 ni..krokkk
Quote Mary_jane 30-12-2014 04:10 PM
Mcm sdp je tgk ni even picca nya blur. Xpela untung sikit, moga makin murah rezki kak siti nur niaga nasi bajet rm3.

Quote missDollie 30-12-2014 04:30 PM
ok la tu..asal perut terisi..jimat pun jimat..
Quote Tergeliat 30-12-2014 04:51 PM

saya musti pilley....
Quote palmolive 30-12-2014 05:09 PM
sini manok nda murah tok
Quote dandindon 2-1-2015 10:11 AM

kat gerai2 sekysen 2 shah alam ada nasik goreng engine...rm3 termasuk daging masak merah...
Quote rosmahisham 2-1-2015 10:22 AM
murah giler ni.
skrg nasi kosong pon dh 1.50rm..
Quote lee_sakura 2-1-2015 10:33 AM
agaknya sayur semua tanam sendiri...itik ayam pon bela sendiri...cuma beli beras ngan rempah je kot...tp bagus la still ada peniaga yg mcm ni, memahami bebanan rakyat marhaen..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-11-2024 07:03 AM GMT+8 , Processed in 0.050202 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top